11 April 2010
KOMUNITI RUKUN TETANGGA CHECKMATE PERSATUAN
Pembuka kata di atas tentu membuat warga Desaria terpingga-pingga. Mengapa tidak! Taklimat pertama telah dibantah oleh Persatuan atas alasan ramai tidak mengetahui akan taklimat lalu. Betul ke??? Atau sengaja mereka cipta alasan kerana situasi Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria tersepit. Di luah mati emak ditelan mati bapak. Buktinya - Biar saya telan dahulu bukti-buktinya. Akan diluahkan di ketika lain. Sebab kami tidak gila kuasa. Siapa yang gila kuasa ...
Pendapat peribadi saya terdapat hikmah yang tersirat dibelakang bantahan Persatuan. Sebelum saya kemukakan apa yang dikatakan hikmah tersebut, izinkan saya memberi sedikit penerangan mengenai cadangan mengwujudkan Komuniti Rukun Tetangga.
Pada tahun 2005, saya bersama-sama dengan Kol (B) Chia telah ke Pejabat Perpaduan dan Intergrasi Nasional dan juga ke Pejabat KEMAS di Seremban. Tujuan kami ke sana kerana ingin menubuh Rukun Tetangga dan Kelas KEMAS di Desaria. Penolong pengarah rukun tetangga telah menolong menaipkan surat permohonan untuk menubuhkan Rukun Tetangga dan ditandatangani oleh saya.
Perkara ini telah saya bawa ke mesyuarat AJk Persatuan serta menerangkan pro dan kontra mengwujudkan Rukun Tetangga. Selepas diberi penerangan kepada AJk; kebanyakkan AJK berpendapat jika diwujudkan Komuniti Rukun Tetangga di Desaria maka kewujudan serta perkembangan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria akan tergugat. Antara rasional yang diberikan ialah:
1. Apabila Rukun Tetangga diwartakan, maka secara otomatik semua warga Desaria menjadi ahli Komuniti Rukun Tetangga. Tiada yuran pendaftaran atau bulanan. Sedangkan untuk menjadi ahli Persatuan, seseorang itu WAJIB mengisi borang memohon menjadi ahli Persatuan dan melunaskan yuran pendaftaran dan yuran bulanan. Permohonan menjadi ahli persatuan tertakluk kepada kelulusan AJK Persatuan.
Fasal ini dengan sendirinya akan membantutkan pertambahan keahlian Persatuan; tambahan pula keahlian Persatuan menetapkan seseorang itu mesti berusia 18 ke atas.
2. Di kalangan AJK pada masa itu berpendapat Komuniti Rukun Tetangga dan Kelas KEMAS adalah medium propaganda UMNO.
3. Keputusan AJK pada mesyuarat tersebut ialah, AJK PERSATUAN TIDAK BOLEH MENGUSULKAN PENUBUHAN KOMUNITI RUKUN TETANGGA, TETAPI PIHAK PERSATUAN TIADA BANTAHAN DAN AKAN MEMBERI SOKONGAN JIKA ADA WARGA DESARIA YANG BERHASRAT MENUBUHKANNYA.
4. Selaku YDP pada masa itu saya akur dengan keputusan Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria walaupun usul tersebut datangnya dari saya sendiri.
5. Perkara menwujudkan Komuniti Rukun Tetangga dibangkitkan sekali lagi semasa Mesyuarat Agung Persatuan. Selaku Pengerusi mesyuarat, saya menerangkan akan keputusan AJK tentang implikasi penubuhan Komuniti Rukun Tetangga dan TIDAk menegah jika sesiapa berhajat untuk menubuhkannya.
6. Pada mesyuarat AJK 13 Mei 2007 jam 3 petang sessi 2007/2008, perkara menubuhkan Komuniti Rukun Tetangga dibincang semula. Kali ini Encik Shargawi bin Shuib sebagai Ketua Biro Keselamatan membawa usul untuk menubuhkan Komuniti Rukun Tetangga dan RELA di dalam mesyuarat AJK. Selain itu beliau juga mencadangkan agar Persatuan mengambil insuran untuk melindungi ahli-ahli yang turun meronda. Keputusan AJK pada ketika itu ialah: Insuran - Persatuan pada dasarnya bersetuju tetapi ingin mengetahui berapa kos premium yang harus dibiayai oleh Persatuan. Mengenai Komuniti Rukun Tetangga dan RELA, keputusanya sebagaimana di 3 (diatas).
