10 February 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Surau Desaria pada tahun ini akan bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Desaria dan ABIM NILAI untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul bertempat di SURAU DESARIA pada Hari Jumaat 26 Februari 2010.

Program tentatif pada hari tersebut adalah seperti berikut:

  1. Perhimpunan di perkarangan Surau Desaria pada mulai jam 7.30 pagi
  2. Perarakan yang akan di sertai oleh anak-anak dari semua cawangan TASKI ABIM NILAI MANTIN dan mungkin juga anak2 dari Tadika di Desaria. Laluan akan melibatkan Jalan Desaria 18, 19, 20 dan 21 serta Persiaran Desaria 2. Mulai jam 8 pagi
  3. Persembahan anak2 TASKI mulai jam 9.00
  4. Tazkirah oleh penceramah undangan mulai jam 9.45
  5. Persembahan penutup oleh anak2 TASKI
  6. Jamuan ringan - take away. dan bersurai jam 12 tghari

Semua warga Desaria dijemput hadir .

" Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah "

PROGRAM COMBI

SEPERTI YANG TERTERA PADA BANNER DI PERSIMPANGAN PERSIARAN DESARIA


TARIKH : 21 FEBRUARI 2010 HARI AHAD

WAKTU & ACARA :
MULAI JAM 8 PAGI - MEMBERSIH KAWASAN SEKITAR RUMAH MASING2
JAM 11 PAGI - BERKUMPUL DI SURAU DESARIA UNTUK MAJLIS

PELANCARAN PROGRAM COMBI OLEH WAKIL PEJABAT KESIHATAN
SEREMBAN.



MATLAMAT NYA CUMA SATU, UNTUK MENJADIKAN DESARIA LEBIH BERSIH, DAN BEBAS DARI WABAK DENGGI.


LUANGKAN LAH SEDIKIT MASA TUAN TUAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

18 January 2010

CIEESSS!!!! MEREKA MENCABAR KITA NAMPAKNYA!!!

Fuyoo, tajuknya gempak sekali. Macam baguss aja. Tapi gitulah gamaknya ( Tengok laporan Bang Tom kita). Mereka – mereka yang durjana nie nampaknya cuba mencabar kita dan mungkin ingin melihat sejauh mana kita kemampuan kita mempertahankan ’kedaulatan desa kita’

Mereka telah menjadi teramat berani sehingga pusat kawalan desaria kita dicerobohi. Ini boleh di umpamakan macam Pentagon di Bom musuh!!!


Wahai semua warga Desaria? Tak kan nak dok sengap aje kut? . Abiss semua dalam security bit tu di sapu tu. Biskut kering aje yang tinggal.

06 January 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2010 dan ini menandakan umur kita saban tahun semakin pendek. Semoga di tahun 2010 ini Desaria kita akan menjadi bertambah aman dan makmur.

Biro keselamatan nampaknya telah meraikan tahun baru 2010 dengan membantu pihak polis mengurangkan salah satu anasir- anasir yang tak dikehendaki dengan tertangkapnya seorang warga asing baru baru ini ( berita disini ) kerana disyaki cuba memecah masuk ke sebuah rumah.

Sehubungan dengan juga itu Encik Sufian selaku Pengerusi Biro Keselamatan Persatuan Penduduk turut melahirkan rasa terkilan beliau dengan sikap warga tempatan Desaria yang di katakan tidak membantu untuk membanteras kejadian seumpama yang berlaku diatas.

Menurut beliau, diantara nya ialah memandang remeh kes kecurian kecil -kecilan seperti kehilangan basikal dan sebagainya. Banyak kes seperti ini yang sampai ke pengetahuan beliau dan basikal-basikal yang telah di curi juga telah di lihat ditunggangi oleh warga2 asing di sini.

Sebenarnya jika kes -kes seperti ini di laporkan kepada biro keselamatan, Encik Sufian memberi jaminan bahawa tindakan susulan akan di lakukan oleh biro beliau umpamanya menyoal siasat pemilik basikal curi tersebut seterusnya mencari penjual yang berkemungkinan besar adalah pencuri nya.

