03 September 2009

PUTERI MANDI?











Bila membaca resepi dari Puan Ella, http://birohawatamandesaria.blogspot.com/2009/08/air-tangan-tambat-keluarga-di-bulan.html saya terpaksa akui betapa berkesannya air tangan seorang ibu. Walaubagaimana sedap sekalipun makanan di tempat lain hatta yang disediakan oleh isteri sendiri, hakikatnya masakan ibu tetap mempunyai tempat tersendiri di hati setiap dari kita.

Saya berpeluang menziarah ibu di kampung pada cuti merdeka yang lalu dan berkesempatan menolong beliau menyediakan juadah berbuka kegemarannya iaitu PUTERI MANDI. Mungkin ramai yang tak kenal puteri mandi atau di tempat lain ada nama tersendiri.

Dipendekkan cerita bahan2 untuk membuat puteri mandi adalah mudah, hampir sama dengan bahan untuk membuat kueh melaka iaitu
  • Tepung pulut 1 paket
  • Kelapa dara? di parut menggunakan kukur
  • air kelapa
  • Gula melaka dan gula pasir
  • daun pisang
Cara nak buat biasalah , bancuh tepung pulut sampai boleh di uli, guna daun pisang untuk alas menguli, bentuk kan ulian tu kecil2 mengikut saiz yang di sukai. Biasanya sebesar saiz duit 50 sen.

Bila dah di uli , rebus dalam periuk . Kalau dah terapung tu kira dah ok lah tu, ambik tos kan dan prepare gravy nya pulak.

Gravy ni kena guna kan air kelapa . Panaskan air kelapa biasanya 1 biji boleh dapat 1 kole , masukkan juga sehelai daun pandan nak bagi wangi. Bila dah mendidih campur se potong gula melaka 25 cm ( di potong kecil supaya cepat cair dan cuma nak buat kaler aje) .

Masukkan Gula pasir secukup rasa dan masukkan kelapa yang dah diparut kasar tadi. Bukanla kelapa dara tapi kalau nak dibandingkan dengan umur kita, kira2 seusia anak dara la kelapa tu.

Bila dah nampak okey tu masukkan tepung yang dah di tos tadi dan gaulkan . Dan ia sedia untuk di makan.

Dalam gambar ni puteri mandi tu nampak hitam sikit , mungkin sebab gula melaka tu lain species ku namun rasanya tetap NAALERRKEK

Sebenarnya ketika menikmati juadah ini ia mengingatkan saya suasana berbuka bersama abang2 dan kakak2 semasa zaman kanak2 dulu. Kenangan inilah yang sebenarnya menambah nilai keenakan puteri mandi ini. Suasana kerjasama ketika memasak makanan dan menyiapkan hidangan sambil menunggu waktu berbuka tiba.

Sukar rasanya semangat ini hendak di praktis kan pada masa kini. Anak2 lebih berminat mengikuti rancangan di tv manakala ibu2 pula kebanyakannya tak suka di ganggu di dapur atau kekadang kadar toleransi ibu2 ni agak rendah sikit bila berhadapan dengan anak2 yang berminat untuk memberikan bantuan di dapur.

Walau bagaimanapun zaman sentiasa beredar namun yang indah itu akan sentiasa kita kenang selagi hayat dikandung badan dan masakan seorang ibu itu adalah satu daripadanya.