29 March 2007

MAKNA DI SEBALIK APRIL FOOL

Hari ini poksujenal tertarik dengan satu rencana "Makna Di Sebalik April Fool" tersiar dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 Mac 2007. Izinkan hamba petik sebahagian dari rencana tersebut untuk kita renung bersama ...

Saban tahun kebanyakan orang akan menjadikan hari pertama di bulan April sebagai hari untuk bergurau senda, menipu dengan tipuan olok-olok atau usik mengusik terhadap rakan serta keluarga. Kita menerima segala gurauan tersebut tanpa rasa marah atau berkecil hati. Malah turut sama terbahak mengetawa atau senyum akan guruan dan usik April Fool.

Mengikut penulis ini lagi, adalah dipercayai bahawa sambutan dirayakan hari ini (April Fool) sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh di serang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan hari nya, 1 April, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah terbakar.

Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera kristian.

Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai The April's Fool's Day, April Mop atau The April's Fool day, berasal dari satu peristiwa sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 Hijrah.

Bagaimana dengan warga Desaria ??? Adakah kita juga nak meraikan April Fool !!!
Tepuk dada tanya IMAN.
Jangan tanya pada si AIMAN
coz si AIMAN tak kisah.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh membaca dengan lebih terperinci lagi rencana tersebut di dalam Sisipan, terbitan Utusan Malaysia, muka surat 10 bertarikh 29 Mac 2007.

Terima kasih kepada Saudara Azman Ismail atas tersiarnya rencana beliau di Utusan Malaysia. Semoga Allah memberi pertunjuk kepada tuan dalam menghasilkan rencana-rencana yang dapat mengingatkan dan menyedarkan umat Islam. InsyaAllah.

Desaria Desa Kita

28 March 2007

USTAZ FARID RAVI ABDULLAH DI SURAU DESARIA

Dengar ... Dengar ... Dengar ...

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Surau Desaria akan mengadakan "majlis ilmu" sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Majlis ilmu akan dilaksana pada hari, tarikh, masa dan venue seperti tertera di bawah.

Majlis ilmu ini akan disempurnakan oleh Al Fadil Ustaz Haji Farid Ravi Abdullah, Imam Besar Masjid KUIS.InsyaAllah.

MAJLIS ILMU MAULIDUR RASUL

HARI : RABU

TARIKH : 11 APRIL 2007

MASA : SELEPAS SOLAT MAGRIB

TEMPAT : SURAU DESARIA

PENCERAMAH : AL-FADIL USTAZ HAJI FARID RAVI ABDULLAH
Imam Besar Masjid KUIS


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Salam

Desaria Desa Kita

26 March 2007

TAHNIAH

Poksujenal mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria yang menyempurnakan perjalanan majlis tersebut dengan jayanya Mesyuarat Agung ke 3 mereka pada Ahad, 25 Mac.2007.

Barisan ahlijawatankuasa baru sessi 2007/2008 terdiri :
Yang DiPertua : Zainal Abidin Haji Mohd Noor
Naib Yang DiPertua: Abdul Zaman Abdullah
Setiausaha : Mohd Rosli Alias
Penolong Setiausaha : Azizah bt Mahmud
Bendahari : Mohd Nasaruddin Abd Rahman
Penolong Bendahari : Mohammad Yusoff Said
Ahli Jawatankuasa:
1.Mohd Fadle Che Me
2.Mohd Nor AKmal Kamarolzaman
3.Mohd Azuddin Sham Abdullah
4.Mohd Sufian Abdul Rahman
5.Shargawi Shuib
6.Yaakob Abd Rahman
7.Narul Hiza Alin @ Nordin
8.Illah Izhar
9. Kamalia Nordin

Ahli Persatuan telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan memberi keyakinan kepada ahli jawatankuasa baru sesi 2007/2008 dalam merangka dan mencorak kegiatan Persatuan agar prestasi Persatuan lebih cemerlang di tahun mendatang.Mereka telah diberi mandat serta tanggungjawab memikul amanah, hasrat serta harapan ahli-ahli Persatuan. Jadi, apa lagi laksanakan amanah yang diberi ....

