20 July 2007

SUKANEKA IS COMING!!!

Selepas aktiviti gotong royong perdana berlangsung dengan jayanya dimana kerjasama yang diberikan oleh sekalian warga Desaria amat memberangsangkan, kita nantikan pula Acara Sukaneka yang dijadualkan berlangsung pada awal August 2007 ini.

Sukaneka ini akan dikelolakan oleh Biro Sukan yang diketuai oleh Tuan Imam kita , Imam Fadli Che Mi dari Jalan 20.

Sama - sama kita tunggu.

17 July 2007

AWAS WABAK DENGGI

Denggi sedang melanda Desaria. Pastikan kita semua mengikuti nasihat dan arahan yang diberikan oleh pegawai kesihatan yang telah melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk menghapuskan jentik-jentik aedes ini.

Leaflet tentang simptom2 denggi juga telah disebarkan kepada majoriti penduduk desaria.

KAlau tuan puan masih belum menerima maklumat tentang wabak Denggi ini , leaflet boleh didapati di Surau Desaria.

11 July 2007

AKTIVITI HAWA

Aktiviti bulanan HAWA ( Wanita sahaja )

Majlis Bacaan Yaasin dan beramah mesra

Tarikh : 15 Julai 2007 ( Ahad)

Tempat : Rumah Puan Azizah , Tel: 013 - 3514484
No 15, Jalan Desaria 12

Waktu : Jam 5.00 ptg



Semua kaum wanita Desaria dijemput hadir.