11 May 2008
SAMBUTAN HARI IBU DESARIA
Kira kira 70 orang kanak2 berhimpun di bangunan Tambahan Surau Desaria untuk menyiapkan kad ucapan kepada ibu2 mereka dan ia turut dihadiri oleh lebih 30 ibu dan beberapa orang bapa pagi ini, 11 Mei 2008. Satu ceramah turut di sampaikan oleh ustaz Zahari Abdul Latif dari Bandar Bukit Mahkota yang telah menyentuh tentang keistimewaan menjadi seorang ibu.
diriwayatkan seorang sahabat bertanya kepada Rasulallah SAW " kepada siapa harus aku berbuat baik ya rasulallah? jawab baginda kepada ibumu. kemudian kepada siapa? Jawab baginda lagi kepada ibu mu. ditanya lagi kepada siapa seterusnya, jawab rasulallah SAW kepada ibu mu. dan kali keempat ditanya rasullah menjawab kepada bapa mu.
Jadi kepada para ibu, bersyukurlah kerana menjadi seorang ibu kerana terdapat keutamaan didalam segala galanya terhadap seorang ibu.
Dipaparkan gambar2 yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut.