Tahun persekolahan baru bakal menjelang tak lama lagi. Anak anak pun dah mula excited untuk masuk semula ke sekolah atau pun untuk masuk ke sekolah baru.
Waktu waktu beginilah kita sebagai ibubapa mula  terpegang pegang dompet masing2, tercongak congak  berapa banyak lagi wang yang terpaksa dibelanjakan  untuk menyediakan persiapan anak2 pada setiap awal tahun. Ada masa dan ketika kita terasa tertekan yang amat sangat semata2 tak cukup wang untuk menyediakan kelengkapan yang sepatutnya untuk anak anak ini.
Kepada yang mendapat bonus dihujung tahun mungkin ini tak menjadi beban tetapi kepada yang tidak mendapat bonus, apa apa yang dapat ’diselamatkan’ sepanjang tahun itulah yang terpaksa di belanjakan semula untuk anak2 kita.
Cuba kita buat pengiraan kasar dan tengok berapa yang perlu di sediakan untuk seorang anak. Ambil contoh untuk yang akan masuk ketahun 1.
Yang perlu adalah:
Kasut  - 1 pasang                                                                 RM 25.00
Uniform sekolah pagi-Baju dan seluar – 1 pasang          RM 50.00
Uniform sekolah petang – 1 pasang                                  RM 60.00
Beg sekolah 1 buah                                                               RM 25.00
Set alat tulis                                                                           RM 10.00
Peralatan yg mesti dibeli dari sekolah  katakan               RM  70.00
Jumlah                                                                                    RM  240.00
Ditambah dengan deposit dan tambang bagi yang naik  bas, yuran pendaftaran sekolah petang, buku2 sekolah petang dan lain2 nya katakan macam TAHFIZ ABIM, lagi RM 250.00.
Jadi di sini kita lihat untuk sorang anak sahaja memerlukan lebih kurang RM 500.00.  untuk persediaan tahun baru. Kalau ada lebih dari sorang lagi besarlah perbelanjaan yang diperlukan.
Jadi kalau kita  tak ada menyimpan sedikit sebanyak atau  tak ada bonus dihujung tahun  bukan kecil masalah yang ditanggung. Berapa agaknya pelepasan untuk sorang anak yang LHDN  benarkan setiap kali kita mengisi income tax return kita? Berpatutan ke potongan tu?
Tapi untuk mu anak2, biarlah  abah pakai kasut yang dah haus, seluar berjahit dan baju yang dibeli dua tahun lepas asalkan anak anak abah dapat bersekolah seperti anak2 orang lain.