09 March 2007

WASPADA - KEDAI JUAL ARAK

KEDAI RUNCIT GNR

Pagi tadi, 09.03.07, jam 8.20 pagi saya kedai di taman kita. Saya terkejut apabila melintasi sebuah kedai runcit. Kedai Runcit GNR mengantung ayat suci Al-Quran di tengah-tengah kedai tersebut DAN dapat dilihat dengan jelas dari luar kedai. Satahu saya perniagaan di kedai ini bukan dikendalikan/dipunyai oleh orang Islam.

Saya terus berhenti untuk mengetahui perkara sebenar. Semasa di depan kedai saya bertemu seorang sahabat yang kerap ke Surau Desaria. Saya menanya beliau akan kedudukan tuan punya kedai runcit ini. Dia mengatakan Kedai Runcit GNR dikendalikan oleh orang Islam. Terus menanya beliau. "Apa buktinya?" Tanpa berfikir sahabat ini menjawab "Tu ... (sambil menunding jari kepada ayat suci Al-Quran yang tergantung di dalam kedai tersebut) ada ayat Quran dan nama Allah dan Muhammad."

Saya terus masuk ke dalam kedai dan mendapati beberapa jenis arak (bir) tersusun dan dipamer dengan jelas di dalam peti sejuk kedai tersebut. Lalu saya menanya pembantu kedai runcit tersebut sama ada dia Islam atau tidak. Kedua-dua pembantu mengaku mereka beragama hindu dan mengatakan bahawa tauke orang Islam. Saya meminta untuk berjumpa dengan tauke yang sedang tidur.

Selepas dikejut, tauke kedai ini bangun dan menanya akan tujuan saya. Saya terus ajukan soalan sama ada dia seorang Islam. Dia mengaku seorang Islam. Lalu saya menaya kembali, "Kalau Islam kenapa jual arak?" Jawab beliau, "Saya Muslim tapi isteri saya Kristian." Tanya saya pula, "Macam mana awak Islam dan isteri awak kristian?"
Jawab dia, "Saya hanya pekerja." Lalu saya tanya lagi, " Tidakkah awak tahu berdosa dan haram bagi seorang Islam menjual arak?" Dia terkedu... lalu keluar isterinya

Terus menanya isterinya dan mengaku dia seorang kristian; orang asli dari Mantin.
Saya menyuruh mereka buat pilihan dua perkara:
1. Turunkan ayat-ayat suci Al-Quran - jika kamu orang kristian.
2. Musnah arak-arak tersebut jika kamu orang Islam

Saya telah membuat aduan ke MPN Nilai dan pegawai pengkuatkuasa telah datang ke kedai tersebut. Saya dihubungi oleh pegawai penguatkuasa MPN dan memberitahu bahawa ayat-ayat Al-Quran telah diturunkan. Terima kasih kepada MPN atas tindakan pantas mereka.

CUMA, saya terganggu fikiran,
a) bagaimana seorang Islam mengawini seorang kristian tanpa si-isteri memeluk agama Islam. Mungkin MAINS dapat memberi jawapannya kot...
b) Semasa sesi soal jawab dengan tauke kedai, masuk beberapa orang Islam membeli sesuatu dan telah mendengar dengan jelas pertanyaan/dialog saya dengan tauke kedai. Sedihnya, tidak seorang pun yang ambil peduli. Membeli sesuatu, mendengar sahaja lalu berlalu. Sedih ...

MORAL CERITA.
1.Orang bukan Islam mengkaburi mata orang Islam di Desaria supaya melanggani kedai mereka dengan mengantung ayat-ayat suci Al-Quran.
2. Orang Islam dengan mudah percaya bahawa jika terdapat ayat-ayat suci Al-Quran atau digantung nama Allah dan Muhammad bererti itu kedai orang Islam.

Desaria Desa Kita