Antara AJK yang hadir pada mesyuarat itu ialah,Abd Zaman Abdullah (NYDP), Mohd Rosli Alias (SU), puan Azizah (P/SU), Mohd Nasaruddin (Bendahari), Mohd Yusof bin Said(P/Bendahari), Mohd Nor Akmal(AJK), Mohd Azuddin(AJK), Mohd Sufian Abd Rahman (AJK), Shargawi Shuib(AJK), Yaakob Abd Rahman (AJK), Narul Hiza(AJK), Pn Kamilah mohd Noor(AJK). Tidak hadir Puan Marilah Yahya.
Minit mesyuarat 13 Mei 2007 diterima dan disahkan pada 12 Ogos 2007. Tiada sebarang bantahan.
CHECKMATE ???
Pihak AJK Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria sessi 2009/2010 sebenarnya berada di dalam situasi tersepit. kenapa tersepit?
1. Kewujudan/penubuhan Komuniti Rukun Tetangga akan menjadi tamparan kepada Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.
2.Menyedari situasi ini, pihak Persatuan membuat bantahan ke Pejabat Perpaduan & Intergrasi Nasional pada 09 Mac 2010, dengan memberi alasan ramai penduduk Desaria tidak mengetahui akan taklimat penubuhan Komuniti Rukun Tetangga pada 06 Mac 2010.
3.YDP membawa usul menubuhkan Komuniti Rukun Tetangga di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria pada 28 Mac 2010; selepas kami mangadakan taklimat. Apa mereka buat selama ini... Difahamkan mereka berbincang sejak Mei 2009 lagi tetapi tiada hasil. N A T O
4. Sepatutnya, YDP menghantar bantahan untuk mengwujudkan Komuniti Rukun Tetangga atas sebab, terdapat atau sudah wujud Persatuan pendduk & Kebajikan Desaria yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sejak 2004.Jika beliau membawa usul sebegini, saya pasti semua ahli yang hadir akan menyokong usul membantah penubuhan Komuniti Rukun Tetangga dengan sepenuh hati. Usul ini akan memberi erti bahawa YDP betul-betul menegak PANJI Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.
5.Satu lagi andaian mengapa Persatuan membuat bantahan ialah kerana mendapat tahu bahawa Komuniti Rukun Tetangga akan diberi grant dari pihak kerajaan. Jumlahnya hanya RM400 sebulan untuk segala kegiatan Komuniti Rukun Tetangga dan BUKAN KHUSUS untuk meronda. "Sumbangan" dari warga Desaria ke Tabung Ahli Ronda Malam Desaria yang dikelolakan oleh Ketua Biro Keselamatan jumlahnya lebih memberangsangkan. Secara rawak kutipan berupa "sumbangan" yang diterima dari Jalan Desaria 15 sahaja di anggarkan antara RM100 hingga RM150 sebulan. Tidak termasuk kutipan sumbangan dari kedai di sekitar Desaria dan juga di Nilai 3.
6. Semua ahli AJK Komuniti rukun tetangga akan diberi kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Begitu juga kepada semua yang mengikuti Skim Rondaan Sukarela. mereka yang meronda akan dilindungi insurans. Ini memberi tamparan kepada Persatuan dan Ketua Biro Keselamatan. Contoh: duit "sumbangan" yang diterima diberi sedikit imbuhan kepada ahli yang meronda seperti duit minyak motor dan sebagainya.
Kenapa kami ingin mengwujudkan Komuniti Rukun Tetangga di Desaria.
1. Perjalanan persatuan agak tempang akhir-akhir ini. Contoh Ketua-ketua biro diberi kebenaran memungut sebarang bentuan bantuan dan sumbangan dan TIDAK perlu diserahkan kepada Bendahari Persatuan.
2. Biro Keselamatan segregate penduduk Desaria.
3.Persatuan Penduduk langsung tidak ambil peduli kebajikan pendidikan anak-anak Desaria dengan TIDAK mengadakan biro pendidikan.
4. Dengan wujudnya Komuniti Rukun Tetangga, beberapa biro seperti pendidikan, biro remaja, biro agama dan sebagainya boleh diadakan.
5. Meronda bukan tujuan utama di wujudkan Komuniti Rukun Tetangga. Meronda hanya diwujudkan di bawah Skim Rondaan Sukarela (SKS). Tetapi jika kita turun meronda kita akan dilindungi insurans dan diberi kad kuasa.
