22 December 2009

DESARIA JUARA KESELURUHAN!


Bangga? Tok sah harap. Sebenarnya Desaria adalah salah sebuah taman di kawasan Nilai ini yang mencatatkan kes Denggi tertinggi iaitu 13 kes sepanjang tahun 2009 ini.

Kes yang di catatkan di sini tidak terhad kepada yang berpunca dari sini sebaliknya melibatkan kes-kes yang di bawa dari tempat lain ke sini. Ini adalah kerana Desaria mempunyai kadar pergerakan penduduk yang sangat aktif. Maksudnya setiap hari ada kemasukan orang-orang luar kawasan kesini dimana mereka ini adalah pembawa virus denggi. Ada juga kes di mana penduduk Desaria yang keluar kawasan dan dijangkiti virus denggi dan bila balik semula ke desaria, mereka menjadi salah satu punca penyebar virus dengan bantuan nyamuk2 Desaria yang sedia berkhidmat.

Jabatan Kesihatan Negeri, N. Sembilan sebenarnya sedang memperkenal satu program yang di panggil COMBI.

Tujuannya baik iaitu untuk menimbulkan kesedaran masyarakat setempat tentang bagaimana kita dapat mengurangkan risiko dijangkiti virus Denggi ini dengan meluangkan masa selama 10 minit seminggu. Ia lebih merupakan ’preventive action’ untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes iaitu pembawa virus denggi.

Sama sama kita tunggukan maklumat lanjut dari Persatuan Penduduk Desaria berkenaan program ini.

”10 minit seminggu. Tiada Aedes tiada Denggi di Desaria”

15 December 2009

Mini Karnival Berakhir

Hari Penutup Karnival sukan berlangsung pada 13 Disember lalu dengan ringkas namun kemeriahan tetap di rasakan.

Tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tak menang tunggulah tahun tahun yang akan datang dan jangan lupa untuk training selalu. Yang menang sorak pun kira menang jugak la tu.

Tahniah dan terima kasih juga kepada pihak urusetia yang telah bertungkus lumus menganjurkan mini karnival tersebut dan semoga di masa akan datang lebih ramai warga desaria dari segenap lapisan akan turut serta.

Satu persoalan timbul di kepala saya. Apa yang patut di lakukan untuk menarik minat lebih ramai warga desaria untuk sama sama menyertai aktiviti seperti ini atau aktiviti yang dapat memberikan ruang untuk kita saling berinteraksi sesama kita. Atau apakah kita lebih senang untuk mengasingkan diri dan menjalani kehidupan seolah olah di sekeliling kita tiada orang lain?

Ada jawapankah di luar sana?

Walaubagaimana pun jom kita layari site Pak Tom kita di sini untuk gambar2 menarik sempena karnival lalu.

11 December 2009

Here come the champions - Karnival Update




Keputusan pertandingan terbaru:

Dart:
1st place - En. Abd Rashid Abd. Rahman - Jalan 19
2nd place - En. Azhar Jalan 18

Dam Aji :
Champion - Abang Rone - Jalan 9
1st runner up - Johari - Jalan 10

Carrom :
Champion - Team Azuddin jln 10 dan Zaini Lorong D 1/4
1st runner up - Team Suffian Jln 18 dan Razif Jalan 12.

Nampaknya sambutan untuk carrom amat menggalakkan dan banyak muka2 baru yang kelihatan. Walau bagaimana pun lebih meriah jika lebih ramai warga desaria yang dapat mengambil bahagian pada masa akan datang.

Jumpa di Padang Desaria untuk Bolasepak dan Bola JAring pada hari sabtu ini dan Sukaneka pada hari Ahad.

09 December 2009

GURINDAM UNTUK MELAYU

Sesuatu yang menarik yang di terima melalui e mail dan wajar di baca oleh kita yang berbangsa melayu dan Islam. Samaada untuk di bahaskan atau untuk berfikir sejenak. Penulisnya mungkin bernama Azmi bin Mohamad . Sapa dia saya pun tak tau . adik beradik Ishak Mohamad kut.

Tapi apa pun , kita buka minda kita sebentar dan baca apa yang di tulis.

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di Jabatan sumber Manusia diletakkan satu,

Jadi patung dan alat pihak tertentu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Ternganga mulut sambil lipat baju
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan to’yu
Asal bergaya, handphone seribu satu!
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku ?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu ?
Atau ke masjid sembahyang 5 waktu ?
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu ?
Ada tapi kurang sangat ke situ

Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Atau lebih sempoi ‘Biaq pi la kat aku’
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju ?
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,
cuma baca nak halau hantu

Azmi Bin Mohamad

03 December 2009

JOM KE KARNIVAL SURE SUKAN DESARIA

Bagi memanas dan menimbulkan mood untuk bersukan malahan untuk mengetahui undang2 asas game- game yang akan di adakan , sila layari site site di bawah:

1. KAROM

2. DART

3. DAM AJI : tak jumpa rules n regulation tapi boleh baca yang ini


4. BOLA JARING : ini bebudak yang tulis kot .
atau yang ini: ini macam untuk cikgu2 pulak.


Dan sebagai tambahan, mungkin di masa akan datang, ada pihak di Desaria ini yang berminat untuk menghidupkan semula permainan permainan tradisi yang telah lama di tinggalkan . Sebagaimana yang telah dibuktikan di zaman kanak2 kita "dahulu kala", permainan permainan ini telah menjadi satu medium untuk kita berinteraksi dan bermasyarakat sesama kanak -kanak yang lain.

02 December 2009

Ibadah Qurban - Bahagian 3

Untuk gambar2 ketika acara Qurban tempohari, layari site saudara2 kita seperti berikut:

Terima kasih kepada Abe Jak dan Abg Tom
http://coretan-abikhsan.blogspot.com/ dan http://desariaku.blogspot.com/

Sambungan untuk kuliah terdahulu, terima kasih sekali lagi kepada Puan Azizah Mahmood di atas sumbangan artikel ini.

Bah. 3....

SEJARAH QURBAN, HUKUM DAN KELEBIHANNYA

1- Sejarah qurban bermula apabila Nabi Ibrahin –alihissalam- berhijrah dari syam (palestin) ke Makkah dengan tujuan untuk beribadah. Ibrahim –alihissalam- adalah orang yang pertama berhijrah iaitu setelah ia selamat dari di bakar dalam api.
2- Kemudian nabi Ibrahim berdoa: " Wahai Tuhanku, anugerahlah padaku anak yang soleh dari kalangan para solehin. قوله تعالى: " رب هب لى من الصالحين
3- Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya yang ketika itu berumur 13 tahun sampai ke Makkah, beliau bermimpi mendapat perintah dari Allah agar menyembelih anaknya Ismail
. قوله تعالى: {" قال يا بنى إنى أرى في المنام أنى أذبحك فانظر ماذا ترى " }
4- Kata Muhammad bin Ka'ab: Sesungguhnya Nabi Ibrahim –alihissalam- mendakwa beliau cintakan Allah, kemudian beliau melihat anaknya dengan perasaan sayang, maka Allah tidak reda sayang kepadaNya di kongsi dengan sayang kepada manusia. Lalu di kata kepada Ibrahim –alihissalam- : Wahai Ibrahim! Sembelihlah anak engkau demi kerana keredaanKu, lantas Ibrahim terus menyinsing lengan bajunya dan mengambil pisau, kemudian merebahkan anaknya Ismail seraya berkata: Ya Allah! Terimalah dari ku demi untuk keredaan Engkau".
5- Di katakan kepada Ibrahim –alihissalam-: :Bukanlah maksud sembelihan ini untuk menyembelih anak engkau, tetapi sebaliknya untuk mengembalikan hati engkau kepada Kami. Apabila engkau telah mengembalikan seluruh hati engkau kepada Kami, maka Kami kembalikan semula anak kepada engkau.
6- Syaitan sentiasa datang menganggu Ibrahim , isterinya dan anaknya supaya perintah Allah ini tidak dapat dilaksanakan.
7- Ulama berbeza pendapat tentang tempat sembelihan, ada mengatakan di Makkah dekat "Maqam Ibrahim", ada mengatakan di Mina dekat jamarat, tempat Ibrahim membaling syaitan apabila diganggu. Ini pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar dan Sa'id bin al-Musayyib.

قال الله تعالى : {وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ (34)
Maksudnya:
Bagi setiap umat, Kami syariatkan ibadah korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang di sembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua adalah Tuhan yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk kepadaNya. Sampailah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk dan taat (34)

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (35)
Iaitu orang yang apabila di sebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang yang mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami beri kepadanya (35)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (36)
Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu. Penyembelihan itu banyak kebaikan untuk kamu. Oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kaki, maka apabila ia tumbang (serta tamat nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya,, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami permudahkannya untuk kamu (menguasainya dan menyembrlihnya) supaya kamu bersyukur. (36)

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Sampailah berita gembira (dengan balasan sebaik-baiknya) kepada orang yang berbuat kebaikan (37).