Kepada semua barisan ahlijawatankuasa sessi 2005/2006, poksujenal merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan mereka. Merekalah yang memasak tiang seri Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria. Pengorbanan mereka amat tinggi. Membakar diri menerangi Desaria. Segala pengorbanan tuan-tuan tidak dapat kami balas dan lupakan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala usaha murni tuan-tuan.

Walaubagaimanapun, Persatuan masih memerlukan tunjuk ajar dan nasihat serta menagih "sumbangan" daripada tuan-tuan sekelian. Tanpa tuan-tuan siapalah kami di Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.

Desaria Desa Kita.

14 March 2007

KEPUTUSAN SPM

Hari ini dan semalan semua akhbar membawa berita mengenai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Media membesarkan pencapaian murid yang mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi 17 A, 16 A, 15 A dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada murid-murid berkenaan serta keluarga mereka.

CUMA... apa ertinya mendapat keputusan begitu cemerlang. Adakah kerana nak menunjuk mereka ini pandai. Atau apa ???

Di sekolah asramaa penuh atau MRSM, saya diberitahu bahawa maksima setiap murid hanya akan mengambil 10 mata pelajaran teras sahaja. Tetapi murid-murid di sekolah harian boleh mengambil maksima 26 mata pelajaran.

Sebagai ibu bapa, saya tidak akan menggalakkan anak saya untuk mengambil peperiksaan melebihi dari mata pelajaran yang sepatutnya. 10 mata pelajaran sudah memadai. Janganlah kita sebagai ibu bapa memberi tekanan mental kepada anak kita.

Ambil peperiksaan berdasarkan kepada mata pelajaran dan jurusan yang anak kita ikuti. Contoh: Kalau seseorang murid berada di dalam jurusan sains, memadai dia mengambil Fizik, Biologi dan Chemistry. Tak perlu lagi nak mengambil mata pelajaran Sains.

Logiknya lagi, untuk ke tingkatan enam, Metrokulasi atau mengikuti Kursus di peringkat Diploma tidak memerlukan keputusan sehingga 16A. Dan jika selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah; keputusan SPM dengan 16 A tidak membawa apa-apa keistimewaan. Di peringkat ini siapa yang mendapat Ijazah First Class Honours yang dipandang. Untuk bekerja cuma terdapat syarat Lulus SPM dengan mendapat kredit Bahasa Melayu-itu pun untuk jawatan kerajaan. Pihak swasta hanya lebih berminat kepada calon yang mempunyai "Professional Degree" sahaja.

Jadi kenapa kita bebankan anak-anak kita. Betul , rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tapi kalau anak kena stress dan "collapsed" siapa yang akan garu kepala tak gatal atau menghantuk kepala ke dinding !!! Silap haribulan kita akan selalu melancong ke Tanjung Rambutan atau Tampoi.

Tepuk dada tanya iman.

Desaria Desa Kita

13 March 2007

PROGRAM KEMASYARAKATAN - JOM RONDA

Program Kemasyarakatan meronda Desaria dipulih kembali mulai Isnin, 12 Mac 2007. Aktiviti ini dilaksanakan kerana warga Desaria telah dikejutkan dengan kejadian pecah rumah sejak program ini direhatkan mulai 01 Februari 2007.

Semasa cuti Tahun Baharu Cina beberapa kejadian pecah rumah dan samun telah berlaku. Dianggarkan lebih dari RM60,000.00 kerugian dilaporkan.

Sehubungan itu beberapa warga Desaria yang prihatin telah secar sukarela menghidupkan semula program kemasyarakatan meronda Desaria. Seramai 30 orang telah menyatakan persetujuan mereka untuk sama-sama berganding bahu meronda demi keselamatan, keharmonian dan kecerian Desaria.

