Sabtu 21 Mac 2009,  kita telah  'bersidang' dan pemilihan telah pun dibuat.
Jadi untuk penggal akan datang , 2009 -2010 persatuan akan dipimpin oleh barisan baru yang sudah tentunya bersemangat baru dan berwawasan baru.
Berikut adalah senarai barisan  Pimpinan baru :
YDP - En Yusoff Said - Jalan 25
Naib YDP - Encik Azuddin  Sham Abdullah - Jalan 10
Setiausaha - En. Razif  Mahadi - Jalan 12
Pen Setiausaha -  En Abdul Manaf - Jalan 21
Bendahari - En. Eikmarizal - Jalan 19
Pen Bendahari - Encik Rameli -Jalan 16
dan 9 orang AJK -
En Suffian - jln 18
En. Abdul Zaman - Jln 9
En. Shamsuri - Jln 15
En. Zamri - Jln 13
En. Zulkefli Hassan - Jln 6
Pn Zaila - Jln 20
Pn. Zuraidah - Jln 20
Pn Siti norhaliza - jln 6
Pn Sarimah -jln 9
2 orang pemeriksa kira2
En. Isa Madon -Jln 18
En. Sapiudin - jln 19
Ahli2 telah memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan pimpinan ini dan semoga aktiviti persatuan akan terus berlangsung dengan meriah serta mencapai matlamat asal penubuhan
persatuan kita ini.
Disini saya mewakili AJK lama, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahil persatuan kerana telah memberikan kerjasama sepanjang kami bertugas dan diharap segala kesalahan yang berlaku atau apa2 yang terlepas ccakap atau terlepas pandang dimaafkan. 
walaubagaimanapun, sebagai ahli persatuan yang bertanggungjawab, kita semestinya memberi kan sokongan  terhadap segala aktiviti yang dirancang dan dijalankan  kerana ianya sudah semestinya untuk kebaikan bersama.
Dan kepada kelompok yang lebih suka  bersuara dibelakang, tinggalkanlah habit ini kerana ia langsung tidak membawa manafaat sebaliknya ia lebih membawa kepada perpecahan sesama kita.
Platform telah disediakan untuk memilih barisan pimpinan yang  boleh memacu persatuan kearah yang diingini melalui undian tetapi  sekira nya peluang itu tak di ambil endah,  jadi ternyata lah cakap2 belakang tu memang sekadar cakap2 belakang dan  sesiapa yang sudah dipilih, mereka itulah yang harus kita berikan sokongan  tanpa perlu dipertikaikan lagi.
Akhir kata, selamat menjalan tugas  kepada semua dan selamat maju jaya.
note: mungkin ini posting terakhir dari saya sebagai contributor blog desaria desa kita tapi insyaalah akan tetap membaca blog ini  selagi ia diaktifkan.