6. Kami ingin mendapatkan manfaat yang disediakan oleh pihak berkuasa demi kepentingan warga Desaria dan anak cucu kita.
7. Kami tidak perlu mendapat kebenaran Persatuan untuk menubuhkan Komuniti Rukun tetangga kerana:
a. Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria TIDAK mewakili suara warga Desariakeseluruhanya. Sebab keahlian Persatuan cuma seramai 284 ahli sahaja pada 31 Disember 2009.(Rujuk minit mesyarat AGM ke 6) Sedangkan anggaran jumlah penduduk Desaria seramai 5000 temasuk warga asing. Justeru Persatuan hanya mewakili 17% keseluruhan penduduk Warga Desaria. Suara Persatuan hanya akan dikira sebagai suara taman jika Persatuan mewakili 85% dari jumlah penduduk. Ada orang akan bangkit kenapa diambil kira warga asing? jawabnya ; Perlembagaan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria mengadakan Fasal khusus untuk menerima warga asing menjadi ahli. Baca perlembagaan. Jangan terima perlembagaan dan bawa balik rumah suruh anak-anak buat roket atau jual surat khabar lamaaaaaaa. Penat Sdr Khairul (SU pertama) dan Rosli (SU Kedua) mengedar perlembagaan Persatuan. Usaha dan keringat mereka disia-siakan. Lepas tu tulis dalam blok minta Perlembagaan. Sekali lagi Melayu mudah lupa.
b. saya berpegang kepada keputusan mesyuarat AJK yang lalu. Selagi minit tersebut tidak dimansuhkan, maka selagi itu keputusan itu dipakai.
HIKMAH
Hikmah disebalik bantahan oleh Persatuan ialah "jika apa terjadi kepada Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria, maka kami seramai 24 orang yang hadir pada taklimat terdahulu tidak dipertanggungjawabkan." Beban dan tanggungjawab dari segala iplikasi penubuhan Komuniti Rukun TetanggaDesaria kini telah dipindahkan kepada Persatuan penduduk & Kebajikan Desaria.
RENUNGAN
Petikan Penyata Kewangan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria berakhir 31 Disember 2009, terdapat:
a. 284 orang ahli berdaftar(142 ahli jika diambil kira mereka prabayar selama sebulan sahaja)
b.Yuran terakru sebanyak RM8,156.00
c. Yuran pra bayar RM382.00
d. (b) - (c) = RMRM7,774.00
Dari angka yang dilaporkan maka setiap ahli yang berdaftar secara purata berhutang sebanyak RM27.37 kepada Persatuan. RM27.37 bersamaan dengan 14 bulan yuran bulanan.
Petikan Fasal 6 : Bayaran Pendafrataran Masuk, Yuran Bulanan dan Bayaran Lain.
Fasal 6.5 - Ahli yang membiarkan hutangnya lebih dari jumlah yuran bagi 3 bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan. Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati bahawa ahli tersebut telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
manakala Fasal 6.4 pula menyatakan "Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli pertubuhan sehingga hutangnya dijelaskan.
09 April 2010
FASAL 4
Pada tahun tersebut juga ahli mencadang untuk membezakan antara ahli dan bukan ahli. Disini timbul insentif kepada ahli Persatuan yang mengikuti sebarang aktiviti anjuran Persatuan yang dikenakan yuran penyertaan. Ahli dan keluarganya membayar pada kadar lebih rendah dari kadar yang dibayar oleh penduduk Desaria yang bukan ahli. Contoh. Semasa Program KERIS 2008, anak ahli dikenakan yuran penyertaan jauh lebih rendah dari kadar yuran yang dibayar oleh anak penduduk bukan ahli Persatuan. Ketika itu juga kita membuka penyertaan murid yang tinggal luar dari Taman Desaria. Yuran penyertaan mereka adalah yang tertinggi dalam 3 kategori penyertaan.
Status warga pendatang diterangkan begitu jelas dalam Fasal Jenis Keahlian Persatuan dan dikategorikan sebagai ahli bersekutu dan mempunyai keistimewaaan yang tertentu.
Tujuan dibangkitkan Fasal 4 adalah kerana:
1. Ketua Biro Keselamatan dalam komennya terdahulu menyatakan beliau kurang arif tentang Fasal 4. Amat mendukacitakan seorang AJK mengaku kurang arif tentang perlembagaan Persatuan. Justeru, dibangkitkan fasal 4 adalah untuk mengingatkan Ketua Biro Keselamatan yang KURANG ARIF tentang tersebut. Biro Keselamatan juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan hanya mengambil peduli jika berlaku sebarang musibah keatas mereka jika mangsa tersebut merupakan ahli ronda atau rumah mereka mempunyai pelekat "Rumah DiAwasi ......." Jika mangsa bukan dari kategori ini, beliau akan menyeru mangsa tersebut pergilah buat laporan ke Biro Keselamatan Negara - Polis. Memang sah melayu mudah lupa.
