28 April 2009

TERIMA KASIH

Satu majlis penghargaan kepada AJK 2007 & 2008 telah di adakan pada 24 April lalu bertempat di Azman Cafe. Majlis telah bermula pada jam 9.30 malam dipengerusikan oleh S/U, Encik mohd Razif dan dimulai dengan doa pembukaan oleh En. Izhar Mansor.

Ia disusuli dengan ucapan oleh YDP, En Yusof Said , yang turut menegaskan perlunya semangat kerjasama diterapkan dalam menangani segala permasaalahan . Pandangan majoriti perlu di ambil sebagai ketetapan selaras dengan prinsip demokrasi yang di amalkan dalam kepimpinan persatuan ini.

Beliau juga memberi satu analogi dimana pada sekeping duit shiling, terdapat dua muka yang berbeza. namun nilai nya tetap sama . Jadi dalam setiap isu tak kira dari sudut mana yang kita lihat biar lah matlamatnya satu iaitu untuk menambah baik atau menyelesaikannya.

Perbezaan pendapat tidak sepatutnya merenggangkan hubungan antara ahli tetapi perlu di lihat sebagai pilihan yang boleh dibuat dalam menangani masalah.

Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam . Semua AJK turut diberi sekeping Sijil dan sebatang pen sebagai penghargaan keatas sumbangan mereka kepada persatuan.