Pengajaran ayat:
1. Hukum korban adalah sunat dalam mazhab al-Syafe'i. manakala dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.: Tiga perkara yang ke atasKu adalah fardu, dan sunat keatas kamu: Sembelih korban, solat witir dan dua rakaat sunat fajar [Maksud hadis sahih]
2. Huruf "lan" membawa maksud: " Tidak akan sampai sama sekali", iaitu daging dan darah yang di korbankan sama sekali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang akan sampai ialah niat yang ikhlas dan taqwa.
3. Orang jahiliyah Makkah apabila melakukan penyembelihan, mereka melumurkan darah binatang ke dinding BaituLLah atau kepada patung-patung tuhan mereka dengan anggapan korban itu akan sampai dan diterima. Apabila zaman Islam orang Islam ingin melakukan seumpama itu itu, lalu turunlah ayat ini (37) menerangkan bahawa setiap amalan korban dan lain-lain amal kebaikan akan sampai kepada Allah hasil dari sifat taqwa dan takutkan Allah.
4. Sifat orang yang beratqwa ialah apabila di sebut nama Allah, hati mereka akan gementar dan akan menangis serta tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah (al-Hajj : 35 dan al-Zumar:23).
5. Kata al-Fudail bin 'Iyad : "Apabila kamu di tanya adakah kamu takut kepada Allah? Maka hendaklah kamu diam, sekiranya kamu jawab: Tidak, maka bererti kamu menjadi kafir, sekiranya kamu jawab: Ya, maka bererti kamu berdusta".
6. Segala kemudahan dan kemungkinan untuk melakukan korban dan amalan kebaikan yang lain semuanya adalah disebabkan Allah telah mempermudahkannya untuk manusia (ayat 37). Tanpa kemudahan dan pertolongan Allah, maka manusia sama sekali tidak mampu melakukan ibadah korban. Sebab itu disunatkan berdoa ketika sembelih : "اللهم هذا مِنْكَ وَلَكَ ", maksunya : "Ya Allah! Ini dari Engkau dan untuk Engkau".
7. Ketika sembelih di sunatkan memulakan dengan membaca:
"بسم الله واللهُ أكبر" , kemudian berdoa: "اللهم هذا مِنْكَ وَلَكَ " dan doa "اللهم تَفَبَّلْ مِنْ ...... وآلِ ........ ومِنْ أُمّة محمد " . Maksudnya : Dengan nama Allah dan Allah yang Maha Besar, Ya' Allah ini dari Engkau dan untuk Engkau. Ya Allah! Terimalah (korban ini) dari………….(nama yang melakukan korban), dan dari keluarga………… , dan dari umat Nabi Muhammad".(Semua zikir dan doa ini warid dalam hadith sahih)
8. Tujuan korban juga ialah agar manusia akhirnya sentiasa membesarkan Allah dalam setiap keadaan dan di mana-mana sahaja mereka berada (ayat 37).

Amalan-amalan sunat pada hari raya
1. Bertakbir : Bermula dari selepas subuh hari hari arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga waktu maghrib hari-tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulihijjah.
2. Disunatkan tidak memakan apa-apa sebelum pergi menunaikan solat. Sebaliknya makan selepas solat.
3. Sunat dan amat di galakkan semua umat Islam keluar ke musalla atau masjid pada hari raya samada anak-anak gadis, kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak boleh solat iaitu yang kedatangan haid. Tujuannya untuk melihat dan mendengar kebaikan dan nasihat-nasihat agama melalui khutbah yang di sampaikan di samping bertujuan menunjukkan kekuatan umat Islam di hadapan musuh mereka. Dari Ummu A'tiyyah –radiyallahu anha- telah berkata : Kami telah di perintah (oleh Rasulullah s.a.w.) agar mengeluarkan semua anak-anak gadis, wanita-wanita yang haid pada dua hari raya, agar mereka dapat menyaksikan kebaikan dan nasihat-nasihat umat Islam. [Muttafaqun alay]
4. Antara hikmah di sunatkan keluar beramai-ramai ialah agar kita menunaikan tanggungjawab sosial iaitu memerhati dan mengambil berat tentang orang lain. Pada hari raya kita dapat tahu siapa yang susah hidupnya melalui pakaiannya. Mereka ini perlu di beri bantuan sosial.
5. Di sunatkan solat dua hari raya di padang khas agar ia boleh menampung bilangan yang ramai termasuklah kanak-kanak. Nabi – sallallahu alayhi wasallam-. dan khulafa al-Rasyidin solat hari raya di padang kecuali apabila hujan, maka baginda dan para sahabat solat di masjid nabawy..
6. Di sunatkan bagi makmun pergi awal ke tempat solat dan dengan berjalan kaki. Sebaiknya selepas terbitnya matahari. Ini sekiranya rumahnya tidak jauh. Hikmahnya ialah agar orang Islam sentiasa bersegera dan berlumba untuk melakukan apa-apa kebaikan. Dari Ali- radiyallahu anhu- telah berkata: Antara sunnah ialah keluar untuk solat hari raya berjalan kaki. [HR Al-Tirmiziy]
7. Di sunatkan pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang berbeza. Hikmahnya ialah agar kesan tapak kakinya lebih banyak dan ada di tempat yang berbeza dan setiap kesan tapak kaki ini akan menjadi saksi kepada tuannya atas amalan kebaikannya di akhirat nanti. Begitu juga antara hikmahnya ialah agar ia dapat memberi salam dan berdoa kepada orang yang lebih ramai apabila melalui jalan yang berbeza setiap kali berjumpa di jalan. Dari Jaabir –radiyallahu anhu- Adalah Rasulullah- –sallallahu alayhi wasallam- apabila hari raya, baginda pergi dan pulang di jalan yang berbeza. [HR Al-Bukhari]
8.. Antara zikir yang di baca di antara takbir-takbir di dalam solat hari raya berdasarkan hadith yang sohih ialah :
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً وَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَسْلِيمًا كَثِيرًا
Maksudnya: Allah yang Maha Besar dengan kebesaran-Nya yang agung, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha suci Allah di waktu pagi dan petang, dan Allah telah berselawat ke atas baginda sallallahu alayhi wasallam-dan telah mensejahterakannya dengan kesejahteraan yang banyak.
[HR Muslim (sehingga sebelum selawat)]
9. Di sunatkan memberi ucapan tahniah pada hari raya kepada sesiapa yang di jumpai dengan ucapan : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَmaksudnya : Semuga Allah menerima (segala amalan) dari kami dan (amalan) dari kamu.
10. Adapun amalan ziarah kubur pada hari raya, ia bukanlan sunnah Nabi – sallallahu alayhi wasallam- dan tidak pernah juga di lakukan oleh para sahabat. Nabi – sallallahu alayhi wasallam- hanya membenarkan umatnya menziarahi kubur kerana satu tujuan sahaja iaitu untuk mengingatkan umatnya kepada kehidupan akhirat. Baginda pernah menziarahi kubur di waktu malam dan menangis apabila menziarahi kubur ibunya yang menyebabkan sahabat yang ada bersama baginda turut menangis. Sabda Rasulullah – sallallahu alayhi wasallam-: Sesungguhnya aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahi ia agar (ziarah kubur itu) dapat mengingatkan kamu kepada kehidupan akhirat. [Hadith sohih- Riwayat al-Nasae'i, al-Tirmiziy, Ibn Majah dan al-Baihaqi]
Ini di tambah dengan perbezaan pendapat ulama tentang hukum ziarah kubur bagi wanita. Pendapat tiga mazhab , al-Syafe'i, Maliki dan Hanbali adalah makruh. Manakala mazhab Hanfi adalah haram berdasarkan hadith sohih : Sesungguhnya Nabi – sallallahu alayhi wasallam- melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur. [HR Ahmad, al-Tirmiziy dan Ibn Hibban]
Kelebehihan puasa pada 9 Zulhijjah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ اَلْأَنْصَارِيِّ - رضي الله عنه - - أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ. قَالَ: " يُكَفِّرُ اَلسَّنَةَ اَلْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ", وَسُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ. قَالَ: " يُكَفِّرُ اَلسَّنَةَ اَلْمَاضِيَةَ " وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ اَلِاثْنَيْنِ, قَالَ: " ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ, وَبُعِثْتُ فِيهِ, أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ " – [رَوَاهُ مُسْلِمٌ ] .
Maksudnya:
Dari Abu Qatadah al-Ansaariy –radiyallahuanhu-: Sesungguhnya Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- telah di tanya tentang puasa hari Arafah. Jawab baginda: Ianya menghapuskan dosa tahun yang lepas dan dosa tahun yang akan datang, dan baginda di tanya lagi tentang puasa Asyura'. Jawab baginda: Ianya menghapuskan dosa tahun yang lepas. Baginda di Tanya lagi tentang puasa isnin dan khamis. Jawab baginda: Itulah hari aku dilahirkan, hari aku diutuskan atau hari diturunkan wahyu ke atasku. [HR Muslim]