Apakah yang dimaksudkan oleh Biro Keselamatan??? JELAS kenyataan beliau tidak selari dan senada serta bercanggah dengan Fasal 4???
Mengenai ada ahli yang tidak turun meronda pula, ini bukan penyakit baharu. Tanya Ketua Biro Keselamatan yang Pertama ( Encik Saamri Raflis). Tanya juga kepada Biro Keselamatan Kedua ( Encik Shargawi Shuib). Apa yang mereka hadapi atau rintangan dan kerenah yang dialami.Mereka berdua tidak membezakan antara ahli atau bukan ahli semasa meronda atau apabila sebarang bantuan diperlukan.Walaupun adakalanya mereka merunggut tetapi mereka tetap laksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas.
Kedua kerana Ketua Biro keselamatan menyatakan di dalam Mesyuarat Agung yang baru lalu bahawa dia mengaku menerima "SUMBANGAN" daripada warga Desaria. Tetapi beliau HANYA akan menunjukkan akaun tersebut kepada ahli ronda sahaja. Tidakah dia sedar apa yang dituturkan.??? Biro keselamatan diwujudkan di bawah panji Persatuan. Maka segala kutipan atau sumbangan tak rela yang diterima WAJIB dilaporkan kepada Bendahari. Bak kata penjelasan Encik Nasa bahawa aktiviti ronda adalah program persatuan.
Ketiga -Tindakan Biro Keselamatan menampal plet "AWAS RUMAH DIAWASI OLEH BIRO KESELAMATAN DESARIA" adalah langkah pertama Biro Keselamatan segregate warga Desaria. Kenapa tidak dinukil nama Persatuan???. Ia saolah-olah bukan aktiviti Persatuan.
Kepentinggan Persatuan harus di junjung dan kepentingan biro hanya digalas dan BUKAN sebaliknya.
Peliknya; terdapat sebahagian PERBELANJAAN Biro Keselamatan dibiayai oleh Persatuan; TETAPI segala pungutan olehnya tidak perlu diserahkan kepada Persatuan. Lihat laporan Kewangan Persatuan berakhir 31 Disember 2009.
Saya tidak mahu menanya kemana wang sumbangan warga Desaria dibelanjakan. Yang penting sebagai ahli kita hendak mengetahui jumlah sumbangan yang diterima, berapa bakinya dan berapa dibelanjakan. itu sahaja.!!!
Ahli wanita yang duduk dibarisan hadapan saya mengungut dan memberitahu saya bahawa mereka menyumbang sebanyak RM50.00 sebulan dan TERKILAN jumlah sumbangan yang dikutip TIDAK dilaporkan. Saya menyuruh mereka kemukakan; tetapi mereka agak takut lalu meminta saya kemukakan. Salahkah saya bertanya.
Wahai ahli ahli Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria yang dimuliakan; renungkanlah apa yang berlaku disekeliling kita. Jangan hanya benci atau marah kepada saya maka melenting dan mencerca. Jangan baling batu sembunyi tangan. Jangan kita membaling batu ke rumah orang jika kita juga tinggal di dalam rumah kaca.
Apa yang saya cakap dan tulis adalah mengikut maklum balas diterima dari Warga Desaria.
Mengenai taklimat dan penubuhan Komuniti Rukun Tetangga akan saya bicara di lain masa.
01 April 2010
RUKUN TETANGGA
Selaras dengan pelulusan usul penubuhan RT itu, satu majlis taklimat kedua ( yang rasmi) akan di adakan seperti berikut
Tempat : Kawasan Jalan berhadapan Surau Desaria Nilai
Tarikh: 11 April 2010
Hari : Ahad
Waktu : Jam 2.30 petang
Semua warga Desaria yang berumur 18 tahun ke atas adalah dijemput hadir termasuk yang telah hadir di majlis taklimat yang pertama dahulu.
Diharapkan dari sini segala kekalutan, kekusutan dan ketidakpuasan hati yang timbul dari isu penubuhan RT ini dapat di redakan.
Mungkin sebelum ke taklimat tersebut, kita bekalkan diri kita dengan serba sedikit maklumat tentang Rukun Tetangga supaya apabila kita berhujjah, hujjah kita disokong oleh fakta yang telah termaktub dan bukan sekadar hujjah yang ditegakkan berdasar hearsay ataupun emosi sahaja.
