Atas permintaan, saya postkan satu artikel tentang tajuk di atas . Tujuan nya cuma satu. Supaya kita sama2 merenung dan melihat semula apa2 yang telah kita tulis sama ada secara sengaja atau tidak dan kesan dari tulisan kita terhadap individu yang disentuh dalam tulisan2 kita.
Saya juga memohon maaf kiranya tulisan2 saya yang lalu termasuk dalam kategori fitnah atau telah mengganggu emosi para pembaca warga desaria sekalian.
Kredit kepada penulis asalartikel ini dan ia boleh di baca dengan mengklik pada link di bawah:
SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah `suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah atau `namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.
Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.
Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.
artikel lanjut disini: http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/message/9674
semoga kita semua mendapat manfaat.