Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria telah didaftarkan secara rasmi dan sah pada 02 Julai 2004.
Tarikh 02 Julai 2004 digunapakai sebagai tarikh penubuhan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria kerana pada tarikh ini " Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria" disahkan serta dimenterai penubuhannya. Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan memperakui kewujudan kita melalui SIJIL PENDAFTARAN No: 1185-04-9 di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.
Sejak dilahirkan hingga kini pertubuhan ini dikenali sebagai "Persatuan" atau "Persatuan Penduduk" oleh warga Desaria. Tiada nama timangan atau singkatan atau akronim diberi.
Sehubungan itu, poksujenal ingin mencadangkan nama akronim Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria sebagai
P A N C A I N D E R A.
PANCAINDERA bukan kependekan abjad yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan seperti MARA, FELDA, RISDA dan sebagainya.
KENAPA PANCAINDERA ???
"PANCAINDERA" poksujenal usulkan setelah meneliti Fasal 4: Tujuan / Matlamat penubuhan Persatuan melalui huraian Fasal 4.1 hingga Fasal 4.4. Poksujenal catitkan di bawah ini apa yang tersurat mengenai Fasal 4 perlembagaan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.
Fasal 4 : Tujuan / Matlamat
Fasal 4.1 : Memupuk semanagat dan sikap tolong menolong di antara ahli-ahli / penduduk dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat
Fasal 4.2 : Memupuk dan menanam semangat perpaduan di antara ahli-ahli / penduduk berbilang kaum dan agama melalui aktiviti sukan, sosial dan kebudayaan.
Fasal 4.3 : Memajukan semua aspek kekeluargaan dan kemasyarakatan dari segi
4.3.1 Pendidikan
4.3.2 Kegiatan suri rumahtangga
4.3.3 Kebudayaan dan sosial
4.3.4 Kesukanan
Fasal 4.4 : Membantu pihak berkuasa melindungi kepentingan penghuni mengenai harta benda persendirian dan kepintangan bersama.
Memahami dan menghalusi keseluruhan Fasal 4, poksujenal beranggapan (tafsiran peribadi le) bahawa Persatuan diibaratkan malah merupakan mata, telinga, hidung, tangan dan suara warga Desaria.
Justeru, poksujenal bermimpi akan perkataan PANCAINDERA.
RASIONAL NAMA PANCAINDERA !!!
Pada hemat poksujenal; Persatuan Penduduk merupakan suara warga Desaria. Mulut persatuan dalam menyuarakan sesuatu pandangan adalah hasil dari apa yang pihak persatuan melihat dari mata, merasa melalui lidah, menghidu persekitaran Desaria dengan hidung, mendengar perkabaran sesuatu peristiwa melalui telinga. DAN melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan melalui tangan/anggota (ahli-ahli) Persatuan.
Kesemua yang dibicarakan di atas merujuk kepada lima (5) deria utama dan amat penting untuk setiap mahluk Allah, terutama spesis manusia.
PANCAINDERA DI SUDUT BAHASA ...
Mengikut kamus Dewan Bahasa & Pustaka, Edisi Ke-3, muka surat 966; PANCAINDERA bererti deria atau alat perasa yang lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat - lidah, hidung, telinga, mata, tangan, dan lain lain.
Nama PANCAINDERA hanya cadangan liar poksujenal sahaja. Kalau semua setuju pakai, kalau tak setuju tidak mengapa. Tak kecil hati lagipun tiada royalti perlu dibayar.
Dari sudut akronim pula, PANCAINDERA boleh juga dihasilkan melalui abjad-abjad atau suku kata daripada keseluruhan nama rasmi Persatuan. KECUALI abjad "C".
"PAN" hasil dari perkataan Persatuan Penduduk,
"AIN" hasil dari perkataan Kebajikan, manakala
"DERA" hasil dari perkataan Desaria.
Walaubagaimanapun, tuan-tuan dan puan-puan, warga Desaria yang budiman dijemput untuk memberi buah fikiran, mencadangkan nama akronim untuk Persatuan atau apa-apa komen atas apa yang poksujenal utarakan.
Kata pemutus untuk memberi nama berbentuk akronim Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria terletak di tangan ahli-ahli persatuan yang berdaftar.
Setakat ini, I rest my case.
Desaria Desa Kita