Maklumat boleh dibaca di sini.
30 March 2010
FASAL 4
Fasal 4 adalah merupakan tujuan ataupun matlamat penubuhan persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria Nilai.
Apakah 4 matlamat utama tersebut?
Yang pertama: Memupuk semangat dan sikap tolong menolong di antara ahli – ahli / penduduk dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
Yang kedua : Memupuk dan menanam semangat perpaduan di antara ahli-ahli/ penduduk berbilang kaum dan agama melalui aktiviti sukan, sosial dan kebudayaan
Yang ketiga: Memajukan semua aspek kekeluargaan dan kemasyarakatan dari segi
1. Pendidikan kanak-kanak
2. Kegiatan Surirumahtangga
3. Kebudayaan dan sosial
4. Kesukanan
Yang keempat : Membantu pihak berkuasa melindungi kepentingan penghuni mengenai hartabenda persendirian dan kepentingan bersama
Di sini saya ingin kaitkan antara matlamat penubuhan Persatuan dan aktiviti aktiviti yang dijalankan oleh persatuan serta pengkelasan aktiviti tersebut samaada ia layak di panggil aktiviti persatuan ataupun tidak.
Sekiranya dibaca dengan teliti, persatuan sama sekali tidak pernah mengeksklusifkan matlamat penubuhannya ini hanya untuk ahli ahli persatuan sahaja sebaliknya ia turut melibatkan penduduk yang lain secara amnya. Ini jelas tertulis di dalam fasal 4.1 dan 4.2, di mana perkataan penduduk telah diguna pakai dan kalau mengikut takrifan wikipedia, penduduk adalah orang yang tingggal di kawasan berkenaan.
Sepertimana juga didalam Fasal 4.3, kepentingan penghuni dan kepentingan bersama telah diguna pakai tanpa merujuk langsung kepada kepentingan ahli persatuan sahaja.
Oleh yang demikian adalah kurang tepat sekiranya sebarang aktiviti yang di terajui atau di gembeling oleh persatuan tidak diambil kira sepenuhnya sebagai aktiviti persatuan hanya kerana ia melibatkan penduduk lain yang bukan ahli.
Yang sewajarnya di beri perhatian adalah bagaimana untuk membezakan antara penyertaan ahli persatuan dan bukan ahli persatuan dalam setiap aktiviti tersebut supaya ahli persatuan dapat menikmati keistimewaan dan faedahnya menjadi ahli.
Ini jugalah yang telah disuarakan oleh ahil ahli pada sesi ucapan penangguhan dalam AGM baru lalu. .
Kesimpulannya yang boleh saya buat di sini ialah ,
1. FASAL 4 adalah intipati penubuhan persatuan penduduk kita dan sewajarnya kita sebagai ahli persatuan memahami dan menghayati apakah maksud sebenar Fasal 4 itu.
2.Ahli Ahli perlu menyertai dan memberi seratus peratus sokongan terhadap usaha2 yang dijalankan oleh Jawatankuasa yang kita pilih yang menjurus kearah pencapaian matlamat tersebut.
3.Fasal 4 juga secara langsung turut menggabungkan penduduk2 Desaria yang bukan ahli dengan ahli melalui aktiviti2 tersebut. Jadi tidak sepatutnya lagi timbul persoalan aktiviti persatuan hanya untuk ahli2 persatuan sahaja.
nota: ini adalah tafsiran peribadi penulis tentang Fasal4 undang-undang Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria Nilai dan tergerak untuk menyentuh topik ini berdasarkan perkembangan semasa ketika mesyuarat tahunan yang baru berlalu. Sebarang ulasan dan tafsiran yang berbeza adalah di alu-alukan dan dapat dijadikan panduan Jawatankuasa dalam mengelolakan perjalanan persatuan.
28 March 2010
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 6
Telah berlangsung pada 28 Mach 2010, di bangunan tambahan Surau Desaria , Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria kali ke 6.
Kehadiran adalah seramai lebih kurang 60 orang Ahli dan mesyuarat berlangsung dari jam 2.30 ptg hingga jam 5.30 ptg.
Pada kali ini kelihatan ramai muka baru dan masing2 kelihatan bersemangat untuk mengikuti bagaimana mesyuarat persatuan berlangsung.
Laporan2 pada amnya di terima sebulat suara . Pembentangan kewangan persatuan memakan sedikit masa apabila ada ahli yang menyuarakan pandangan masing2 tentang bentuk laporan yang mereka perlukan.