Pengajaran hadith:
1. Di sunatkan berpuasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Kelebihannya ialah di ampun dosa selama dua tahun iaitu dosa tahun yang lepas dan dosa tahun yang akan datang.
2. Manusia sentiasa melakukan dosa kecuali Nabi Muhammad –sallallahu alayhi wasallam-. Oleh itu seharusnya orang yang beriman sentiasa merebut peluang untuk mendapat keampunan dari Allah atas dosa-dosa mereka, apatahlagi keampunan ini untuk dosa-dosa yang dilakukan selama dua tahun.
3. Inilah sifat yang di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk mendapat keampunan Allah bagi memastikan mereka sentiasa bersih dari kotoran dosa. Dari Hafsah- radiyallahanha- telah berkata: Empat perkara yang Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- tidak pernah meninggalkannya : Puasa Asyuara', puasa sembilan Zulhijjah, puasa tiga hari setiap bulan, dan dua rakaat sebelum pagi (Dhuha). [HR Ahmad dan Al-Nasae'i]
4. Ulama sepakat bahawa puasa hari Arafah adalah amalan puasa sunat yang paling baik.
5. Adapun bagi mereka yang melakukan haji makruh berpuasa. Ini pendapat jumhur ulama.
6. Hadith juga menunjukkan kelebihan puasa Asyura' , iaitu pada hari kesepuluh bulan Muharram. Kelebihannya ialah di ampun dosa selama setahun yang lepas. Nabi s.a.w. sentiasa berpuasa Asyuara'. Dari Ibn Abbas –radiyallahu anhu- Seseungguhnya Nabi –sallallahu alayhi wasallam- berpuasa Asyura', dan baginda menyuruh (para sahabat) agar berpuasa. [HR Muslim].
7. Bagi sesiapa yang berkorban makruh memotong kuku atau rambut bermula hari pertama Zulhijjah sehinggalah ia melaksanakan kurbannya.[Maksud hadith sahih- Riwayat Muslim]

30 November 2009

KARNIVAL SUKAN DESARIA 2009 - UPDATE

Kepada yang telah mendaftarkan nama untuk menyertai Karnival Sukan Desaria, berikut adalah jadual tentatif yang telah pun diedarkan oleh pihak urusetia Karnival. Pastikan bahawa waktu untuk permainan Bolasepak dan Bola Jaring telah ditukar seperti berikut.


1. Karom, Dart dan Dam , 7 – 11 Disember , 9.30 pm – 11 pm , Bngunan tambahan Surau Desaria
2. Bolasepak –Pusingan awal , 12 Disember , 3.00 pm - 6 pm , Padang utama

3. Bola Jaring Pusingan Awal ,12 Disember, 8.00 am – 11.30 am , Padang Utama Desaria
4. Bolasepak Akhir , 13 Disember , 8.30 am – 12.30 pm, Padang Utama

5. Bola Jaring Akhir , 13 Disember , 8.30 am – 12.30 pm, Padang Utama Desaria
6. Sukaneka , 13 Disember , 8.30 am – 12.30 pm , Padang Utama Desaria

Kepada yang masih belum mendaftar, Jom! Jangan berlengah lagi. SMSkan nama tuan puan ke pihak urusetia Karnival.

SUMBANGAN DALAM BENTUK KEWANGAN JUGA AMAT DI ALU-ALUKAN DAN SILA HUBUNGI PIHAK URUSETIA UNTUK MENYUMBANG.

Ibadah Qurban di Desaria

Sempena Hari Raya Aidil Adha pada Jumaat lepas, 4 ekor lembu telah dikorbankan bermula jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. Ibadah ini dapat di selesai kan dengan segera hasil kerjasama warga desaria termasuk saudara2 kita dari Indonesia dan Myanmar (yang memboloti kerja2 menumbang dan mengikat lembu untuk disembelih).

Salah seekor dari empat ekor lembu tersebut terpaksa di sembelih di Nilai 3 apabila ia berjaya melepaskan diri dari ikatan dan lari meninggalkan perkarangan surau sebelum sembahyang sunat aidil adha didirikan. Di atas kecekapan Pak Manap dan rakan rakannya, mereka berjaya memintas dan memaksa lembu tersebut 'menyerah diri' di Nilai 3 dan seterusnya di sembelih disitu. Sebab apa ya ? Itu kena tanya Pak Manap....

Juga, dipostkan di sini sambungan artikel tentang ibadah Qurban . Semoga kita mendapat manfaat dari artikel ini.

Bahagian 2.


قال الله تعالى : {وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ (34)
Maksudnya:
Bagi setiap umat, Kami syariatkan ibadah korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang di sembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua adalah Tuhan yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk kepadaNya. Sampailah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk dan taat (34)

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (35)
Iaitu orang yang apabila di sebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang yang mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami beri kepadanya (35)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (36)
Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu. Penyembelihan itu banyak kebaikan untuk kamu. Oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kaki, maka apabila ia tumbang (serta tamat nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya,, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami permudahkannya untuk kamu (menguasainya dan menyembrlihnya) supaya kamu bersyukur. (36)

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Sampailah berita gembira (dengan balasan sebaik-baiknya) kepada orang yang berbuat kebaikan (37).

Pengajaran ayat:
1. Hukum korban adalah sunat dalam mazhab al-Syafe'i. manakala dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.: Tiga perkara yang ke atasKu adalah fardu, dan sunat keatas kamu: Sembelih korban, solat witir dan dua rakaat sunat fajar [Maksud hadis sahih]
2. Huruf "lan" membawa maksud: " Tidak akan sampai sama sekali", iaitu daging dan darah yang di korbankan sama sekali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang akan sampai ialah niat yang ikhlas dan taqwa.
3. Orang jahiliyah Makkah apabila melakukan penyembelihan, mereka melumurkan darah binatang ke dinding BaituLLah atau kepada patung-patung tuhan mereka dengan anggapan korban itu akan sampai dan diterima. Apabila zaman Islam orang Islam ingin melakukan seumpama itu itu, lalu turunlah ayat ini (37) menerangkan bahawa setiap amalan korban dan lain-lain amal kebaikan akan sampai kepada Allah hasil dari sifat taqwa dan takutkan Allah.
4. Sifat orang yang beratqwa ialah apabila di sebut nama Allah, hati mereka akan gementar dan akan menangis serta tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah (al-Hajj : 35 dan al-Zumar:23).
5. Kata al-Fudail bin 'Iyad : "Apabila kamu di tanya adakah kamu takut kepada Allah? Maka hendaklah kamu diam, sekiranya kamu jawab: Tidak, maka bererti kamu menjadi kafir, sekiranya kamu jawab: Ya, maka bererti kamu berdusta".
6. Segala kemudahan dan kemungkinan untuk melakukan korban dan amalan kebaikan yang lain semuanya adalah disebabkan Allah telah mempermudahkannya untuk manusia (ayat 37). Tanpa kemudahan dan pertolongan Allah, maka manusia sama sekali tidak mampu melakukan ibadah korban. Sebab itu disunatkan berdoa ketika sembelih : "اللهم هذا مِنْكَ وَلَكَ ", maksunya : "Ya Allah! Ini dari Engkau dan untuk Engkau".
7. Ketika sembelih di sunatkan memulakan dengan membaca:
"بسم الله واللهُ أكبر" , kemudian berdoa: "اللهم هذا مِنْكَ وَلَكَ " dan doa "اللهم تَفَبَّلْ مِنْ ...... وآلِ ........ ومِنْ أُمّة محمد " . Maksudnya : Dengan nama Allah dan Allah yang Maha Besar, Ya' Allah ini dari Engkau dan untuk Engkau. Ya Allah! Terimalah (korban ini) dari………….(nama yang melakukan korban), dan dari keluarga………… , dan dari umat Nabi Muhammad".(Semua zikir dan doa ini warid dalam hadith sahih)
8. Tujuan korban juga ialah agar manusia akhirnya sentiasa membesarkan Allah dalam setiap keadaan dan di mana-mana sahaja mereka berada (ayat 37).

bersambung.....

26 November 2009

HARI RAYA QURBAN 1430 HIJRAH

Insya Allah pada hari Jumaat ini kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha dan dimaklumkan bahawa Surau Desaria turut menganjurkan ibadat Qurban . Untuk tahun ini 3 ekor lembu akan diQurbankan jadi semua warga desaria yang beragama islam di jemput untuk bersama - sama membantu kerja-kerja penyembelihan di Surau Desaria selepas solat sunat Aidil Adha.

