02 December 2009

Ibadah Qurban - Bahagian 3

Untuk gambar2 ketika acara Qurban tempohari, layari site saudara2 kita seperti berikut:

Terima kasih kepada Abe Jak dan Abg Tom
http://coretan-abikhsan.blogspot.com/ dan http://desariaku.blogspot.com/

Sambungan untuk kuliah terdahulu, terima kasih sekali lagi kepada Puan Azizah Mahmood di atas sumbangan artikel ini.

Bah. 3....

SEJARAH QURBAN, HUKUM DAN KELEBIHANNYA

1- Sejarah qurban bermula apabila Nabi Ibrahin –alihissalam- berhijrah dari syam (palestin) ke Makkah dengan tujuan untuk beribadah. Ibrahim –alihissalam- adalah orang yang pertama berhijrah iaitu setelah ia selamat dari di bakar dalam api.
2- Kemudian nabi Ibrahim berdoa: " Wahai Tuhanku, anugerahlah padaku anak yang soleh dari kalangan para solehin. قوله تعالى: " رب هب لى من الصالحين
3- Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya yang ketika itu berumur 13 tahun sampai ke Makkah, beliau bermimpi mendapat perintah dari Allah agar menyembelih anaknya Ismail
. قوله تعالى: {" قال يا بنى إنى أرى في المنام أنى أذبحك فانظر ماذا ترى " }
4- Kata Muhammad bin Ka'ab: Sesungguhnya Nabi Ibrahim –alihissalam- mendakwa beliau cintakan Allah, kemudian beliau melihat anaknya dengan perasaan sayang, maka Allah tidak reda sayang kepadaNya di kongsi dengan sayang kepada manusia. Lalu di kata kepada Ibrahim –alihissalam- : Wahai Ibrahim! Sembelihlah anak engkau demi kerana keredaanKu, lantas Ibrahim terus menyinsing lengan bajunya dan mengambil pisau, kemudian merebahkan anaknya Ismail seraya berkata: Ya Allah! Terimalah dari ku demi untuk keredaan Engkau".
5- Di katakan kepada Ibrahim –alihissalam-: :Bukanlah maksud sembelihan ini untuk menyembelih anak engkau, tetapi sebaliknya untuk mengembalikan hati engkau kepada Kami. Apabila engkau telah mengembalikan seluruh hati engkau kepada Kami, maka Kami kembalikan semula anak kepada engkau.
6- Syaitan sentiasa datang menganggu Ibrahim , isterinya dan anaknya supaya perintah Allah ini tidak dapat dilaksanakan.
7- Ulama berbeza pendapat tentang tempat sembelihan, ada mengatakan di Makkah dekat "Maqam Ibrahim", ada mengatakan di Mina dekat jamarat, tempat Ibrahim membaling syaitan apabila diganggu. Ini pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar dan Sa'id bin al-Musayyib.

قال الله تعالى : {وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ (34)
Maksudnya:
Bagi setiap umat, Kami syariatkan ibadah korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang di sembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua adalah Tuhan yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk kepadaNya. Sampailah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk dan taat (34)

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (35)
Iaitu orang yang apabila di sebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang yang mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami beri kepadanya (35)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (36)
Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu. Penyembelihan itu banyak kebaikan untuk kamu. Oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kaki, maka apabila ia tumbang (serta tamat nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya,, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami permudahkannya untuk kamu (menguasainya dan menyembrlihnya) supaya kamu bersyukur. (36)

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Sampailah berita gembira (dengan balasan sebaik-baiknya) kepada orang yang berbuat kebaikan (37).