Berikut adalah jadual baru rondaan Desaria

Tarikh
12/03/07 - KUMPULAN A

13/03/07 - KUMPULAN B

14/03/07 - KUMPULAN C

15/03/07 - KUMPULAN D

16/03/07 - KUMPULAN E

19/03/07 hingga 23/03/07 - KUMPULAN A

26/03/07 hingga 30/03/07 - KUMPULAN B

02/04/07 hingga 06/04/07 - KUMPULAN C

09/04/07 hingga 13/04/07 - KUMPULAN D

16/04/07 hingga 20/04/07 - KUMPULAN E


Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria merakam terima kasih kepada mereka yang telah sudi melapangkan sedikit waktu yang berharga untuk menjayakan program kemasyarakatan ini. Tuan bila lagi ....

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ketua Biro Keselamatan, Saudara Saamri Mohd Raflis atau Jawatankuasa Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria. Cara mudah, tinggalkan nama dan no telefon tuan melalui blog ini.Terima kasih...

Desaria Desa Kita

09 March 2007

WASPADA - KEDAI JUAL ARAK

KEDAI RUNCIT GNR

Pagi tadi, 09.03.07, jam 8.20 pagi saya kedai di taman kita. Saya terkejut apabila melintasi sebuah kedai runcit. Kedai Runcit GNR mengantung ayat suci Al-Quran di tengah-tengah kedai tersebut DAN dapat dilihat dengan jelas dari luar kedai. Satahu saya perniagaan di kedai ini bukan dikendalikan/dipunyai oleh orang Islam.

Saya terus berhenti untuk mengetahui perkara sebenar. Semasa di depan kedai saya bertemu seorang sahabat yang kerap ke Surau Desaria. Saya menanya beliau akan kedudukan tuan punya kedai runcit ini. Dia mengatakan Kedai Runcit GNR dikendalikan oleh orang Islam. Terus menanya beliau. "Apa buktinya?" Tanpa berfikir sahabat ini menjawab "Tu ... (sambil menunding jari kepada ayat suci Al-Quran yang tergantung di dalam kedai tersebut) ada ayat Quran dan nama Allah dan Muhammad."

Saya terus masuk ke dalam kedai dan mendapati beberapa jenis arak (bir) tersusun dan dipamer dengan jelas di dalam peti sejuk kedai tersebut. Lalu saya menanya pembantu kedai runcit tersebut sama ada dia Islam atau tidak. Kedua-dua pembantu mengaku mereka beragama hindu dan mengatakan bahawa tauke orang Islam. Saya meminta untuk berjumpa dengan tauke yang sedang tidur.

Selepas dikejut, tauke kedai ini bangun dan menanya akan tujuan saya. Saya terus ajukan soalan sama ada dia seorang Islam. Dia mengaku seorang Islam. Lalu saya menaya kembali, "Kalau Islam kenapa jual arak?" Jawab beliau, "Saya Muslim tapi isteri saya Kristian." Tanya saya pula, "Macam mana awak Islam dan isteri awak kristian?"
Jawab dia, "Saya hanya pekerja." Lalu saya tanya lagi, " Tidakkah awak tahu berdosa dan haram bagi seorang Islam menjual arak?" Dia terkedu... lalu keluar isterinya

Terus menanya isterinya dan mengaku dia seorang kristian; orang asli dari Mantin.
Saya menyuruh mereka buat pilihan dua perkara:
1. Turunkan ayat-ayat suci Al-Quran - jika kamu orang kristian.
2. Musnah arak-arak tersebut jika kamu orang Islam

Saya telah membuat aduan ke MPN Nilai dan pegawai pengkuatkuasa telah datang ke kedai tersebut. Saya dihubungi oleh pegawai penguatkuasa MPN dan memberitahu bahawa ayat-ayat Al-Quran telah diturunkan. Terima kasih kepada MPN atas tindakan pantas mereka.

