Hari ini dan semalan semua akhbar membawa berita mengenai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Media membesarkan pencapaian murid yang mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi 17 A, 16 A, 15 A dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada murid-murid berkenaan serta keluarga mereka.
CUMA... apa ertinya mendapat keputusan begitu cemerlang. Adakah kerana nak menunjuk mereka ini pandai. Atau apa ???
Di sekolah asramaa penuh atau MRSM, saya diberitahu bahawa maksima setiap murid hanya akan mengambil 10 mata pelajaran teras sahaja. Tetapi murid-murid di sekolah harian boleh mengambil maksima 26 mata pelajaran.
Sebagai ibu bapa, saya tidak akan menggalakkan anak saya untuk mengambil peperiksaan melebihi dari mata pelajaran yang sepatutnya. 10 mata pelajaran sudah memadai. Janganlah kita sebagai ibu bapa memberi tekanan mental kepada anak kita.
Ambil peperiksaan berdasarkan kepada mata pelajaran dan jurusan yang anak kita ikuti. Contoh: Kalau seseorang murid berada di dalam jurusan sains, memadai dia mengambil Fizik, Biologi dan Chemistry. Tak perlu lagi nak mengambil mata pelajaran Sains.
Logiknya lagi, untuk ke tingkatan enam, Metrokulasi atau mengikuti Kursus di peringkat Diploma tidak memerlukan keputusan sehingga 16A. Dan jika selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah; keputusan SPM dengan 16 A tidak membawa apa-apa keistimewaan. Di peringkat ini siapa yang mendapat Ijazah First Class Honours yang dipandang. Untuk bekerja cuma terdapat syarat Lulus SPM dengan mendapat kredit Bahasa Melayu-itu pun untuk jawatan kerajaan. Pihak swasta hanya lebih berminat kepada calon yang mempunyai "Professional Degree" sahaja.
Jadi kenapa kita bebankan anak-anak kita. Betul , rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tapi kalau anak kena stress dan "collapsed" siapa yang akan garu kepala tak gatal atau menghantuk kepala ke dinding !!! Silap haribulan kita akan selalu melancong ke Tanjung Rambutan atau Tampoi.
Tepuk dada tanya iman.
Desaria Desa Kita