Pengajaran ayat:
1. Hukum korban adalah sunat dalam mazhab al-Syafe'i. manakala dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.: Tiga perkara yang ke atasKu adalah fardu, dan sunat keatas kamu: Sembelih korban, solat witir dan dua rakaat sunat fajar [Maksud hadis sahih]
2. Huruf "lan" membawa maksud: " Tidak akan sampai sama sekali", iaitu daging dan darah yang di korbankan sama sekali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang akan sampai ialah niat yang ikhlas dan taqwa.
3. Orang jahiliyah Makkah apabila melakukan penyembelihan, mereka melumurkan darah binatang ke dinding BaituLLah atau kepada patung-patung tuhan mereka dengan anggapan korban itu akan sampai dan diterima. Apabila zaman Islam orang Islam ingin melakukan seumpama itu itu, lalu turunlah ayat ini (37) menerangkan bahawa setiap amalan korban dan lain-lain amal kebaikan akan sampai kepada Allah hasil dari sifat taqwa dan takutkan Allah.
4. Sifat orang yang beratqwa ialah apabila di sebut nama Allah, hati mereka akan gementar dan akan menangis serta tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah (al-Hajj : 35 dan al-Zumar:23).
5. Kata al-Fudail bin 'Iyad : "Apabila kamu di tanya adakah kamu takut kepada Allah? Maka hendaklah kamu diam, sekiranya kamu jawab: Tidak, maka bererti kamu menjadi kafir, sekiranya kamu jawab: Ya, maka bererti kamu berdusta".
6. Segala kemudahan dan kemungkinan untuk melakukan korban dan amalan kebaikan yang lain semuanya adalah disebabkan Allah telah mempermudahkannya untuk manusia (ayat 37). Tanpa kemudahan dan pertolongan Allah, maka manusia sama sekali tidak mampu melakukan ibadah korban. Sebab itu disunatkan berdoa ketika sembelih : "اللهم هذا مِنْكَ وَلَكَ ", maksunya : "Ya Allah! Ini dari Engkau dan untuk Engkau".
7. Ketika sembelih di sunatkan memulakan dengan membaca:
"بسم الله واللهُ أكبر" , kemudian berdoa: "اللهم هذا مِنْكَ وَلَكَ " dan doa "اللهم تَفَبَّلْ مِنْ ...... وآلِ ........ ومِنْ أُمّة محمد " . Maksudnya : Dengan nama Allah dan Allah yang Maha Besar, Ya' Allah ini dari Engkau dan untuk Engkau. Ya Allah! Terimalah (korban ini) dari………….(nama yang melakukan korban), dan dari keluarga………… , dan dari umat Nabi Muhammad".(Semua zikir dan doa ini warid dalam hadith sahih)
8. Tujuan korban juga ialah agar manusia akhirnya sentiasa membesarkan Allah dalam setiap keadaan dan di mana-mana sahaja mereka berada (ayat 37).

Amalan-amalan sunat pada hari raya
1. Bertakbir : Bermula dari selepas subuh hari hari arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga waktu maghrib hari-tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulihijjah.
2. Disunatkan tidak memakan apa-apa sebelum pergi menunaikan solat. Sebaliknya makan selepas solat.
3. Sunat dan amat di galakkan semua umat Islam keluar ke musalla atau masjid pada hari raya samada anak-anak gadis, kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak boleh solat iaitu yang kedatangan haid. Tujuannya untuk melihat dan mendengar kebaikan dan nasihat-nasihat agama melalui khutbah yang di sampaikan di samping bertujuan menunjukkan kekuatan umat Islam di hadapan musuh mereka. Dari Ummu A'tiyyah –radiyallahu anha- telah berkata : Kami telah di perintah (oleh Rasulullah s.a.w.) agar mengeluarkan semua anak-anak gadis, wanita-wanita yang haid pada dua hari raya, agar mereka dapat menyaksikan kebaikan dan nasihat-nasihat umat Islam. [Muttafaqun alay]
4. Antara hikmah di sunatkan keluar beramai-ramai ialah agar kita menunaikan tanggungjawab sosial iaitu memerhati dan mengambil berat tentang orang lain. Pada hari raya kita dapat tahu siapa yang susah hidupnya melalui pakaiannya. Mereka ini perlu di beri bantuan sosial.
5. Di sunatkan solat dua hari raya di padang khas agar ia boleh menampung bilangan yang ramai termasuklah kanak-kanak. Nabi – sallallahu alayhi wasallam-. dan khulafa al-Rasyidin solat hari raya di padang kecuali apabila hujan, maka baginda dan para sahabat solat di masjid nabawy..
6. Di sunatkan bagi makmun pergi awal ke tempat solat dan dengan berjalan kaki. Sebaiknya selepas terbitnya matahari. Ini sekiranya rumahnya tidak jauh. Hikmahnya ialah agar orang Islam sentiasa bersegera dan berlumba untuk melakukan apa-apa kebaikan. Dari Ali- radiyallahu anhu- telah berkata: Antara sunnah ialah keluar untuk solat hari raya berjalan kaki. [HR Al-Tirmiziy]
7. Di sunatkan pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang berbeza. Hikmahnya ialah agar kesan tapak kakinya lebih banyak dan ada di tempat yang berbeza dan setiap kesan tapak kaki ini akan menjadi saksi kepada tuannya atas amalan kebaikannya di akhirat nanti. Begitu juga antara hikmahnya ialah agar ia dapat memberi salam dan berdoa kepada orang yang lebih ramai apabila melalui jalan yang berbeza setiap kali berjumpa di jalan. Dari Jaabir –radiyallahu anhu- Adalah Rasulullah- –sallallahu alayhi wasallam- apabila hari raya, baginda pergi dan pulang di jalan yang berbeza. [HR Al-Bukhari]
8.. Antara zikir yang di baca di antara takbir-takbir di dalam solat hari raya berdasarkan hadith yang sohih ialah :
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً وَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَسْلِيمًا كَثِيرًا
Maksudnya: Allah yang Maha Besar dengan kebesaran-Nya yang agung, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha suci Allah di waktu pagi dan petang, dan Allah telah berselawat ke atas baginda sallallahu alayhi wasallam-dan telah mensejahterakannya dengan kesejahteraan yang banyak.
[HR Muslim (sehingga sebelum selawat)]
9. Di sunatkan memberi ucapan tahniah pada hari raya kepada sesiapa yang di jumpai dengan ucapan : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَmaksudnya : Semuga Allah menerima (segala amalan) dari kami dan (amalan) dari kamu.
10. Adapun amalan ziarah kubur pada hari raya, ia bukanlan sunnah Nabi – sallallahu alayhi wasallam- dan tidak pernah juga di lakukan oleh para sahabat. Nabi – sallallahu alayhi wasallam- hanya membenarkan umatnya menziarahi kubur kerana satu tujuan sahaja iaitu untuk mengingatkan umatnya kepada kehidupan akhirat. Baginda pernah menziarahi kubur di waktu malam dan menangis apabila menziarahi kubur ibunya yang menyebabkan sahabat yang ada bersama baginda turut menangis. Sabda Rasulullah – sallallahu alayhi wasallam-: Sesungguhnya aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahi ia agar (ziarah kubur itu) dapat mengingatkan kamu kepada kehidupan akhirat. [Hadith sohih- Riwayat al-Nasae'i, al-Tirmiziy, Ibn Majah dan al-Baihaqi]
Ini di tambah dengan perbezaan pendapat ulama tentang hukum ziarah kubur bagi wanita. Pendapat tiga mazhab , al-Syafe'i, Maliki dan Hanbali adalah makruh. Manakala mazhab Hanfi adalah haram berdasarkan hadith sohih : Sesungguhnya Nabi – sallallahu alayhi wasallam- melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur. [HR Ahmad, al-Tirmiziy dan Ibn Hibban]
Kelebehihan puasa pada 9 Zulhijjah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ اَلْأَنْصَارِيِّ - رضي الله عنه - - أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ. قَالَ: " يُكَفِّرُ اَلسَّنَةَ اَلْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ", وَسُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ. قَالَ: " يُكَفِّرُ اَلسَّنَةَ اَلْمَاضِيَةَ " وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ اَلِاثْنَيْنِ, قَالَ: " ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ, وَبُعِثْتُ فِيهِ, أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ " – [رَوَاهُ مُسْلِمٌ ] .
Maksudnya:
Dari Abu Qatadah al-Ansaariy –radiyallahuanhu-: Sesungguhnya Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- telah di tanya tentang puasa hari Arafah. Jawab baginda: Ianya menghapuskan dosa tahun yang lepas dan dosa tahun yang akan datang, dan baginda di tanya lagi tentang puasa Asyura'. Jawab baginda: Ianya menghapuskan dosa tahun yang lepas. Baginda di Tanya lagi tentang puasa isnin dan khamis. Jawab baginda: Itulah hari aku dilahirkan, hari aku diutuskan atau hari diturunkan wahyu ke atasku. [HR Muslim]

