25 May 2008

KERIS

Kem Remaja Islam Soleh telah berlangsung selama 2 hari di Surau Desaria dimana aktiviti berlangsung di persekitaran Taman Desaria ini juga. Lebih kurang 65 orang anak2 remaja berusia antara 10 hingga 15 tahun terlibat dalam aktiviti ini.

Sambutan yang amat menggalakkan ini sedikit sebanyak telah dapat menghilangkan penat lelah urusetia yang telah bekerja keras untuk menjayakan program tersebut.

Program ini juga turut di gabungkan dengan Majlis Khatam AlQuran untuk seramai 11 orang anak2 Desaria dan dikendalikan oleh Encik Izhar Othman dari jalan 19 sebaik tamat program KERIS tersebut.

Sumbangan turut di terima dan ribuan terima kasih diucapkan kepada para dermawan samada yang menyumbang dalam bentuk kewangan, tajaan makanan atau hamper dan juga dalam bentuk tenaga .

Diharapkan anak2 yang menyertai KERIS ini akan dapat manafaat dari apa yang telah dipelajari dan semoga janji2 yang dituliskan dalam wasiat mereka kepada ibubapa mereka akan terus tersemat dihati selagi hayat dikandung badan.

Juga kepada ibubapa yang turut hadir pada hari terakhir akan dapat mempelajari sesuatu dari apa yang telah disampaikan oleh penceramah undangan tersebut.

Rakaman gambar-gambar sewaktu program berlangsung akan di postkan dalam masa terdekat.