2 usul juga dikemukakan iaitu penubuhan koperasi dan juga penubuhan rukun tetangga.
Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa penubuhan koperasi dan Rukun tetangga akan di bawa kemesyuarat berasingan dimana untuk rukun Tetangga, satu taklimat khas akan di adakan pada 11 April 2010 di tempat yang sama.
Sesi jamuan pula sangat fantastik di mana Sate disediakan untuk semua.
Tahniah kepada AJK dan anggaplah semua luahan pendapat oleh ahli2 itu adalah untuk membantu perjalanan pengurusan persatuan sendiri dan di situlah sebenarnya platform yang paling tepat untuk mengemukan segala pandangan x kira positif ataupun negatif.
Kepada yang hadir tahniah juga diucapkan kerana telah menunaikan tanggungjawab tuan2 dan puan2.
Moga2 di tahun hadapan, kehadiran akan lebih ramai dari kali ini.
gambar2 selanjutnya juga boleh di layari di sini.
22 March 2010
TINJAUAN - APA PENDAPAT SAUDARA
21 March 2010
MAKLUMAN
Ahli2 persatuan yang mana anak2 masing masing telah menduduki peperiksaan UPSR , PMR dan SPM serta STPM pada tahun 2009 serta mendapat kelulusan cemerlang ie 5A, utk upsr, 8 A utk PMR , 9 A utk SPM dan sebagainya sila maklumkan kepada AJK atau maklumkan di blog ini untuk urusan hadiah kecemerlangan PPKD.
Jiran2 yang ada maklumat berkaitan juga adalah digalakkan untuk memaklumkan persatuan.
17,303 anak luar nikah Melayu sepanjang 2009
Berita lanjut di sini
15 March 2010
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK DAN KEBAJIKAN DESARIA
Tarikh : 28 March 2010
Hari : Ahad
Jam : 2.30 petang.
Tempat : Bangunan Tambahan Surau Desaria
Mengikut surat notis mesyuarat, segala usul yang ingin di bentangkan boleh dicadangkan dengan mengisi borang yang disertakan dan di pulangkan selewatnya 14 March 2010. Tapi saya suka mencadangkan kepada AJK persatuan agar tarikh ini dilanjutkan lagi selama 7 hari .
Tahun ini tiada pemilihan dijalankan jadi kepada semua ahli, pastikan yuran telah di lunaskan untuk melayakkan diri menghadiri mesyuarat dan tandakan hari tersebut didalam diari tuan puan.
Gunakanlah platform ini untuk meluahkan segala rasa tidak puas hati, memberi cadangan untuk menambah baik persatuan atau untuk memberi idea bagi memantapkan lagi pengurusa persatuan.
nota: Setiausaha PPDK Desaria telah memaklumkan tarikh akhir menghantar borang usul adalah 21 Mac 2010 maknanya selewat-lewatnya jam 11. 59 malam.
tambahan : kepada yang berminat untuk menjadi ahli persatuan penduduk dan kebajikan desaria nilai, sila download borang di sini dan hantar ke mana2 AJK atau ketua jalan.
07 March 2010
ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
Sebagai sebuah Syarikat dan pemilik kilang yang semakin berkembang, MNA telah memilih Taman Desaria sebagai tempat untuk menjalankan tanggungjawab sosial mereka. Dalam majlis ringkas petang tadi,di perkarangan Surau Desaria, Syarikat MNA yang diwakili oleh pengerusinya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah bermurah hati untuk membuat sumbangan bulanan ke Surau Desaria serta turut membuat sumbangan peribadi untuk projek pembesaran surau Desaria.
Di samping itu satu perlawanan persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring turut di adakan setelah majlis penyampaian sumbangan Jersi kepada skuad bola sepak dan Bola Jaring Desaria. Hadiah berupa medal turut disumbang oleh sebuah syarikat pengusah kayu jati untuk sama2 memeriahkan perlawanan tersebut.
Keputusannya :
Bola Sepak ; MNAFC 5: Desaria 0
Bola Jaring ; Desaria 9 : MNA 5
Warga Desaria dan ahli Qariah Surau Desaria mengucapkan ribuan terimakasih di atas sumbangan tersebut semoga syarikat ini akan menjadi lebih maju dan diberkati Allah.
RUKUN TETANGGA DAN KERUKUNAN TETANGGA
Walaupun telah dimaklumkan secara tak rasmi tentang majlis taklimat tersebut, Saya cuma dapat membaca flyer tentang taklimat tersebut yang di temui setelah pulang dari kampung petang tadi dan seperti yang saya jangka , ia akan menjadi satu isu hangat di Desaria untuk beberapa hari akan datang.
