27 June 2008

SEMANGAT KERJASAMA MASIH TINGGI DI DESARIA











22 Jun menjadi bukti


Hari gotong royong berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran. Hampir 70 orang peserta telah melibatkan diri.


Terima kasih dari persatuan dan pengarah projek, En. Usop jln 25 kita kepada para peserta diatas segala sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga, makanan, minuman, wang tunai ,peralatan dan mesin potong rumput, kepakaran dan serba-serbinya. Biro Hawa kerana menyediakan makanan dan minuman, Md Noor kerana merelakan lorinya digunakan untuk mengakut sampah ( persatuan belum bayar duit minyak)


Juga kepada tentera-tentera Myanmar yang dipimpin oleh Komandan Hj Husin serta kepada drebar lori En Razlan.


Semoga semangat kerjasama seperti ini akan berterusan di Desaria pada masa2 akan datang.


antara gambar2 yang sempat dirakam kan ketika aktiviti berlangsung: