01 March 2007

PERISTIWA CUTI TAHUN BAHARU CINA

Satu musibah telah menimpa Desaria samasa cuti Tahun Baharu Cina yang lalu.

Musibah Pertama.
Sebuah rumah di Jalan Desaria 16 telah dipecah masuk. Pencuri telah masuk melalui pagar belakang rumah, bersempadan dengan padang bola, dengan memotong pagar belakang rumah tersebut dan mengumpil pintu / tingkap dapur. Mengambil beberapa peralatan elektric seperti TV dan sebagainya serta wang tunai anggaran RM1,000.00 (Ringgit: Satu Ribu Sahaja). Kejadian telah dilaporkan kepada pihak polis Nilai.

Musibah Kedua
Sebuah rumah di Jalan Desaria 1/4 telah cuba dipecah masuk. Beberapa barang seperti set alat kimpalan, pemotong besi, gerudi dan beberapa peralatan lain telah cuba dilarikan. Tuan rumah sedar akan kehadiran mereka lantas menyalakan lampu di bahagian daput rumah. Pencuri telah melarikan diri apabila lampu dinyalakan. Barang-barang peralatan tersebut gagal dibawa lari dan ditinggalkan di luar pagar belakang rumah.

Musibah Ketiga
Sebuah rumah di Jalan Desaria 3 disamun pada pagi Rabu 28/02/07. Kejadian berlaku jam 6.00 pagi. Semasa kejadian, si suami baharu sahaja keluar rumah untuk menghantar anak ke sekolah. 2 orang (dipercahayai warga indon) telah menyamun si isteri dengan
bersenjatakan pisau mengikat si-isteri dan pembantu rumah. Merampas barang kemas dan wang tunai dan kunci pacuan 4 roda. Kerugian dianggarkan sebanyak RM20,000.00 (Ringgit: Dua Puluh Ribu Sahaja)

Dua kejadian di atas berlaku semasa cuti Tahun Baharu Cina manakala kes ketiga berlaku semalam.Kesemua kejadian dilakukan semasa aktiviti ronda Desaria ditamatkan sejak 01 Februari 2007.

Ini mengambarkan bahawa:
a. pencuri tahu bahawa Desaria kini tidak lagi mengadakan aktiviti ronda malam.
b. kemasukkan pencuri melalui pagar belakang/bahagian belakang rumah.
c.kita masih TIDAK mahu menyalakan lampu dibelakang rumah pada waktu malam atas alasan berjimat cermat. (Pound foolish penny wise)

Pesanan
1. Pasang / nyalakan lampu dibahagian belakang rumah pada waktu malam.
2. Memberitahu jiran-jiran terdekat untuk memerhatikan rumah semasa ketiadaan atau semasa bercuti.
3. Jika berkemampuan, pasang CCTV atau sebarang alat untuk mencegah kecurian.
4. JIka diadakan program ronda, sertailah aktiviti tersebut. Jika tidak mahu menyertainya beri "SOKONGAN" kepada program dan anggota yang menyertai aktiviti ini. Jangan kita mencemuh kerelaan mereka yang turun meronda kawasan rumah kita secara sukarela ini.

DESARIA DESA KITA