CUMA, saya terganggu fikiran,
a) bagaimana seorang Islam mengawini seorang kristian tanpa si-isteri memeluk agama Islam. Mungkin MAINS dapat memberi jawapannya kot...
b) Semasa sesi soal jawab dengan tauke kedai, masuk beberapa orang Islam membeli sesuatu dan telah mendengar dengan jelas pertanyaan/dialog saya dengan tauke kedai. Sedihnya, tidak seorang pun yang ambil peduli. Membeli sesuatu, mendengar sahaja lalu berlalu. Sedih ...

MORAL CERITA.
1.Orang bukan Islam mengkaburi mata orang Islam di Desaria supaya melanggani kedai mereka dengan mengantung ayat-ayat suci Al-Quran.
2. Orang Islam dengan mudah percaya bahawa jika terdapat ayat-ayat suci Al-Quran atau digantung nama Allah dan Muhammad bererti itu kedai orang Islam.

Desaria Desa Kita

05 March 2007

PANCAINDERA

Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria telah didaftarkan secara rasmi dan sah pada 02 Julai 2004.

Tarikh 02 Julai 2004 digunapakai sebagai tarikh penubuhan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria kerana pada tarikh ini " Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria" disahkan serta dimenterai penubuhannya. Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan memperakui kewujudan kita melalui SIJIL PENDAFTARAN No: 1185-04-9 di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Sejak dilahirkan hingga kini pertubuhan ini dikenali sebagai "Persatuan" atau "Persatuan Penduduk" oleh warga Desaria. Tiada nama timangan atau singkatan atau akronim diberi.

Sehubungan itu, poksujenal ingin mencadangkan nama akronim Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria sebagai
P A N C A I N D E R A.

PANCAINDERA bukan kependekan abjad yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan seperti MARA, FELDA, RISDA dan sebagainya.

KENAPA PANCAINDERA ???

"PANCAINDERA" poksujenal usulkan setelah meneliti Fasal 4: Tujuan / Matlamat penubuhan Persatuan melalui huraian Fasal 4.1 hingga Fasal 4.4. Poksujenal catitkan di bawah ini apa yang tersurat mengenai Fasal 4 perlembagaan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.

Fasal 4 : Tujuan / Matlamat

Fasal 4.1 : Memupuk semanagat dan sikap tolong menolong di antara ahli-ahli / penduduk dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat

Fasal 4.2 : Memupuk dan menanam semangat perpaduan di antara ahli-ahli / penduduk berbilang kaum dan agama melalui aktiviti sukan, sosial dan kebudayaan.

Fasal 4.3 : Memajukan semua aspek kekeluargaan dan kemasyarakatan dari segi
4.3.1 Pendidikan
4.3.2 Kegiatan suri rumahtangga
4.3.3 Kebudayaan dan sosial
4.3.4 Kesukanan

Fasal 4.4 : Membantu pihak berkuasa melindungi kepentingan penghuni mengenai harta benda persendirian dan kepintangan bersama.

Memahami dan menghalusi keseluruhan Fasal 4, poksujenal beranggapan (tafsiran peribadi le) bahawa Persatuan diibaratkan malah merupakan mata, telinga, hidung, tangan dan suara warga Desaria.

Justeru, poksujenal bermimpi akan perkataan PANCAINDERA.

RASIONAL NAMA PANCAINDERA !!!

Pada hemat poksujenal; Persatuan Penduduk merupakan suara warga Desaria. Mulut persatuan dalam menyuarakan sesuatu pandangan adalah hasil dari apa yang pihak persatuan melihat dari mata, merasa melalui lidah, menghidu persekitaran Desaria dengan hidung, mendengar perkabaran sesuatu peristiwa melalui telinga. DAN melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan melalui tangan/anggota (ahli-ahli) Persatuan.

Kesemua yang dibicarakan di atas merujuk kepada lima (5) deria utama dan amat penting untuk setiap mahluk Allah, terutama spesis manusia.

PANCAINDERA DI SUDUT BAHASA ...