Jadi warga desaria, jom kita beri kerjasama kepada En Sufian and the gang dengan memberikan maklumat maklumat yang akan secara langsung membolehkan beliau menjalankan soal siasat sendiri.

Satu soalan Cepu Mas kepada Cik Pian kita: Adakah aduan dari warga Desaria yang bukan ARMD akan di layan? .

22 December 2009

DESARIA JUARA KESELURUHAN!


Bangga? Tok sah harap. Sebenarnya Desaria adalah salah sebuah taman di kawasan Nilai ini yang mencatatkan kes Denggi tertinggi iaitu 13 kes sepanjang tahun 2009 ini.

Kes yang di catatkan di sini tidak terhad kepada yang berpunca dari sini sebaliknya melibatkan kes-kes yang di bawa dari tempat lain ke sini. Ini adalah kerana Desaria mempunyai kadar pergerakan penduduk yang sangat aktif. Maksudnya setiap hari ada kemasukan orang-orang luar kawasan kesini dimana mereka ini adalah pembawa virus denggi. Ada juga kes di mana penduduk Desaria yang keluar kawasan dan dijangkiti virus denggi dan bila balik semula ke desaria, mereka menjadi salah satu punca penyebar virus dengan bantuan nyamuk2 Desaria yang sedia berkhidmat.

Jabatan Kesihatan Negeri, N. Sembilan sebenarnya sedang memperkenal satu program yang di panggil COMBI.

Tujuannya baik iaitu untuk menimbulkan kesedaran masyarakat setempat tentang bagaimana kita dapat mengurangkan risiko dijangkiti virus Denggi ini dengan meluangkan masa selama 10 minit seminggu. Ia lebih merupakan ’preventive action’ untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes iaitu pembawa virus denggi.

Sama sama kita tunggukan maklumat lanjut dari Persatuan Penduduk Desaria berkenaan program ini.

”10 minit seminggu. Tiada Aedes tiada Denggi di Desaria”

15 December 2009

Mini Karnival Berakhir

Hari Penutup Karnival sukan berlangsung pada 13 Disember lalu dengan ringkas namun kemeriahan tetap di rasakan.

Tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tak menang tunggulah tahun tahun yang akan datang dan jangan lupa untuk training selalu. Yang menang sorak pun kira menang jugak la tu.

Tahniah dan terima kasih juga kepada pihak urusetia yang telah bertungkus lumus menganjurkan mini karnival tersebut dan semoga di masa akan datang lebih ramai warga desaria dari segenap lapisan akan turut serta.

Satu persoalan timbul di kepala saya. Apa yang patut di lakukan untuk menarik minat lebih ramai warga desaria untuk sama sama menyertai aktiviti seperti ini atau aktiviti yang dapat memberikan ruang untuk kita saling berinteraksi sesama kita. Atau apakah kita lebih senang untuk mengasingkan diri dan menjalani kehidupan seolah olah di sekeliling kita tiada orang lain?

Ada jawapankah di luar sana?

Walaubagaimana pun jom kita layari site Pak Tom kita di sini untuk gambar2 menarik sempena karnival lalu.

11 December 2009

Here come the champions - Karnival Update




Keputusan pertandingan terbaru:

Dart:
1st place - En. Abd Rashid Abd. Rahman - Jalan 19
2nd place - En. Azhar Jalan 18

Dam Aji :
Champion - Abang Rone - Jalan 9
1st runner up - Johari - Jalan 10

Carrom :
Champion - Team Azuddin jln 10 dan Zaini Lorong D 1/4
1st runner up - Team Suffian Jln 18 dan Razif Jalan 12.

Nampaknya sambutan untuk carrom amat menggalakkan dan banyak muka2 baru yang kelihatan. Walau bagaimana pun lebih meriah jika lebih ramai warga desaria yang dapat mengambil bahagian pada masa akan datang.

Jumpa di Padang Desaria untuk Bolasepak dan Bola JAring pada hari sabtu ini dan Sukaneka pada hari Ahad.