Sembahyang sunat aidil adha akan bermula jam 8.30 pagi dan untuk yang belum pernah bersembahyang raya di sini, pastikan tuan puan keluar awal untuk menempatkan diri di dalam surau.

Sempena meraikan Hari Raya Aidil Adha ini mari kita sama sama membaca dan menghayati semula sejarah Qurban , Hukum serta kelebihannya dari artikel yang ditulis oleh ustaz Abdul Muein Abdul Rahman yang di forwardkan oleh Puan Azizah Mahmood (Jln 12) kepada saya . Oleh kerana artikel nie agak panjang, ia akan di postkan dalam 2 atau 3 bahagian.

Bahagian 1
SEJARAH QURBAN, HUKUM DAN KELEBIHANNYA

1-Sejarah qurban bermula apabila Nabi Ibrahin –alihissalam- berhijrah dari syam (palestin) ke Makkah dengan tujuan untuk beribadah. Ibrahim –alihissalam- adalah orang yang pertama berhijrah iaitu setelah ia selamat dari di bakar dalam api.
2-Kemudian nabi Ibrahim berdoa: " Wahai Tuhanku, anugerahlah padaku anak yang soleh dari kalangan para solehin. قوله تعالى: " رب هب لى من الصالحين
3-Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya yang ketika itu berumur 13 tahun sampai ke Makkah, beliau bermimpi mendapat perintah dari Allah agar menyembelih anaknya Ismail
. قوله تعالى: {" قال يا بنى إنى أرى في المنام أنى أذبحك فانظر ماذا ترى " }
4-Kata Muhammad bin Ka'ab: Sesungguhnya Nabi Ibrahim –alihissalam- mendakwa beliau cintakan Allah, kemudian beliau melihat anaknya dengan perasaan sayang, maka Allah tidak reda sayang kepadaNya di kongsi dengan sayang kepada manusia. Lalu di kata kepada Ibrahim –alihissalam- : Wahai Ibrahim! Sembelihlah anak engkau demi kerana keredaanKu, lantas Ibrahim terus menyinsing lengan bajunya dan mengambil pisau, kemudian merebahkan anaknya Ismail seraya berkata: Ya Allah! Terimalah dari ku demi untuk keredaan Engkau".
5-Di katakan kepada Ibrahim –alihissalam-: :Bukanlah maksud sembelihan ini untuk menyembelih anak engkau, tetapi sebaliknya untuk mengembalikan hati engkau kepada Kami. Apabila engkau telah mengembalikan seluruh hati engkau kepada Kami, maka Kami kembalikan semula anak kepada engkau.
6-Syaitan sentiasa datang menganggu Ibrahim , isterinya dan anaknya supaya perintah Allah ini tidak dapat dilaksanakan.
7-Ulama berbeza pendapat tentang tempat sembelihan, ada mengatakan di Makkah dekat "Maqam Ibrahim", ada mengatakan di Mina dekat jamarat, tempat Ibrahim membaling syaitan apabila diganggu. Ini pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar dan Sa'id bin al-Musayyib.

bersambung....

20 November 2009

KARNIVAL SUKAN KEMBALI

BILA : 12 dan 13 DISEMBER 2009

DI MANA : Di Padang Utama , Padang Myanmar , dan Di Bangunan
Tambahan SURAU DESARIA .
( di bahagikan mengikut acara tetentu)



Penyertaan adalah terbuka kepada semua Permastautin Desaria berwarganegara Malaysia sahaja

PERMAINAN YANG DI AKAN DI ANJURKAN

BOLASEPAK 9 SEBELAH - DEWASA LELAKI DAN REMAJA
BOLA JARING - DEWASA WANITA DAN REMAJA
KAROM - LELAKI YG BIASA JENTIK TELINGA ANAK
DAM -LELAKI YANG DAH ADA TITLE HAJI
DART -LELAKI YANG PANDAI AIM SAHAJA.
SUKANEKA -TERBUKA.


Pastikan anda telah menerima surat makluman dan borang penyertaan yang perlu di hantar kepada URUSETIA Karnival yang boleh dihubungi seperti berikut

En Azuddin , No 84 Jalan Desaria 10, Tel 019 2380807
En Zulkifli, 234 Jalan 6, Tel 013 9175776
En Romlee, 55 Jalan Desaria16 tel 019 224 8235


Untuk sebarang pertanyaaan silalah hubungi lelaki lelaki budiman di atas

Jom kita ramai ramai meriahkan KaRnIvAl SuKaN DeSarIa 2009

Pastikan tarikh tersebut di taandakan dalam diary anda.

04 November 2009

PENYAMUN TARBUS

Kejadian pecah rumah semakin menjadi - jadi semenjak kebelakangan ini. Kejadian terbaru berlaku di jalan Desaria 16 rumah Encik Syukri, di mana jeriji besi tingkap belakang telah diumpil .

Penceroboh telah menyelongkar setiap almari dan laci dan dimaklumkan mereka berjaya melarikan komputer bimbit dan matawang asing milik encik Syukri.Modus operandi ini sama seperti yang dilakukan ke atas rumah Encik Shuzaimi Jalan 11 kira2 dua minggu lalu.

Dalam hal ini kita warga Desaria perlu lebih waspada walaupun pada hakikatnya kita telah mengambil langkah2 yang perlu seperti mengunci pagar, pintu dan sebagainya. Rondaan dilakukan pada malam hari , manakla kegiatan pecah rumah terjadi pada waktu siang.

Apa yang dapat disarankan adalah supaya sesiapa sahaja yang berada dirumah di siang hari agar dapat lebih peka apabila melihat kelibat orang2 yang mencurigakan di sekitar taman kita. Mungkin kita boleh mengingat kenderaan yang di naiki atau rupa bentuk fizikal mereka.

Dalam hal ini juga saya berpendapat ketua biro keselamatan perlu bersikap lebih terbuka apabila menerima aduan-aduan seperti kecurian atau pecah rumah tanpa mengira samaada mangsa adalah ahli ronda atau tidak. Ini adalah kerana walaupun mangsa bukan ahli ronda atau penyumbang kepada aktiviti meronda, apabila biro keselamatan menunjukkan keprihatinan, hati mereka akan terbuka untuk turut serta dalam aktiviti ronda ini walaupun pada dasarnya ia agak terlambat.

Kemungkinan juga di Desaria ini ada musuh dalam selimut dimana kegiatan ini dilakukan oleh mereka yang tinggal di sini tanpa disedari oleh kita. Jadi, marilah kita berbalik kepada konsep asas hidup berjiran iaitu kenali jiran kita. Sikap ini adalah berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah setempat apabila kita mengenali jiran kita dengan lebih dekat tapi tak lah sampai ke tahap menjaga tepi kain orang lain....

06 October 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2009

Kita nantikan jamuan hari raya yang akan di anjurkan oleh pihak Persatuan Penduduk dan Surau Desaria secara bersama seperti berikut:



Tarikh : 17 Oktober 2009

Waktu : Jam 9 malam

Tempat: Di kawasan jalan di hadapan Surau Desaria

19 September 2009

SALAM AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya
Aidil fitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat... Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat... Selamat Hari Raya

Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakan hatimu yang duka
Selamat... Selamat Hari Raya * nyanyian Fazidah Joned

Kita membesar dengan irama dan lirik lagu ini.Dari segi adatnya itulah dia hari raya kepada kita. Tiada yang salah dari apa yang telah kita amalkan secara turun temurun. Bermaafan sesama kita, bergembira yang mempunyai had , berjumpa dan menziarah ibubapa teman serta saudara mara dan raikanlah secara sederhana.

Dengan maklumat banyak tersedia marilah kita tambahkan kesedaran kita tentang hakikat hari raya aidilfitri ini .
Kita elakkan perbelanjaan yang boros, kita hilangkan perasaan untuk bermegah2 dan serta bersaing untuk menunjuk siapa yang hebat dari segi material di hari raya serta kita ikhlaskan hati memohon dan memberi kemaafan sesama kita .

Semoga tuhan memberkati segala amalan di bulan ramadhan dan semoga kita dapat beristiqamah melakukan perkara2 kebaikan tersebut.

Selamat Aidil Fitri untuk Semua. Maaf dipohon keatas segala kekasaran bahasa dalam posting2 terdahulu serta gambar2 yang mungkin telah menimbulkan kejengkelan tuan puan semua.

Kepada yang beraya di luar Desaria, pastikan pintu dikunci dan segalanya di simpan selamat dan selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk memeliharanya. Pandu dengan berhati2 ( laju tak apa).