Pada pandangan peribadi saya penubuhan rukun tetangga secara rasmi adalah satu usaha yang amat baik dan saya amat mengalu - alukan sesuatu yang membawa manfaat untuk semua. Saya menjangka dan mengharapkan pihak yang ingin menubuhkan Rukun Tetangga ini berniat ikhlas iaitu untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan di Desaria ini.
Juga pendokong-pendokong penubuhan RT in sudah semestinya mereka yang turut sama dengan Anggota Ronda Malam Desaria yang secara suka walaupun tak rela turun meronda mengikut jadual yang telah di susun oleh Biro Keselamatan Persatuan Penduduk.
Adalah sesuatu yang amat sinikal sekiranya ahli rukun tetangga yang bakal ditubuhkan di Desaria ini di anggotai oleh mereka yang tidak pernah turun meronda sebelum ini ataupun tidak pernah menunjukkan sikap prihatin terhadap keselamatan Desaria secara amnya.
Beberapa perkara perlu dihalusi dalam isu ini.
1. Sama ada wajar atau tidak penubuhan RT ini dilakukan dengan membelakangkan Persatuan penduduk.
2 samada akan berlaku konflik antara Persatuan dan RT terutama dalam skop kawalan keselamatan.
3. Sama ada penubuhan RT ini akan berjaya mengeratkan lagi semangat kejiranan dan kemuafakatan di kalangan penduduk Desaria.
4. Jika penubuhan RT ini adalah semata2 sebagai protes terhadap biro keselamatan, mungkin sesuatu boleh dilakukan untuk menambah baik tata perjalanan dan pengurusan biro keselamatan itu sendiri.
Saya jangka ramai yang ingin memberi pandangan dan pendapat seperti mana yang telah ditulis oleh seorang warga Desaria kita di sini. Tetapi saya menyeru supaya ketepikan emosi apabila memberikan pendapat atau pandangan dan jauhi sama sekali kata2 yang bersifat personal dan menghentam personaliti.
Dan juga keikhlasan dan sifat bertanggungjawab akan lebih terserlah sekiranya penyumbang komen tidak berselindung di sebalik anoynimosity.
02 March 2010
SELINGAN- COMBI
26 February 2010
SALAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN RASULALLAH (saw)
Untuk kali ke 3 Desaria telah bekerjasama dengan ABIM NILAI /MANTIN untuk memberi peluang kepada sekalian warga Desaria bersama sama bersalawat ke atas junjungan Rasulallah (saw) dan semoga apa yang telah kita lakukan diberkati Allah.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.
Lawati rakaman2 menarik sekitar sambutan Maulidur Rasul di Desaria di sini
25 February 2010
SEKITAR PELANCARAN PROGRAM COMBI DI DESARIA
Rakaman terima kasih dari Biro Hawa kepada penglibatan semua di Sini serta gambar gambar menarik sekitar hari pelancaran dan akticiti gotong royong boleh dilihat di blog DESARIA DESAKU YANG SEMAKIN MERIAH juga di blog NORISH.
Sekiranya ada lag blog2 warga desaria lain yang membuat liputan program, sila malumkan kepada penulis untuk di link kan.
17 February 2010
APA ITU PROGRAM COMBI
Kita bercerita tentang program COMBI yang akan dilancarkan di Desaria pada hari Ahad ini.
Di sini saya tuliskan semula secara ringkas apa itu COMBI agar kita mendapat pengetahuan asas tentang makna, dan matlamat program tersebut.
COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact . Program yang di asaskan oleh WHO dan dilaksanakan di sini oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
Objektif nya adalah seperti berikut:
1. Untuk mengubah dan mengamalkan tingkah laku baru yang telah diperkenalkan
2. Untuk Mengurangkan kejadian penyakit Demam Denggi
3. Untuk Mempertingkatkan usahasama dalam mencegah dan mengawal penyakit Demam Denggi.
Seterusnya Penilaian akan dilakukan terhadap program COMBI ini dimana perkara berikut akan di nilai
Pengetahuan mengenai
1. Penyakit Denggi
2. Kitaran hidup Nyamuk Aedes
3. Penguatkuasaaan undang2
Sikap
1. Terhadap tempat pembiakan nyamuk
2. Terhadap pembersihan tempat simpanan air
3. Terhadap penggunaan ubat jentik2
4. Terhadap semburan kabus
Amalan
1. Pemeriksaan rumah seminggu sekali
2. Membersih dan menutup tempat simpanan air
3. Menghubungi pihak berkenaan jika terdapat rumah kosong atau tempat yang berpotensi membiakkan nyamuk aedes ( sikap pro aktif)
4. Membersih bekas bekas yang boleh menakung air dan membuang ditempat pembuangan buangan sampah
Inilah secara ringkas, program COMBI yang akan berlangsung.
