30 November 2009

Ibadah Qurban di Desaria

Sempena Hari Raya Aidil Adha pada Jumaat lepas, 4 ekor lembu telah dikorbankan bermula jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. Ibadah ini dapat di selesai kan dengan segera hasil kerjasama warga desaria termasuk saudara2 kita dari Indonesia dan Myanmar (yang memboloti kerja2 menumbang dan mengikat lembu untuk disembelih).

Salah seekor dari empat ekor lembu tersebut terpaksa di sembelih di Nilai 3 apabila ia berjaya melepaskan diri dari ikatan dan lari meninggalkan perkarangan surau sebelum sembahyang sunat aidil adha didirikan. Di atas kecekapan Pak Manap dan rakan rakannya, mereka berjaya memintas dan memaksa lembu tersebut 'menyerah diri' di Nilai 3 dan seterusnya di sembelih disitu. Sebab apa ya ? Itu kena tanya Pak Manap....

Juga, dipostkan di sini sambungan artikel tentang ibadah Qurban . Semoga kita mendapat manfaat dari artikel ini.

Bahagian 2.


قال الله تعالى : {وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ (34)
Maksudnya:
Bagi setiap umat, Kami syariatkan ibadah korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang di sembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua adalah Tuhan yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk kepadaNya. Sampailah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk dan taat (34)

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (35)
Iaitu orang yang apabila di sebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang yang mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami beri kepadanya (35)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (36)
Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu. Penyembelihan itu banyak kebaikan untuk kamu. Oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kaki, maka apabila ia tumbang (serta tamat nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya,, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami permudahkannya untuk kamu (menguasainya dan menyembrlihnya) supaya kamu bersyukur. (36)

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Sampailah berita gembira (dengan balasan sebaik-baiknya) kepada orang yang berbuat kebaikan (37).

Pengajaran ayat:
1. Hukum korban adalah sunat dalam mazhab al-Syafe'i. manakala dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.: Tiga perkara yang ke atasKu adalah fardu, dan sunat keatas kamu: Sembelih korban, solat witir dan dua rakaat sunat fajar [Maksud hadis sahih]
2. Huruf "lan" membawa maksud: " Tidak akan sampai sama sekali", iaitu daging dan darah yang di korbankan sama sekali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang akan sampai ialah niat yang ikhlas dan taqwa.
3. Orang jahiliyah Makkah apabila melakukan penyembelihan, mereka melumurkan darah binatang ke dinding BaituLLah atau kepada patung-patung tuhan mereka dengan anggapan korban itu akan sampai dan diterima. Apabila zaman Islam orang Islam ingin melakukan seumpama itu itu, lalu turunlah ayat ini (37) menerangkan bahawa setiap amalan korban dan lain-lain amal kebaikan akan sampai kepada Allah hasil dari sifat taqwa dan takutkan Allah.
4. Sifat orang yang beratqwa ialah apabila di sebut nama Allah, hati mereka akan gementar dan akan menangis serta tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah (al-Hajj : 35 dan al-Zumar:23).
5. Kata al-Fudail bin 'Iyad : "Apabila kamu di tanya adakah kamu takut kepada Allah? Maka hendaklah kamu diam, sekiranya kamu jawab: Tidak, maka bererti kamu menjadi kafir, sekiranya kamu jawab: Ya, maka bererti kamu berdusta".
6. Segala kemudahan dan kemungkinan untuk melakukan korban dan amalan kebaikan yang lain semuanya adalah disebabkan Allah telah mempermudahkannya untuk manusia (ayat 37). Tanpa kemudahan dan pertolongan Allah, maka manusia sama sekali tidak mampu melakukan ibadah korban. Sebab itu disunatkan berdoa ketika sembelih : "اللهم هذا مِنْكَ وَلَكَ ", maksunya : "Ya Allah! Ini dari Engkau dan untuk Engkau".
7. Ketika sembelih di sunatkan memulakan dengan membaca:
"بسم الله واللهُ أكبر" , kemudian berdoa: "اللهم هذا مِنْكَ وَلَكَ " dan doa "اللهم تَفَبَّلْ مِنْ ...... وآلِ ........ ومِنْ أُمّة محمد " . Maksudnya : Dengan nama Allah dan Allah yang Maha Besar, Ya' Allah ini dari Engkau dan untuk Engkau. Ya Allah! Terimalah (korban ini) dari………….(nama yang melakukan korban), dan dari keluarga………… , dan dari umat Nabi Muhammad".(Semua zikir dan doa ini warid dalam hadith sahih)
8. Tujuan korban juga ialah agar manusia akhirnya sentiasa membesarkan Allah dalam setiap keadaan dan di mana-mana sahaja mereka berada (ayat 37).

bersambung.....