Mengikut kamus Dewan Bahasa & Pustaka, Edisi Ke-3, muka surat 966; PANCAINDERA bererti deria atau alat perasa yang lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat - lidah, hidung, telinga, mata, tangan, dan lain lain.

Nama PANCAINDERA hanya cadangan liar poksujenal sahaja. Kalau semua setuju pakai, kalau tak setuju tidak mengapa. Tak kecil hati lagipun tiada royalti perlu dibayar.

Dari sudut akronim pula, PANCAINDERA boleh juga dihasilkan melalui abjad-abjad atau suku kata daripada keseluruhan nama rasmi Persatuan. KECUALI abjad "C".

"PAN" hasil dari perkataan Persatuan Penduduk,
"AIN" hasil dari perkataan Kebajikan, manakala
"DERA" hasil dari perkataan Desaria.

Walaubagaimanapun, tuan-tuan dan puan-puan, warga Desaria yang budiman dijemput untuk memberi buah fikiran, mencadangkan nama akronim untuk Persatuan atau apa-apa komen atas apa yang poksujenal utarakan.

Kata pemutus untuk memberi nama berbentuk akronim Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria terletak di tangan ahli-ahli persatuan yang berdaftar.

Setakat ini, I rest my case.

Desaria Desa Kita

02 March 2007

PENCEGAHAN SERANGGA DI LAMAN RUMAH

Racun serangga boleh dibeli di kedai; tetapi mengandungi bahan kimia yang memudaratkan kesihatan dan tanaman. Saki baki racun serangga tertinggal di dalam tanah dan air akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar seperti DDT. Malah kerana terlalu meluasnya penggunaan racun kimia ini membuat serangga lali atau kebal. Musuh tanaman ini akan ketawa berdekah-dekah apabila kita menyembur kepadanya. Hasilnya begitu mengecewakan dan bazir fulus.

Poksujenal ada cara untuk menghasilkan racun serangga yang mesra alam. Pengetahuan ini diperolehi semasa bekerja dengan sebuah penerbitan majalah mengenai tanaman dan landskap.

Racun serangga boleh dihasilkan dari bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah kita. Ia lebih murah. Mesra alam - ini yang penting. Antaranya:

Cili
(a)- kisar (guna blender- la ni susah nak cari batu giling) cili kering dengan air. Campurkan satu sudu besar serbuk sabun pencuci.

Ratio campuran: satu bahagian cili (a) dicampur dengan 4 bahagian air ( 1 : 4 )

Kegunaan : Sesuai untuk pencegahan kutu daun dan serangga berbadan lembut.


Bawang putih
(a)- tumbuk 5 -10 ulas bawang putih hingga lumat. Campurkan air dan satu sudu besar minyak masak. Tak kira jenama apa -sama aje. Kacau hingga sebati dan tinggalkan semalaman dan tapis campuran ini keesokan harinya. Simpan sebagai stok.

Ratio campuran: satu bahagian stok bawang putih (a) yang telah ditumbuk lumat dengan 5 bahagian air. ( 1 : 5). Kalau nak lebih power tambah satu sudu cili boh.

Kegunaan: Berkesan mencegah kebanyakan jenis serangga sama ada berbadan lembut atau keras terutama kumbang dan belalang.


Bawang besar / merah
(a)- beli sekilo bawang besar / merah dan blend dengan sekati air kerajaan (air paip le)yang telah dijerang. Tapis campuran

Ratio campuran : 1 bahagian bawang merah / besar (a)dengan 10 bahagian air (1 :10).

Kegunaan : Mencegah kutu terip, terip, kutu daun dan hama.

Banyak lagi kaedah untuk membuat racun serangga mesra alam ini. Tapi untuk masa ini cukup le dengan 3 bahan di atas. Selamat mencuba.

Desaria Desa Kita

01 March 2007

BLOG DESARIA

Selamat Datang ke blog desaria.blogspot.com

Blog ini merupakan kesinambungan dari blog
http://pondokterengganu11.blogspot.com

Buat saat ini blog ini akan diusahakan oleh Saudara Khairul, Saudara Fadley dan saya sendiri. Nama-nama lain akan didaftarkan sebagai penyumbang bersama ke blog ini dari masa ke semasa.

