02 March 2007

PENCEGAHAN SERANGGA DI LAMAN RUMAH

Racun serangga boleh dibeli di kedai; tetapi mengandungi bahan kimia yang memudaratkan kesihatan dan tanaman. Saki baki racun serangga tertinggal di dalam tanah dan air akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar seperti DDT. Malah kerana terlalu meluasnya penggunaan racun kimia ini membuat serangga lali atau kebal. Musuh tanaman ini akan ketawa berdekah-dekah apabila kita menyembur kepadanya. Hasilnya begitu mengecewakan dan bazir fulus.

Poksujenal ada cara untuk menghasilkan racun serangga yang mesra alam. Pengetahuan ini diperolehi semasa bekerja dengan sebuah penerbitan majalah mengenai tanaman dan landskap.

Racun serangga boleh dihasilkan dari bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah kita. Ia lebih murah. Mesra alam - ini yang penting. Antaranya:

Cili
(a)- kisar (guna blender- la ni susah nak cari batu giling) cili kering dengan air. Campurkan satu sudu besar serbuk sabun pencuci.

Ratio campuran: satu bahagian cili (a) dicampur dengan 4 bahagian air ( 1 : 4 )

Kegunaan : Sesuai untuk pencegahan kutu daun dan serangga berbadan lembut.


Bawang putih
(a)- tumbuk 5 -10 ulas bawang putih hingga lumat. Campurkan air dan satu sudu besar minyak masak. Tak kira jenama apa -sama aje. Kacau hingga sebati dan tinggalkan semalaman dan tapis campuran ini keesokan harinya. Simpan sebagai stok.

Ratio campuran: satu bahagian stok bawang putih (a) yang telah ditumbuk lumat dengan 5 bahagian air. ( 1 : 5). Kalau nak lebih power tambah satu sudu cili boh.

Kegunaan: Berkesan mencegah kebanyakan jenis serangga sama ada berbadan lembut atau keras terutama kumbang dan belalang.


Bawang besar / merah
(a)- beli sekilo bawang besar / merah dan blend dengan sekati air kerajaan (air paip le)yang telah dijerang. Tapis campuran

Ratio campuran : 1 bahagian bawang merah / besar (a)dengan 10 bahagian air (1 :10).

Kegunaan : Mencegah kutu terip, terip, kutu daun dan hama.

Banyak lagi kaedah untuk membuat racun serangga mesra alam ini. Tapi untuk masa ini cukup le dengan 3 bahan di atas. Selamat mencuba.

Desaria Desa Kita