30 May 2008

AMARAN DENGGI

Ketika ini di Jalan Desaria 8 berlaku satu Kes demam denggi. Ekoran dari itu pihak kementerian Kesihatan telah melakukan operasi menyembur (fogging) di sekitar jalan 8.

Adalah di nasihatkan agar penduduk Taman Desaria ini dapat mengambil tindakan yang perlu untuk mengurangkan risiko di gigit oleh nyamuk aedes ini. Pandai2 la nak buat apa.

Terima kasih kepada "acik-kau" atas maklumat ini. Tapi kita nie tertanya2 jugak. Kalau Kem. Kesihatan sembur kat jalan 7,8 & 9 aje, nyamuk2 aedes tu lari ke mana ek? jalan 6 ke jalan 10? Mungkin nyamuk tu akan lari ketempat yang paling kurang gangguan, paling banyak tempat mereka boleh nyorok dan bertelur. Jangan berhijrah ke jalan 11 sudah.