Blog ini merupakan medan untuk warga Desaria meluahkan perasaan, memberi cadangan atau untuk sama-sama berkongsi pengalaman demi kebaikan, kemajuan dan keharmonian Desaria.

Sesiapa sahaja boleh memasuki blog ini. DAN sesiapa sahaja juga boleh memberi komen atas apa yang disiarkan. Setiap komen akan disiarkan untuk bacaan.

Selain blog ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh juga melayari blog :
http://42-eleventh-street.blogspot.com

Sama-sama kita menjayakan blog-blog desaria ini.

DESARIA DESA KITA.

PERISTIWA CUTI TAHUN BAHARU CINA

Satu musibah telah menimpa Desaria samasa cuti Tahun Baharu Cina yang lalu.

Musibah Pertama.
Sebuah rumah di Jalan Desaria 16 telah dipecah masuk. Pencuri telah masuk melalui pagar belakang rumah, bersempadan dengan padang bola, dengan memotong pagar belakang rumah tersebut dan mengumpil pintu / tingkap dapur. Mengambil beberapa peralatan elektric seperti TV dan sebagainya serta wang tunai anggaran RM1,000.00 (Ringgit: Satu Ribu Sahaja). Kejadian telah dilaporkan kepada pihak polis Nilai.

Musibah Kedua
Sebuah rumah di Jalan Desaria 1/4 telah cuba dipecah masuk. Beberapa barang seperti set alat kimpalan, pemotong besi, gerudi dan beberapa peralatan lain telah cuba dilarikan. Tuan rumah sedar akan kehadiran mereka lantas menyalakan lampu di bahagian daput rumah. Pencuri telah melarikan diri apabila lampu dinyalakan. Barang-barang peralatan tersebut gagal dibawa lari dan ditinggalkan di luar pagar belakang rumah.

Musibah Ketiga
Sebuah rumah di Jalan Desaria 3 disamun pada pagi Rabu 28/02/07. Kejadian berlaku jam 6.00 pagi. Semasa kejadian, si suami baharu sahaja keluar rumah untuk menghantar anak ke sekolah. 2 orang (dipercahayai warga indon) telah menyamun si isteri dengan
bersenjatakan pisau mengikat si-isteri dan pembantu rumah. Merampas barang kemas dan wang tunai dan kunci pacuan 4 roda. Kerugian dianggarkan sebanyak RM20,000.00 (Ringgit: Dua Puluh Ribu Sahaja)

Dua kejadian di atas berlaku semasa cuti Tahun Baharu Cina manakala kes ketiga berlaku semalam.Kesemua kejadian dilakukan semasa aktiviti ronda Desaria ditamatkan sejak 01 Februari 2007.

Ini mengambarkan bahawa:
a. pencuri tahu bahawa Desaria kini tidak lagi mengadakan aktiviti ronda malam.
b. kemasukkan pencuri melalui pagar belakang/bahagian belakang rumah.
c.kita masih TIDAK mahu menyalakan lampu dibelakang rumah pada waktu malam atas alasan berjimat cermat. (Pound foolish penny wise)

Pesanan
1. Pasang / nyalakan lampu dibahagian belakang rumah pada waktu malam.
2. Memberitahu jiran-jiran terdekat untuk memerhatikan rumah semasa ketiadaan atau semasa bercuti.
3. Jika berkemampuan, pasang CCTV atau sebarang alat untuk mencegah kecurian.
4. JIka diadakan program ronda, sertailah aktiviti tersebut. Jika tidak mahu menyertainya beri "SOKONGAN" kepada program dan anggota yang menyertai aktiviti ini. Jangan kita mencemuh kerelaan mereka yang turun meronda kawasan rumah kita secara sukarela ini.

DESARIA DESA KITA