19 April 2009

DESARIA DESA KITA












Bulan ini genap 2 tahun usia Blog Desaria Desa kita. Inilah antara salah satu hasil usaha Mantan YDP iaitu mengujudkan satu medium untuk kita para penduduk Desaria berinteraksi . Kali ini saya berpeluang merakamkan beberapa foto yang saya kira dapat menggambarkan betapa di Desaria ini masih ada lagi pemandangan2 yang dapat ,memberikan ketenangan jiwa.

Secara peribadi, saya memang agak attached dengan Taman Desaria ini. Sebabnya mudah. Saya telah menyaksikan transformasi kawasan ini dari sebuah ladang getah yang berbukit bukau dan terletak dihujung dunia , hinggalah ia menjadi satu kawasan perumahan seperti yang terdapat sekarang.

Saya telah merasai peritnya matahari ketika kawasan ini masih lagi tandus dari segala tumbuhan sehinggalah ia menghijau semula dan tempoh yang di ambil bukanlah sekejap. Ia mengambil masa lebih dari sepuluh tahun. Sekaranglah baru dapat kita dapat merasa semula kenyamanan oksigen2 yang dilepaskan oleh kehijauan dedaun yang ada.

Agak menjengkelkan juga (bahasa yang paling sopan digunakan) apabila ada segelintir masyarakat Desaria yang menganggap kehijauan dedaun ini satu nuisance atau gangguan terhadap ketenteraman hidup mereka. Sehingga sanggup membuang pepohon yang ada di hadapan rumah masing2 ataupun mengelar batang2 pokok supaya pokok2 tersebut mati . Bukan kah waktu daun2 berguguran tu satu pemandangan yang indah? Memang ia tak sama dengan suasana musim luruh di luar negara dan juga tiada foliage yang beranika warna tetapi tak perlu rasanya kita tumbangkan sebatang pokok kerana inginkan halaman yang bersih tak bersampah walau sehelai daun kering!

Sekiranya diganti dengan pokok lain ia adalah satu consolation juga tapi kalau sekadar nak menebang kerana tak mahu diganggu oleh dedaun yang berguguran , pada saya itu amat malang dan satu kerugian kepada Taman Desaria keseluruhannya.

Ingat lah pesanan yang selalu kita dengar. Kita bukan mewarisi bumi ini dari ibubapa kita tetapi kita meminjamnya dari anak-anak dan masa hadapan kita. Jadi amatlah bertepatan sekiranya kita dapat mengindah dan menghijaukan bumi ini untuk dipulangkan semula kepada generasi akan datang dalam keaadan yang lebih baik dari sekarang.