27 June 2007

BARANGAN TERPAKAI UNTUK DIJUAL!!!

Ada barangan terpakai ( of course yang masih ada harga di pasaran) yang tuan tuan ingin lupuskan? Saudara Azuddin ( Jalan Desaria 10) ketua biro ekonomi kita ada cara untuk membantu tuan-tuan. Hubungi beliau di nombor 019 2380807.

MEDAN MEMBACA

Biro pendidikan yang di ketuai oleh Cikgu Kamilah ( Jalan Desaria 8) telah menyediakan satu 'Perpustakaan Mini' iaitu di bangunan tambahan surau desaria.

Tuan puan bolehlah mengalakkan anak masing-masing untuk mengunjungi perpustakaan mini ini pada setiap petang supaya kita dapat menerapkan amalan suka membaca dikalangan anak-anak kita. Kebiasaannya anak2 ni akan lebih enthusiastic bila sesuatu tu dilakukan secara beramai-ramai dengan rakan masing masing.

Sumbangan untuk bahan bacaan serta rak simpanan buku juga amat di alu- alukan dan untuk menyumbang sila hubungi Cikgu Kamilah di talian 019 2114299
GOTONG ROYONG BERSEPADU

Pada 15 July 2007 ini biro kemasyarakatan yang diketuai oleh Encik Yusoff Said dari jalan Desaria 25 akan menganjurkan majlis Gotong Royong membersihkan seluruh kawasan Desaria .
Majlis akan bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir 1 tengahari.

Kepada semua warga Desaria jom kita join sama dan pastikan 15 Julai di 'reserve' kan didalam kalender tuan puan untuk aktiviti tersebut.

Maklumat lanjut akan diedar kesetiap rumah oleh wakil jalan masing-masing.