Kejayaan program ini amat bergantung erat kepada penglibatan semua tanpa mengira peringkat umur ,jantina , status kewarganegaraan , status pemilikan rumah dan lain-lainnya.
Untuk artikel penuh, layari garis panduan perlaksanaan program combi KKM di sini.
Juga beberapa web site yang boleh dilayari antaranya tentang denggi dan aedes dan juga forum forum yang berkaitan.
10 February 2010
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Program tentatif pada hari tersebut adalah seperti berikut:
- Perhimpunan di perkarangan Surau Desaria pada mulai jam 7.30 pagi
- Perarakan yang akan di sertai oleh anak-anak dari semua cawangan TASKI ABIM NILAI MANTIN dan mungkin juga anak2 dari Tadika di Desaria. Laluan akan melibatkan Jalan Desaria 18, 19, 20 dan 21 serta Persiaran Desaria 2. Mulai jam 8 pagi
- Persembahan anak2 TASKI mulai jam 9.00
- Tazkirah oleh penceramah undangan mulai jam 9.45
- Persembahan penutup oleh anak2 TASKI
- Jamuan ringan - take away. dan bersurai jam 12 tghari
Semua warga Desaria dijemput hadir .
" Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah "
PROGRAM COMBI
TARIKH : 21 FEBRUARI 2010 HARI AHAD
WAKTU & ACARA :
MULAI JAM 8 PAGI - MEMBERSIH KAWASAN SEKITAR RUMAH MASING2
JAM 11 PAGI - BERKUMPUL DI SURAU DESARIA UNTUK MAJLIS
PELANCARAN PROGRAM COMBI OLEH WAKIL PEJABAT KESIHATAN
SEREMBAN.
MATLAMAT NYA CUMA SATU, UNTUK MENJADIKAN DESARIA LEBIH BERSIH, DAN BEBAS DARI WABAK DENGGI.
LUANGKAN LAH SEDIKIT MASA TUAN TUAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA
18 January 2010
CIEESSS!!!! MEREKA MENCABAR KITA NAMPAKNYA!!!
Mereka telah menjadi teramat berani sehingga pusat kawalan desaria kita dicerobohi. Ini boleh di umpamakan macam Pentagon di Bom musuh!!!
Wahai semua warga Desaria? Tak kan nak dok sengap aje kut? . Abiss semua dalam security bit tu di sapu tu. Biskut kering aje yang tinggal.
06 January 2010
Selamat Tahun Baru
Biro keselamatan nampaknya telah meraikan tahun baru 2010 dengan membantu pihak polis mengurangkan salah satu anasir- anasir yang tak dikehendaki dengan tertangkapnya seorang warga asing baru baru ini ( berita disini ) kerana disyaki cuba memecah masuk ke sebuah rumah.
Sehubungan dengan juga itu Encik Sufian selaku Pengerusi Biro Keselamatan Persatuan Penduduk turut melahirkan rasa terkilan beliau dengan sikap warga tempatan Desaria yang di katakan tidak membantu untuk membanteras kejadian seumpama yang berlaku diatas.
Menurut beliau, diantara nya ialah memandang remeh kes kecurian kecil -kecilan seperti kehilangan basikal dan sebagainya. Banyak kes seperti ini yang sampai ke pengetahuan beliau dan basikal-basikal yang telah di curi juga telah di lihat ditunggangi oleh warga2 asing di sini.
Sebenarnya jika kes -kes seperti ini di laporkan kepada biro keselamatan, Encik Sufian memberi jaminan bahawa tindakan susulan akan di lakukan oleh biro beliau umpamanya menyoal siasat pemilik basikal curi tersebut seterusnya mencari penjual yang berkemungkinan besar adalah pencuri nya.
Jadi warga desaria, jom kita beri kerjasama kepada En Sufian and the gang dengan memberikan maklumat maklumat yang akan secara langsung membolehkan beliau menjalankan soal siasat sendiri.
Satu soalan Cepu Mas kepada Cik Pian kita: Adakah aduan dari warga Desaria yang bukan ARMD akan di layan? .