Kepada yang beraya di Desaria , semoga dapat menghidupkan semangat jiran yang bertanggung jawab dengan memerhatikan keselamatan harta benda saudara2 kita.

JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS

Di panjangkan jemputan dari Encik Zainal Abidin mantan YDP Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria dan isterinya Puan Noraini Baba kepada semua penduduk Taman Desaria Nilai.



Majlis Walimatul Urus anak lelaki kedua beliau iaitu Mohd.Riezzuan dan pasangannya Siti Rohani bte Mohd. Tarikat. seperti berikut:

  • Tarikh: 4 Oktober 2009
  • Hari: Ahad
  • Waktu jamuan makan : 11 pagi hingga 4 petang.
  • Alamat; No 11 Jalan Desaria 15

Diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Riezzuan dan bak kata orang, selamat memasuki alam Realiti. Di doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

nota: pinjam gambar bunga manggar dari sini :

http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://ms.wikipedia.org/upload/thumb/2/24/YosriBungaManggar.jpg/300px-YosriBungaManggar.jpg&imgrefurl=http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp%3FTOPIC_ID%3D8504%26whichpage%3D12&usg=__lTWEQ0julJyaRm5nJDdQ5tuSu4c=&h=400&w=300&sz=46&hl=en&start=1&tbnid=P3mzCaaJ64TAfM:&tbnh=124&tbnw=93&prev=/images%3Fq%3Dbunga%2Bmanggar%26gbv%3D2%26ndsp%3D20%26hl%3Den%26sa%3DN

08 September 2009

PENYAMUN DI BULAN PUASA






Penghuni Jalan Desaria 3 telah digemparkan oleh kejadian samun yang berlaku awal pagi tadi sekitar jam 4 pagi. Ketua Biro Keselamatan Desaria, Encik Suffian di petik berkata kumpulan penyamun seramai 4 orang itu dipercayai warga Vietnam tiba dari Ampang dengan sebuah teksi dan cuba melakukan samun di salah sebuah rumah yang juga didiami oleh warga Vietnam . Ekoran dari itu , satu pergelutan telah berlaku dan memaksa penjenayah terbabit melarikan diri ke bumbung dan bersembunyi di siling rumah tersebut.

Kesepakatan penghuni Jalan Desaria 3 yang mengepung keseluruhan blok rumah tersebut telah berjaya memastikan tiada penjenayah yang dapat meloloskan diri. Pihak polis yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut telah tiba dan berjaya memberkas 3 dari penjenayah tersebut .

Penjenayah ke 4 berjaya ditemui menjelang waktu subuh selang 3 rumah dari tempat rakan mereka di berkas. Tempat persembunyian nya terbongkar apabila penghuni wanita di rumah itu mendapati air yang keluar berkeladak secara luarbiasa dan beliau terus memaklumkan kepada kenalannya . Setelah disiasat , orangramai telah menemui seorang lagi penjenayah bersembunyi di dalam tangki air tersebut. Sebaik dibawa turun beberapa orang awam sempat membelasah penjenayah tersebut untuk melepaskan geram sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Keghairahan mencari dan memberkas penjenayah di Jalan Desaria 3 turut menyebabkan kesesakan luarbiasa sehingga ada yang lewat ke pejabat hingga lah jam 10.30 pagi. – (kuah tambah untuk kasi sedap cerita)

03 September 2009

PUTERI MANDI?











Bila membaca resepi dari Puan Ella, http://birohawatamandesaria.blogspot.com/2009/08/air-tangan-tambat-keluarga-di-bulan.html saya terpaksa akui betapa berkesannya air tangan seorang ibu. Walaubagaimana sedap sekalipun makanan di tempat lain hatta yang disediakan oleh isteri sendiri, hakikatnya masakan ibu tetap mempunyai tempat tersendiri di hati setiap dari kita.

Saya berpeluang menziarah ibu di kampung pada cuti merdeka yang lalu dan berkesempatan menolong beliau menyediakan juadah berbuka kegemarannya iaitu PUTERI MANDI. Mungkin ramai yang tak kenal puteri mandi atau di tempat lain ada nama tersendiri.

Dipendekkan cerita bahan2 untuk membuat puteri mandi adalah mudah, hampir sama dengan bahan untuk membuat kueh melaka iaitu
  • Tepung pulut 1 paket
  • Kelapa dara? di parut menggunakan kukur
  • air kelapa
  • Gula melaka dan gula pasir
  • daun pisang
Cara nak buat biasalah , bancuh tepung pulut sampai boleh di uli, guna daun pisang untuk alas menguli, bentuk kan ulian tu kecil2 mengikut saiz yang di sukai. Biasanya sebesar saiz duit 50 sen.

Bila dah di uli , rebus dalam periuk . Kalau dah terapung tu kira dah ok lah tu, ambik tos kan dan prepare gravy nya pulak.

Gravy ni kena guna kan air kelapa . Panaskan air kelapa biasanya 1 biji boleh dapat 1 kole , masukkan juga sehelai daun pandan nak bagi wangi. Bila dah mendidih campur se potong gula melaka 25 cm ( di potong kecil supaya cepat cair dan cuma nak buat kaler aje) .

Masukkan Gula pasir secukup rasa dan masukkan kelapa yang dah diparut kasar tadi. Bukanla kelapa dara tapi kalau nak dibandingkan dengan umur kita, kira2 seusia anak dara la kelapa tu.

Bila dah nampak okey tu masukkan tepung yang dah di tos tadi dan gaulkan . Dan ia sedia untuk di makan.

Dalam gambar ni puteri mandi tu nampak hitam sikit , mungkin sebab gula melaka tu lain species ku namun rasanya tetap NAALERRKEK

Sebenarnya ketika menikmati juadah ini ia mengingatkan saya suasana berbuka bersama abang2 dan kakak2 semasa zaman kanak2 dulu. Kenangan inilah yang sebenarnya menambah nilai keenakan puteri mandi ini. Suasana kerjasama ketika memasak makanan dan menyiapkan hidangan sambil menunggu waktu berbuka tiba.

Sukar rasanya semangat ini hendak di praktis kan pada masa kini. Anak2 lebih berminat mengikuti rancangan di tv manakala ibu2 pula kebanyakannya tak suka di ganggu di dapur atau kekadang kadar toleransi ibu2 ni agak rendah sikit bila berhadapan dengan anak2 yang berminat untuk memberikan bantuan di dapur.

Walau bagaimanapun zaman sentiasa beredar namun yang indah itu akan sentiasa kita kenang selagi hayat dikandung badan dan masakan seorang ibu itu adalah satu daripadanya.

21 August 2009

SALAM RAMADHAN

Insyaallah jika dipanjangkan usia kita akan bersama2 menyambut kedatangan 1 Ramadhan pada 22 Ogos ini dan berpeluang sekali lagi memperoleh seberapa banyak pahala dan keberkatan bergantung kepada berapa banyak usaha yang kita curahkan untuk mencapainya.

Sehubungan dengan itu saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan zahir atau batin bagi pihak diri saya serta keluarga semoga dengan kemaafan tuan puan semua Bulan Ramadhan ini akan menjadi bermakna.

Anggaplah segala tulisan , komen serta pendapat yang tertera di sini sebagai satu luahan secara langsung yang tak perlu di simpan di dalam hati atau pun di jadikan satu sebab untuk kita berdendam sesama warga Desaria ini.

Selamat Menyambut Ramadhan dan sama2 kita ambil peluang yang datang sekali dalam setahun ini.

Wassalam.

12 August 2009

Mesej dari Ketua Biro Keselamatan - Sempena malam BBQ baru2 ini.

Di postkan semula mesej dari Encik Sufian , Ketua Biro Keselamatan , Persatuan Penduduk Desaria seperti di bawah:


Pada semua ARMD yang hadir dimajlis BBQ anjuran BIRO KESELAMATAN diharap puashati dan makanannya cukup.pada yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan pada hari berkenaan jangan jemu pulak turun meronda biro keselamatan masih ada menyediakan biskut dan kopi di post kawalan.Majlis seperti ini akan diadakan setiap tahun inyaALLAH jika dana mencukupi.

06 August 2009

WABAK SELSEMA BABI (H1N1)

Setiap hari kita dapati kadar kematian akibat wabak ini semakin meningkat . Sedikit sebanyak keadaan ini amat mengganggu fikiran dan merisaukan . Namun kita lihat masyarakat masih memandang ringan gejala wabak ini malahan pada saya diperingkat kerajaan juga dilihat tiada kesungguhan untuk memberi penerangan kepada rakyat akan bahaya wabak ini.


Kita sebagai seorang islam tidak sepatutnya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja dalam hal ini. Sewajarnya kita cuba melakukan sesuatu sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri diikuti dengan keluarga dan seterusnya masyarakat setempat dalam bab2 pencegahan wabak ini.


