16 May 2007

DARI MEJA BIRO HAWA

Salam untuk semua,

Biro Hawa Persatuan Penduduk telah pun mula menjalankan aktiviti bulanan mereka dan aktiviti pertama ialah MAJLIS BACAAN YAASIN khas untuk yang beragama islam.

Marilah bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut untuk mencapai matlamat berikut:
  • Memohon keberkatan Allah disamping dapat memperbaiki cara bacaan dan tajwid . Bacaan ini diketuai oleh Ustazah -ustazah dari kalangan warga Desaria sendiri
  • Saling mengenali sesama jiran.
  • Berkongsi tips dan pengalaman.
  • Membantu melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab.
  • Untuk menambah keahlian kaum hawa didalam persatuan.
  • Memberi peluang kepada kaum BAPA untuk menjaga anak-anak
  • Dan yang paling menyeronokkan, inilah ruang untuk "bergosip secara rasmi" !!

Majlis yang akan datang akan diadakan di rumah :

Puan Norhayati Ahya ,di No 82, Jalan Desaria 10

Pada 24 June 2007, jam 5.00 petang

Untuk keterangan lanjut sila hubungi

1. Puan Narul Hiza di no. 016-3958369

2. Puan Azizah di no. 013 - 3514484.

Aktiviti dalam perancangan : Senamrobik untuk seisi keluarga.!!!