12 March 2009

MESYUARAT AGUNG

Insyaallah persatuan akan mengadakan mesyuarat agung nya seperti yang dinyatakan pada surat panggilan yang telah diedarkan dan seperti yang tertera di banner ditepi jalan masuk utama.

Semua ahli berdaftar dijemput hadir. Untuk makluman ahli2 semua setakat ini tiada ahli yang digugurkan lagi kecuali yang telah menulis secara rasmi atau yang telah meninggal dunia.

Kalau mengikut perlembagaan jika ahli gagal membayar yuran 3 bulan berturut2 akan gugur keahlian tetapi persatuan mestilah memberi notis terlebih dahulu. selagi tiada notis atau tidak dimaklumkan secara rasmi tunggakan yuran, klausa tu x terpenuh la.

JAdi turunlah beramai2 jalankan hak masing2 untuk memilih ahli jawatankuasa baru yang sangggup dan mampu memikul tanggungjawab mengendalikan hal ehwal persatuan.

Semangat ni sebenarnya macam roda. kejap kat bawah kejap kat atas jadi para AJK pun begitu juga. ( bercakap bagi pihak bendahari sorang aja) Jadi kalau x terima penyata yuran tu. faham2 la. Bendahari tengah x ada steam. Tapi kalau ada sesiapa yang membayar yuran, insyaalah semuanya direkodkan.

Aktiviti persatuan pun nampak tergantung seketika. Kalau nak dikira AJK x menjalankan tanggungjawab, memang betul la dari satu sudut tapi kena juga lihat dari pelbagai sudut yang lain. statement ini bukan juga nak mencari alasan membetulkan apa yang x betul.

So tuan2 dan puan semua. Kalau ada ahli yang secara sukarela ingin berkhidmat sebagai AJK, kita alu2 kan umpama x cukup tapak tangan, nyiru yang kita tadahkan. Kita boleh buat cadangan sebelum pemilihan nanti untuk mencalunkan ahli2 yang sedia dilantik sebagai AJK.

Selamat bermesyuarat.