Kita boleh mulakan dengan mengenal apa itu Wabak H1N1. Banyak bahan bacaan yang kita boleh dapati dari pelbagai sumber dan apabila kita telah tahu apa itu H1N1, mungkin akan timbul kesedaran untuk kita mengambil langkah seterusnya iaitu pencegahan .


Dibawah terdapat beberapa link popular yang menerangkan apa itu H1N1, bagaimana ia merebak dan juga apa kah tindakan yang patut diambil untuk mencegah merebaknya wabak ini.


1. http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=446


2.http://www.cdc.gov/h1n1flu/qa.htm


Dan sebagai seorang Islam kita tak terlepas dari mengharapkan bantuan dan belas ihsan Maha Pencipta agar menghindarkan kita dari serangan wabak ini. Terdapat pelbagai doa yang boleh di amalkan antara nya seperti berikut:


1.http://www.huzaifah.org/2009/06/hindari-wabak-h1n1-dengan-doa.html


Mari kita bersama sama mula mengamalkan konsep pencegahan mudah antaranya

i. Apabila bersin , menutup mulut

ii. Apabila menyapu hingus dengan tisu pastikan ia tak dibuang merata2.

iii. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan jangan sesekali menggosok mata atau hidung kalau tangan dicemari lendir selsema ataui kahak.

iv. Amalkan pengasingan diri kalau kita ada tanda2 penyakit ini.

Namun demikian memang sukar untuk kita melakukan perkara2 di atas terutamanya bab2 pengasingan diri. Contoh jelas berlaku kepada penulis sendiri dimana anak2 yang demam dan menghidap selsema terpaksa juga di hantar ke penjaga mereka pada hari2 bekerja. Penjaga anak2 pula yang terpaksa mengambil risiko jangkitan selsema anak2 tadi. walau apa pun, terima kasih diucapkan kepada para penjaga kanak2 ini yang mana walaupun tahu terdapat risiko jangkitan, masih tetap sanggup menjaga anak2 kami. Terima kasih kepada Zol dan Yati jalan 6.

31 July 2009

POST GOTONG ROYONG PERDANA

Nampak gayanya gotong royong yang baru lalu nie berjalan lancar . Penglibatan dari warga Desaria pun agak memuaskan. Makanan , memang Perdana dan bak kata kengkawan, kalau sebegitu punya makanan, setiap minggu gotong royong pun beliau sangggup.

Petisyen dah di tandatangan, banner bantahan pun dah di tulis cuma satu sahaja yang amat mengecewakan iaitu Majlis Perbandaran yang tidak menunjukkan muka untuk sesi soal jawab.

Yang lebih mengecewakan, sampah2 yang telah dikumpulkan, sehingga ke saat ini masih lagi belum diangkat keluar oleh MPN. Mungkin mereka memerlukan surat permohonan rasmi sekali lagi untuk membolehkan sampah sampah tersebut di kemaskan.

Apa kata kita sebagai warga desaria yang melunaskan cukai taksiran setiap tahun memaklumkan kepada MPN bahawa prestasi mereka adalah tak seperti yang diharapkan dan mereka perlu menambah baik perkhidmatan yang sedia ada. untuk itu mari kita hujani mereka dengan laporan2 di laman web MPN di link dibawah. Tuan tuan perlu mendaftar untuk log in . tapi jangan disebabkan itu tuan2 x nak turut serta.

Ayuh!!!

link MPN adalah serperti berikut:
http://epbtonline.mpn.gov.my/online/form/login/main.php

23 July 2009

Makluman lanjut - Majlis BBQ

Ketua Biro Keselamatan Persatuan Penduduk Desaria , Encik Mohd. Sufian , akan mengadakan satu Majlis BBQ bagi meraikan kesemua 'ARMD' -Ahli Ronda Malam Desaria dan para penyumbang dana, sebagai tanda penghargaan dan juga untuk merapatkan lagi persefahaman antara sesama ahli ronda.

Ia akan di adakan seperti berikut

Tarikh: 8 Ogos 2009 , Sabtu malam Ahad
Tempat: Perkarangan Pos kawalan ARMD
Waktu: Selepas solat Isyak sehingga makanan habis.
pakaian: kasual!!

Jumpa di sana.....

14 July 2009

AWAS!!!!

Bukan untuk menimbulkan kegelisahan dan kegusaran. Sekadar memberi peringatan.

Kejadian samun mungkin perkara biasa tetapi apabila dua kejadian samun berlaku dalam jangkamasa seminggu , semua pihak kena lebih berhati-hati dan berwaspada.

Modus operandi yang sama, dua lelaki menaiki motosikal RXZ berwarna merah , bersenjata pisau , waktu operasi antara 6 - 7.30 mlm . Sasaran mereka adalah wanita yang berjalan bersendirian dan target mereka adalah barang kemas, beg dan talipon.

Jadi untuk penduduk Desaria semua, buka mata dan lihat sekeliling. dan sentiasa beringat.

Kaum wanita yang nak masuk kedalam rumah , pastikan keadaan selamat sebelum membuka pintu kereta dan pintu pagar.

13 July 2009

26 Julai 2009

Pastikan tuan2 dapat meluangkan masa pada tarikh tersebut untuk aktiviti persatuan yang akan datang. Maklumat lanjut akan menyusul dipeti surat tuan -tuan semua.

PROGRAM TENTATIF PADA HARI TERSEBUT: ( seperti yg dimaklumkan oleh En. Sufian)

1. Gotong Royong membersihkan sekitar kawasan Taman
2. Sesi soal jawab bersama Majlis Perbandaran Nilai
3. Menandatangan dan Menyerah Petisyen tentang premis menjual Arak di Desaria.
4. Jamuan Ringan.

08 July 2009

SATU MALAM DI DESARIA























Liputan aktiviti ronda selama 2 jam bersama Team Coklat pada 7 Julai 2009 dari jam 1.30 am - 3.30 am

  • 0125 hrs - memandu melepasi rumah anggota ronda yang lain - x nampak nampak muka lagi
  • 0130hrs - patah balik rumah nak cek mailbox sebab dah pesan kat pengarah ronda Desaria supaya kunci bit ronda di letak kat dalam mailbox

  • 0132 hrs - terserempak dgn Cik Kader Jln 16 . Baru bergerak keluar menuju ke Beat.

  • 0135 hrs - tiba di Beat ronda, pas kunci pada cik kadir dan set up road barrrier. Snap beberapa keping gambar mana tau boleh rakam aktiviti para normal ke.

  • 0137 hrs - membuat panggilan kepada member2 lain . masing2 mengaku dah bangun dan tengah bersiap. Iyo lah tuh.

  • 0140 hrs- Saamri dari jaln 9 sampai , berjalan kaki , katanya terserempak dengan 2 orang dihujung jalan , bila dsapa tak menyahut. entahkan orang entah kan apa tuh.

  • 0145 hrs- Zaimie sampai dari jalan 11. komplen apasal awal sangat turun. dah janji kul 1.30 takkan kul 1.45 sampai tu kata awal sangat lagi kut...

  • 0150 hrs- hanipa dari jalan 19 tiba dengan motornya.

  • 0152 hrs- membuat panggilan pada Basarudin jln 15 , katanya nak Qada' ronda malam sebelumnya

  • 0200 hrs- Hanipa bukak table dan Saamri mula menggatal dengan Set walkie talkie ... Jom kacau Pengarah ronda kita ( Cik Pian) ... nasib ko la Pian... sapa suruh simpan walkie talkie kat rumah. Komplen kat pengarah, kopi dah abis...

  • 0215 hrs - buat 3 group kecil, 2 orang satu group. satu ronda jalan 6 - 21, satu lagi ronda jalan 1- 5 dan 23 - 25 manakala satu group lagi minum teh kat beat.

  • 0220 hrs - panggilan kecemasan dari group Basaruddin dan Kader , suara putus2 x kedengaran dalam walkie talkie. Agaknya dia x pandai nak guna walkie talkie lah tuh. terpaksa buat panggilan ke bit melalui telephone . Ada orang terbaring depan pintu pagar kat Lorong Desaria 1/1 rumah No 577. x tau hidup ke atau dah tak bernyawa...Bantuan diperlukan..

  • 0223 hrs - sampai ketempat kejadian dan memang sah ada satu Malaun tengah syok meringkuk tido dengan nyamuk dan lalat berterbangan kat tepi. Cik Basaruddin menyergah tapi mamat tu cuma angkat kepala sikit aje. Oooo.. masih hidup lagi...

  • 0225 hrs - Group Zaimie dan Saamri sampai , masing2 meninjau 2 dan buat kesimpulan mamat tu mabuk.

