Selamat Hari Raya
Aidil fitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat... Selamat Hari Raya
Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat... Selamat Hari Raya
Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini
Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakan hatimu yang duka
Selamat... Selamat Hari Raya * nyanyian Fazidah Joned
Kita membesar dengan irama dan lirik lagu ini.Dari segi adatnya itulah dia hari raya kepada kita. Tiada yang salah dari apa yang telah kita amalkan secara turun temurun. Bermaafan sesama kita, bergembira yang mempunyai had , berjumpa dan menziarah ibubapa teman serta saudara mara dan raikanlah secara sederhana.
Dengan maklumat banyak tersedia marilah kita tambahkan kesedaran kita tentang hakikat hari raya aidilfitri ini .
Kita elakkan perbelanjaan yang boros, kita hilangkan perasaan untuk bermegah2 dan serta bersaing untuk menunjuk siapa yang hebat dari segi material di hari raya serta kita ikhlaskan hati memohon dan memberi kemaafan sesama kita .
Semoga tuhan memberkati segala amalan di bulan ramadhan dan semoga kita dapat beristiqamah melakukan perkara2 kebaikan tersebut.
Selamat Aidil Fitri untuk Semua. Maaf dipohon keatas segala kekasaran bahasa dalam posting2 terdahulu serta gambar2 yang mungkin telah menimbulkan kejengkelan tuan puan semua.
Kepada yang beraya di luar Desaria, pastikan pintu dikunci dan segalanya di simpan selamat dan selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk memeliharanya. Pandu dengan berhati2 ( laju tak apa).
Kepada yang beraya di Desaria , semoga dapat menghidupkan semangat jiran yang bertanggung jawab dengan memerhatikan keselamatan harta benda saudara2 kita.