Kejadian pecah rumah semakin menjadi - jadi semenjak kebelakangan ini. Kejadian terbaru berlaku di jalan Desaria 16 rumah Encik Syukri, di mana jeriji besi tingkap belakang telah diumpil .
Penceroboh telah menyelongkar setiap almari dan laci dan dimaklumkan mereka berjaya melarikan komputer bimbit dan matawang asing milik encik Syukri.Modus operandi ini sama seperti yang dilakukan ke atas rumah Encik Shuzaimi Jalan 11 kira2 dua minggu lalu.
Dalam hal ini kita warga Desaria perlu lebih waspada walaupun pada hakikatnya kita telah mengambil langkah2 yang perlu seperti mengunci pagar, pintu dan sebagainya. Rondaan dilakukan pada malam hari , manakla kegiatan pecah rumah terjadi pada waktu siang.
Apa yang dapat disarankan adalah supaya sesiapa sahaja yang berada dirumah di siang hari agar dapat lebih peka apabila melihat kelibat orang2 yang mencurigakan di sekitar taman kita. Mungkin kita boleh mengingat kenderaan yang di naiki atau rupa bentuk fizikal mereka.
Dalam hal ini juga saya berpendapat ketua biro keselamatan perlu bersikap lebih terbuka apabila menerima aduan-aduan seperti kecurian atau pecah rumah tanpa mengira samaada mangsa adalah ahli ronda atau tidak. Ini adalah kerana walaupun mangsa bukan ahli ronda atau penyumbang kepada aktiviti meronda, apabila biro keselamatan menunjukkan keprihatinan, hati mereka akan terbuka untuk turut serta dalam aktiviti ronda ini walaupun pada dasarnya ia agak terlambat.
Kemungkinan juga di Desaria ini ada musuh dalam selimut dimana kegiatan ini dilakukan oleh mereka yang tinggal di sini tanpa disedari oleh kita. Jadi, marilah kita berbalik kepada konsep asas hidup berjiran iaitu kenali jiran kita. Sikap ini adalah berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah setempat apabila kita mengenali jiran kita dengan lebih dekat tapi tak lah sampai ke tahap menjaga tepi kain orang lain....