  • 0233 hrs buat laporan pada pengarah ronda dan jugak pada Balai polis Nilai.


  • 0235 hrs - 2 mamat Myanmar lalu kat situ sambil mintak maaf kat kita orang sebab mabuk. Suruh mereka camkan si mabuk yang terbaring tu . OOhh ...itu Nepo punya budak duduk itu jalan 1/3, kata mereka.... hmmmmm...

  • 0240 hrs - balik ke beat minum teh lagi bagus.. x lama pas tu pengarah ronda sampai dengan motor dan masih berkain pelikat. yang dua group lagi sambung balik ronda kat kawasan masing2.
  • 0250 hrs - semua berkumpul kat beat sambil hisap rokok dan minum teh dengar pengarah ronda bukak cerita.

  • 0300 hrs - kereta peronda dari Balai Nilai sampai , tanya ada x buat laporan ke Balai Nilai dan kat mana lokasi mamat mabuk tu.

    0305 hrs - kereta Peronda balik semula ke beat , kata memang mamat tu sah mabuk dan beredar dari Desaria.

  • 0330 hrs - Team coklat berkemas dan balik kerumah masing2 untuk sambung tido.......

Moral of the story ..... ada moral ke story nie?

  1. Sapa kata meronda malam tu satu benda yang tak berfaedah.. sekurang 2 nya Itulah salah satu sumbangan yang dapat kita beri kepada masyarakat Desaria ini.
  2. Meronda ni tak lah boring , pandai pandai la buat sesuatu untuk menghabis kan 2 - 3 jam malam tu. Takkan lah nak pusing2 satu taman selama 2 -3 jam x henti2.
  3. Meronda malam taklah membebankan . pada kami lah.. jadik setakat sekali dalam sebulan tu takkan x da masa yang boleh diluangkan kut.. Tak kan akak2 kat rumah tu tak bagi abang2 kluar untuk sejam dua. Tak dan nak sejuukk badan tu kak ooiii... rela kan lah abang2 tu berkhidmat untuk masyarakat nih.. Insyaallah dapat jugak pahala.
  4. Yang utama skali , kena kuatkan semangat untuk turun meronda. Tanpa semangat gerenti tak kan jadi punya.
  5. Last sekali ....... tuan -tuan biasa2 kan la pasang lampu kat depan atau kat belakang rumah tu. Rasanya kalau lampu kalimantang 20 watt tu dipasang selama 12 jam tak kan memudaratkan bil elektrik kita. Banyak bezanya bila kita lalu depan atau belakang rumah yang berlampu dan x berlampu...Inilah satu cara pencegahan jenayah yang paling berkesan.


29 June 2009

DURIAN












  • Musim durian datang lagi. Mungkin ramai yang x tahu kandungan nutrient dalam durian , so kita lihat jadual berikut dari USDA Nutrieant database

    Nilai khasiat per 100 gram durian
    Karbohidrat - 27.09 gram
    Serat diet - 3.8 gram
    Lemak - 5.33 gram
    Protein – 1.47 gram
    Air - 65 gram
    Vitamin C - 19.7 mg
    Kalium - 436 mg


    Kalau kita nak ke Seremban melalui Jalan Mantin, dekat2 nak sampai ke Simpang Lenggeng boleh didapati beberapa gerai menjual durian. Not bad jugak durian kat sini. Sepanjang jalan ke Semenyih jugak banyak orang menjual durian di tepi2 jalan.

    Di Malaysia ni jenis durian yang popular selain dari durian baka kampung adalah D24. tapi sebenarnya banyak lagi klon2 durian lain seperti 'D99' ,'D123' , 'D145' ,'D158' ,'D159' dan jugak 'D169'

    Nak hilangkan panas badan sebab makan durian kata orang isikan air dalam lompang kulit durian yang kosong dan minum dari situ. X tahu la ia betul dari segi saintifiknya atau sekadar faktor psikologi yang menyebabkan ia berkesan.

    Makan durian dengan manggis jugak dikatakan boleh mengimbangi panas badan tersebut.

    Last sekali , orang2 seperti ’Super Manap’ tak digalakkan makan durian banyak2 sebab nanti blood pressure naik semula.

    Note: ada sorang kawan tu kata ada baka durian baru D 40 lagi lazat tapi dah jenuh search dalam net tak jugak jumpa. Yang banyak, Info tentang D 40 yang lain .........
  • Maklumat lanjut tentang durian antaranya terdapat disini:

16 June 2009

KERIS 2009





Sekali lagi Persatuan telah berjaya menganjurkan satu program yang memberi banyak manfaat kepada anak2 Desaria. Mungkin di masa akan datang program ini dapat dimaklum beberapa bulan lebih awal untuk membolehkan ibubapa merancang dan memastikan anak2 dapat menyertai aktiviti seperti ini.


Sementelah anak2 ini telah berjaya dikumpulkan , ada baiknya aktiviti secara berkumpulan ini diteruskan lagi melalui program-program seperti mengenal dan menghargai alam semulajadi ( skodeng burung2 dan unggas2, mengenal tumbuhan ), gotong royong membersih taman permainan, aktiviti riadah dan lain2 aktiviti yang sewaktu dengannya.

12 June 2009

LELAKI BERUBAH SELEPAS BERGELAR BAPA


Satu artikel tentang kajian yang dijalankan tentang perubahan keatas lelaki selepas seseorang tu bergelar bapa.


Ianya seperti berikut



  • Keyakinan dan harga diri semakin meningkat

  • Tahap kesabaran yang semakin bertambah.

  • Daya Pemikiran yang lebih fleksibel dan mampu merencana sesuatu untuk masa depan.

  • Kembali ke zaman kanak2 semata2 untuk menyesuaikan diri dengan tahap pemikiran anak2

  • Menjadi lebih kreatif

  • Lebih mampu merancang sesuatu mengikut keperluan.

  • Menukar perspektif tentang kehidupan didunia ini secara holistik

Artikel lengkap boleh di baca di sini:


http://www.mrdad.com/qa/life/how-fatherhood-changes-men.html



"Selamat hari bapa kepada semua"


09 June 2009

JEMPUTAN KE CABARAN?

BAPAK BAPAK SEMUA!!!

Katanya takkan skodeng dari jauh aje kut?. Jadi, semuanya sila lah datang ke Padang Myanmar jam 9 pagi , Ahad ini 14 Jun dan tunjukkan la skil masing-masing .

Maklumat lanjut di sini: http://birohawatamandesaria.blogspot.com/2009/06/lagi-satu-bonus.html

23 May 2009

PROGRAM KEM REMAJA ISLAM SOLEH (KERIS 2)

Sempena cuti persekolahan akan datang ini sekali lagi pihak persatuan dengan kerjasama ABIM akan mengadakan Program KERIS 2. Butiran progaram tersebut adalah seperti di bawah.


Tarikh: sesi 1 , 31/05/09 (ahad) - 03/06/09 ( rabu)


sesi 2 , 07/06/09 ( ahad ) - 10/06/09 ( rabu)



Tempat : Rumah anak yatim ABIM Dengkil


No 11A Jalan 2, Taman Baiduri


Dengkil ( belakang petronas Dengkil)



Penyertaan : Remaja berumur 9 hingga 15 tahun



Objektif: Penekanan kepada spek keagamaan, kerohanian dan motivasi diri



Yuran : Anak ahli persatuan - RM 50


Anak warga Desaria bukan ahli RM 80


Anak bukan waga Desaria RM 120.00



Pengangkutan anak dari desaria ke Dengkil dan pulang semula di sediakan oleh penganjur.



Tempat penyertaan adalah terhad dan tarikh tutup pada 28 mei 2009, hari khamis.





Untuk mendapatkan borang, menghulurkan sumbangan, atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan wakil penganjur di bawah:



1. Encik Mohd Razif Mahadi , Jalan 12 , tel 012-2390846

2. Encik Mohd Azuddin Sham , Jalan 10, tel 019-2380807

15 May 2009

Selamat Hari Guru

16 mei 2009 - Hari yang di dedikasikan khas untuk para guru

Dan kepada para warga guru yang ada di Desaria ini satu petikan puisi untuk anda semua;

dipetik dari: http://www.brunet.bn/news/pelita/puisi.htm
oleh; Aziee A.R



GURU TERCINTA

Guru
Ku abadikankalimah ini
dengan pena
lahir dari minda yang tulus
buat guru yang ku sanjungi.
Guru
sesiapa pun tidak measa ragu
menyatakan kasih kepada mu
terkenang akan jasa bakti
mendidik darah bangsa mu.

Guru
keikhlasan yang diberikan
pembelajaran yang bermutu
berjaya merubah nasib bangsa mu
menjadi manusia yang berilmu
kasihkan raja
bertatasusila
berbudi bahasa
bersopan santun
kasihkan ibu bapa
kasihkan agama
kasihkan Negara
amat sempurna.

