26 November 2009

HARI RAYA QURBAN 1430 HIJRAH

Insya Allah pada hari Jumaat ini kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha dan dimaklumkan bahawa Surau Desaria turut menganjurkan ibadat Qurban . Untuk tahun ini 3 ekor lembu akan diQurbankan jadi semua warga desaria yang beragama islam di jemput untuk bersama - sama membantu kerja-kerja penyembelihan di Surau Desaria selepas solat sunat Aidil Adha.

Sembahyang sunat aidil adha akan bermula jam 8.30 pagi dan untuk yang belum pernah bersembahyang raya di sini, pastikan tuan puan keluar awal untuk menempatkan diri di dalam surau.

Sempena meraikan Hari Raya Aidil Adha ini mari kita sama sama membaca dan menghayati semula sejarah Qurban , Hukum serta kelebihannya dari artikel yang ditulis oleh ustaz Abdul Muein Abdul Rahman yang di forwardkan oleh Puan Azizah Mahmood (Jln 12) kepada saya . Oleh kerana artikel nie agak panjang, ia akan di postkan dalam 2 atau 3 bahagian.

Bahagian 1
SEJARAH QURBAN, HUKUM DAN KELEBIHANNYA

1-Sejarah qurban bermula apabila Nabi Ibrahin –alihissalam- berhijrah dari syam (palestin) ke Makkah dengan tujuan untuk beribadah. Ibrahim –alihissalam- adalah orang yang pertama berhijrah iaitu setelah ia selamat dari di bakar dalam api.
2-Kemudian nabi Ibrahim berdoa: " Wahai Tuhanku, anugerahlah padaku anak yang soleh dari kalangan para solehin. قوله تعالى: " رب هب لى من الصالحين
3-Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya yang ketika itu berumur 13 tahun sampai ke Makkah, beliau bermimpi mendapat perintah dari Allah agar menyembelih anaknya Ismail
. قوله تعالى: {" قال يا بنى إنى أرى في المنام أنى أذبحك فانظر ماذا ترى " }
4-Kata Muhammad bin Ka'ab: Sesungguhnya Nabi Ibrahim –alihissalam- mendakwa beliau cintakan Allah, kemudian beliau melihat anaknya dengan perasaan sayang, maka Allah tidak reda sayang kepadaNya di kongsi dengan sayang kepada manusia. Lalu di kata kepada Ibrahim –alihissalam- : Wahai Ibrahim! Sembelihlah anak engkau demi kerana keredaanKu, lantas Ibrahim terus menyinsing lengan bajunya dan mengambil pisau, kemudian merebahkan anaknya Ismail seraya berkata: Ya Allah! Terimalah dari ku demi untuk keredaan Engkau".
5-Di katakan kepada Ibrahim –alihissalam-: :Bukanlah maksud sembelihan ini untuk menyembelih anak engkau, tetapi sebaliknya untuk mengembalikan hati engkau kepada Kami. Apabila engkau telah mengembalikan seluruh hati engkau kepada Kami, maka Kami kembalikan semula anak kepada engkau.
6-Syaitan sentiasa datang menganggu Ibrahim , isterinya dan anaknya supaya perintah Allah ini tidak dapat dilaksanakan.
7-Ulama berbeza pendapat tentang tempat sembelihan, ada mengatakan di Makkah dekat "Maqam Ibrahim", ada mengatakan di Mina dekat jamarat, tempat Ibrahim membaling syaitan apabila diganggu. Ini pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar dan Sa'id bin al-Musayyib.

bersambung....