Pengajaran hadith:
1. Di sunatkan berpuasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Kelebihannya ialah di ampun dosa selama dua tahun iaitu dosa tahun yang lepas dan dosa tahun yang akan datang.
2. Manusia sentiasa melakukan dosa kecuali Nabi Muhammad –sallallahu alayhi wasallam-. Oleh itu seharusnya orang yang beriman sentiasa merebut peluang untuk mendapat keampunan dari Allah atas dosa-dosa mereka, apatahlagi keampunan ini untuk dosa-dosa yang dilakukan selama dua tahun.
3. Inilah sifat yang di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk mendapat keampunan Allah bagi memastikan mereka sentiasa bersih dari kotoran dosa. Dari Hafsah- radiyallahanha- telah berkata: Empat perkara yang Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- tidak pernah meninggalkannya : Puasa Asyuara', puasa sembilan Zulhijjah, puasa tiga hari setiap bulan, dan dua rakaat sebelum pagi (Dhuha). [HR Ahmad dan Al-Nasae'i]
4. Ulama sepakat bahawa puasa hari Arafah adalah amalan puasa sunat yang paling baik.
5. Adapun bagi mereka yang melakukan haji makruh berpuasa. Ini pendapat jumhur ulama.
6. Hadith juga menunjukkan kelebihan puasa Asyura' , iaitu pada hari kesepuluh bulan Muharram. Kelebihannya ialah di ampun dosa selama setahun yang lepas. Nabi s.a.w. sentiasa berpuasa Asyuara'. Dari Ibn Abbas –radiyallahu anhu- Seseungguhnya Nabi –sallallahu alayhi wasallam- berpuasa Asyura', dan baginda menyuruh (para sahabat) agar berpuasa. [HR Muslim].
7. Bagi sesiapa yang berkorban makruh memotong kuku atau rambut bermula hari pertama Zulhijjah sehinggalah ia melaksanakan kurbannya.[Maksud hadith sahih- Riwayat Muslim]