05 June 2008

Minyak Oh Minyak

Penulis berada di Penang semasa berita harga minyak akan dinaikkan jadi sebaik menerima satu sms mengenainya, terus saja menalipon encik azuddin untuk mendapatkan kepastian.

Satu kenaikan yang pada pendapat penulis amat membebankan. Proton Iswara penulis kalau di isi penuh dahulunya berharga RM 80.00 tetapi pagi tadi bila di isi penuh, harga RM 105.00.

Jika setakat berulang alik ke pejabat, penulis menggunakan 5 tangki penuh sebulan. Jadi dengan harga baru, nampaknya tambahan RM 125.00 setiap bulan untuk harga minyak kereta adalah diperlukan.

Kemana agaknya hala tuju ekonomi negara kita selepas ini. Tekanan inflasi semakin dirasai. Para menteri pula asyik bercakap supaya rakyat menukar cara hidup. Kadar tambang sistem pengangkutan awam juga tak menolong golongan marhaen macam kita nie.

Kemana agaknya keuntungan PETRONAS yang sudah semestinya bertambah sejajar dengan kenaikan harga minyak dunia di gunakan. Hisyyy.... Poning kopalo dibuek nyo.