22 December 2008

TAHUN PERSEKOLAHAN BARU

Tahun persekolahan baru bakal menjelang tak lama lagi. Anak anak pun dah mula excited untuk masuk semula ke sekolah atau pun untuk masuk ke sekolah baru.

Waktu waktu beginilah kita sebagai ibubapa mula terpegang pegang dompet masing2, tercongak congak berapa banyak lagi wang yang terpaksa dibelanjakan untuk menyediakan persiapan anak2 pada setiap awal tahun. Ada masa dan ketika kita terasa tertekan yang amat sangat semata2 tak cukup wang untuk menyediakan kelengkapan yang sepatutnya untuk anak anak ini.

Kepada yang mendapat bonus dihujung tahun mungkin ini tak menjadi beban tetapi kepada yang tidak mendapat bonus, apa apa yang dapat ’diselamatkan’ sepanjang tahun itulah yang terpaksa di belanjakan semula untuk anak2 kita.

Cuba kita buat pengiraan kasar dan tengok berapa yang perlu di sediakan untuk seorang anak. Ambil contoh untuk yang akan masuk ketahun 1.

Yang perlu adalah:

Kasut - 1 pasang RM 25.00
Uniform sekolah pagi-Baju dan seluar – 1 pasang RM 50.00
Uniform sekolah petang – 1 pasang RM 60.00
Beg sekolah 1 buah RM 25.00
Set alat tulis RM 10.00
Peralatan yg mesti dibeli dari sekolah katakan RM 70.00
Jumlah RM 240.00

Ditambah dengan deposit dan tambang bagi yang naik bas, yuran pendaftaran sekolah petang, buku2 sekolah petang dan lain2 nya katakan macam TAHFIZ ABIM, lagi RM 250.00.

Jadi di sini kita lihat untuk sorang anak sahaja memerlukan lebih kurang RM 500.00. untuk persediaan tahun baru. Kalau ada lebih dari sorang lagi besarlah perbelanjaan yang diperlukan.

Jadi kalau kita tak ada menyimpan sedikit sebanyak atau tak ada bonus dihujung tahun bukan kecil masalah yang ditanggung. Berapa agaknya pelepasan untuk sorang anak yang LHDN benarkan setiap kali kita mengisi income tax return kita? Berpatutan ke potongan tu?

Tapi untuk mu anak2, biarlah abah pakai kasut yang dah haus, seluar berjahit dan baju yang dibeli dua tahun lepas asalkan anak anak abah dapat bersekolah seperti anak2 orang lain.

01 December 2008

CADANGAN MESYUARAT AGUNG

TARIKH DICADANGKAN : 15 FEBRUARI 2009.

Tandakan diari tuan puan untuk hari mesyuarat tersebut.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Insyaalah sempena kedatangan 1 Muharram 1403 Hijarah ( 29 Disember 2008) nanti, Pihak persatuan akan mengajurkan Majlis sambutan maal hijrah dimana sebagai mpingan akan turut di selitkan majlis pennghargaan kepada anak2 ahli yang cemerlang dalam pepriksaan UPSR 2008, PMR 2008 dan juga SPM 2007.

Tujuan majlis sambutan MAal Hjrah ini bukan meraikan kedatangan tahun hijrah semata2 malahan juga untuk kita bersama melihat dan menilai semula dimana diri kita ketika ini dan perlunya kita membuat satu anjakan untuk menjadi umat islam yang sentiasa berusaha menambah baik diri dari segenap sudut.

Dan penghargaan kepada anak2 tersebut sebagai dorongan kepada mereka untuk membuat yang terbaik serta menjadi contoh kepada anak2 yang lain.

Tunggukan pengumuman rasmi dari Persatuan.