Guru
ku tadahkan restu doa
keberkatan dan ganjaran pahala
dari yang maha Esa
hidup sentosa dan bahagia.

Guru
pengorbanan mu
tetap akan dikenang
sampai bila-bila.

12 May 2009

SEMPENA HARI IBU 2009

Satu petikan sajak untuk semua ibu di Desaria..

Berbanggalah dengan kemulian yang dikurniakan ALLAH ini
Semoga Allah memberkati anda semua.



Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untukkebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

~Sulaiman~

di petik dari site berikut:

http://rds.yahoo.com/_ylt=A0oGklKGNQlKyjcAQpxXNyoA;_ylu=X3oDMTEzbG85ZjAzBHNlYwNzcgRwb3MDOQRjb2xvA3NrMQR2dGlkA0Y4NjJfMTIx/SIG=1262cqauu/EXP=1242203910/**http%3a//blog.azhad.com/2008/05/sajak-untuk-ibu.html

08 May 2009

Tahniah atas kelahiran baru

Hawa Desaria kini telah mengorak langkah kehadapan sejajar dengan perkembangan era cyber terkini. Jom kita lawati dan mengikuti perkembangan semasa Hawa di laman blog berikut:

http://birohawatamandesaria.blogspot.com/

Semoga laman blog ini akan menambah ceria perjalanan biro hawa dan dapat mengeratkan lagi networking dikalangan mereka.

05 May 2009

Kumpulan Ronda Di Perlukan !!!!

Para penduduk Desaria di alu2 kan untuk membentuk kumpulan-kumpulan bagi menjalankan aktiviti ronda. Menurut ketua biro keselamatan persatuan penduduk Desaria, Encik Sufian Abdul Rahman, kumpulan kumpulan tersebut boleh dibentuk mengikut jalan masing masing. Ini adalah untuk memudahkan interaksi sesama ahli ronda dan juga memudahkan ahli2 berhubungan antara satu sama lain.

Encik Sufian juga berkata sepanjang bulan Mei ini, jadual telah disusun dan kumpulan kumpulan baru dibentuk akan di jadualkan untuk meronda sepanjang bulan Jun dan Julai.

Majlis pelancaran aktiviti ronda juga telah berlangsung pada pagi Isnin lalu di bangunan surau tambahan surau desaria. Setakat ini sumbangan turut diterima dari individu dan syarikat2 perniagaan dan sebahagiannya digunakan untuk menampung kos peralatan dan juga minuman ahli2 ronda yang bertugas pada setiap malam.

Waktu meronda ini dijadualkan antara jam 1 pagi hingga jam 4 pagi atau bergantung kepada ahli kumpulan tersebut sekiranya mereka ingin meronda lebih lama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Sufian di talian 013-3200083 atau Encik Yusof di nombor 019-6241821.

30 April 2009

JOM RONDA

Susulan dari taklimat keselamatan dan perbincangan antara ahli dan biro keselamatan pada 26 April lalu, satu ketetapan telah di ambil iaitu Ronda Malam akan dihidupkan semula di Desaria ini.

Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ketua biro keselamatan Perstuan Penduduk , Encik Suffian memaklumkan bahawa setakat hari ini beliau menyusun nama nama yang telah mendaftar dan membahagikan nama2 tersebut kedalam kumpulan kumpulan kecil dan satu jadual akan disediakan mengikut hari2 tertentu.

setiap kumpulan telahpun di tetapkan seorang ketua dan timbalan ketua yang akan mengepalai aktiviti ronda kelak.

Walau bagaimana pun Persatuan masih lagi mengalu-alukan penglibatan semua penduduk khasnya ahli2 persatuan. Kaum HAwa juga digalakkkan membantu tetapi dalam bentuk selain dari turun meronda.

Untuk tujuan pendaftaran, satu borang senarai telah disediakan di papan buletin Surau Desaria dan semua digalakkan untuk turut serta. Yang berminat juga boleh berhubung terus dengan Encik Sufian tel no 013 3200083 atau YDP , En. Yusoff di talian 019 6241821.

LAGI GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENGHARGAAN
















28 April 2009

TERIMA KASIH

Satu majlis penghargaan kepada AJK 2007 & 2008 telah di adakan pada 24 April lalu bertempat di Azman Cafe. Majlis telah bermula pada jam 9.30 malam dipengerusikan oleh S/U, Encik mohd Razif dan dimulai dengan doa pembukaan oleh En. Izhar Mansor.

Ia disusuli dengan ucapan oleh YDP, En Yusof Said , yang turut menegaskan perlunya semangat kerjasama diterapkan dalam menangani segala permasaalahan . Pandangan majoriti perlu di ambil sebagai ketetapan selaras dengan prinsip demokrasi yang di amalkan dalam kepimpinan persatuan ini.

Beliau juga memberi satu analogi dimana pada sekeping duit shiling, terdapat dua muka yang berbeza. namun nilai nya tetap sama . Jadi dalam setiap isu tak kira dari sudut mana yang kita lihat biar lah matlamatnya satu iaitu untuk menambah baik atau menyelesaikannya.

Perbezaan pendapat tidak sepatutnya merenggangkan hubungan antara ahli tetapi perlu di lihat sebagai pilihan yang boleh dibuat dalam menangani masalah.

Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam . Semua AJK turut diberi sekeping Sijil dan sebatang pen sebagai penghargaan keatas sumbangan mereka kepada persatuan.

22 April 2009

TAKLIMAT KESELAMATAN

Biro Keselamatan Persatuan Penduduk Desaria akan mengadakan satu taklimat tentang situasi keselamatan semasa di Desaria dengan kerjasama Balai Polis Nilai. Semua warga Desaria di jemput hadir . Satu perbincangan juga akan di adakan selepas dari taklimat tersebut dan sebarang cadangan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Desaria boleh di luahkan semasa perbincangan nanti.

Butiran Majlis seperti berikut:

Tarikh : 26 Mei 2009 , Ahad
Waktu : Pukul 2.30 Petang
Tempat : Bangunan Sementara Surau Desaria
Turut hadir : Ketua Balai polis Nilai atau wakil.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Suffian No 83 Jalan 18, tel 013 3200083

19 April 2009

DESARIA DESA KITA












Bulan ini genap 2 tahun usia Blog Desaria Desa kita. Inilah antara salah satu hasil usaha Mantan YDP iaitu mengujudkan satu medium untuk kita para penduduk Desaria berinteraksi . Kali ini saya berpeluang merakamkan beberapa foto yang saya kira dapat menggambarkan betapa di Desaria ini masih ada lagi pemandangan2 yang dapat ,memberikan ketenangan jiwa.

Secara peribadi, saya memang agak attached dengan Taman Desaria ini. Sebabnya mudah. Saya telah menyaksikan transformasi kawasan ini dari sebuah ladang getah yang berbukit bukau dan terletak dihujung dunia , hinggalah ia menjadi satu kawasan perumahan seperti yang terdapat sekarang.

Saya telah merasai peritnya matahari ketika kawasan ini masih lagi tandus dari segala tumbuhan sehinggalah ia menghijau semula dan tempoh yang di ambil bukanlah sekejap. Ia mengambil masa lebih dari sepuluh tahun. Sekaranglah baru dapat kita dapat merasa semula kenyamanan oksigen2 yang dilepaskan oleh kehijauan dedaun yang ada.

Agak menjengkelkan juga (bahasa yang paling sopan digunakan) apabila ada segelintir masyarakat Desaria yang menganggap kehijauan dedaun ini satu nuisance atau gangguan terhadap ketenteraman hidup mereka. Sehingga sanggup membuang pepohon yang ada di hadapan rumah masing2 ataupun mengelar batang2 pokok supaya pokok2 tersebut mati . Bukan kah waktu daun2 berguguran tu satu pemandangan yang indah? Memang ia tak sama dengan suasana musim luruh di luar negara dan juga tiada foliage yang beranika warna tetapi tak perlu rasanya kita tumbangkan sebatang pokok kerana inginkan halaman yang bersih tak bersampah walau sehelai daun kering!

Sekiranya diganti dengan pokok lain ia adalah satu consolation juga tapi kalau sekadar nak menebang kerana tak mahu diganggu oleh dedaun yang berguguran , pada saya itu amat malang dan satu kerugian kepada Taman Desaria keseluruhannya.

Ingat lah pesanan yang selalu kita dengar. Kita bukan mewarisi bumi ini dari ibubapa kita tetapi kita meminjamnya dari anak-anak dan masa hadapan kita. Jadi amatlah bertepatan sekiranya kita dapat mengindah dan menghijaukan bumi ini untuk dipulangkan semula kepada generasi akan datang dalam keaadan yang lebih baik dari sekarang.