29 March 2007

MAKNA DI SEBALIK APRIL FOOL

Hari ini poksujenal tertarik dengan satu rencana "Makna Di Sebalik April Fool" tersiar dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 Mac 2007. Izinkan hamba petik sebahagian dari rencana tersebut untuk kita renung bersama ...

Saban tahun kebanyakan orang akan menjadikan hari pertama di bulan April sebagai hari untuk bergurau senda, menipu dengan tipuan olok-olok atau usik mengusik terhadap rakan serta keluarga. Kita menerima segala gurauan tersebut tanpa rasa marah atau berkecil hati. Malah turut sama terbahak mengetawa atau senyum akan guruan dan usik April Fool.

Mengikut penulis ini lagi, adalah dipercayai bahawa sambutan dirayakan hari ini (April Fool) sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh di serang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan hari nya, 1 April, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah terbakar.

Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera kristian.

Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai The April's Fool's Day, April Mop atau The April's Fool day, berasal dari satu peristiwa sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 Hijrah.

Bagaimana dengan warga Desaria ??? Adakah kita juga nak meraikan April Fool !!!
Tepuk dada tanya IMAN.
Jangan tanya pada si AIMAN
coz si AIMAN tak kisah.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh membaca dengan lebih terperinci lagi rencana tersebut di dalam Sisipan, terbitan Utusan Malaysia, muka surat 10 bertarikh 29 Mac 2007.

Terima kasih kepada Saudara Azman Ismail atas tersiarnya rencana beliau di Utusan Malaysia. Semoga Allah memberi pertunjuk kepada tuan dalam menghasilkan rencana-rencana yang dapat mengingatkan dan menyedarkan umat Islam. InsyaAllah.

Desaria Desa Kita