Satu majlis taklimat tentang penubuhan Rukun Tetangga telah di adakan pada malam semalam 6 Mac 2010.
Walaupun telah dimaklumkan secara tak rasmi tentang majlis taklimat tersebut, Saya cuma dapat membaca flyer tentang taklimat tersebut yang di temui setelah pulang dari kampung petang tadi dan seperti yang saya jangka , ia akan menjadi satu isu hangat di Desaria untuk beberapa hari akan datang.
Pada pandangan peribadi saya penubuhan rukun tetangga secara rasmi adalah satu usaha yang amat baik dan saya amat mengalu - alukan sesuatu yang membawa manfaat untuk semua. Saya menjangka dan mengharapkan pihak yang ingin menubuhkan Rukun Tetangga ini berniat ikhlas iaitu untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan di Desaria ini.
Juga pendokong-pendokong penubuhan RT in sudah semestinya mereka yang turut sama dengan Anggota Ronda Malam Desaria yang secara suka walaupun tak rela turun meronda mengikut jadual yang telah di susun oleh Biro Keselamatan Persatuan Penduduk.
Adalah sesuatu yang amat sinikal sekiranya ahli rukun tetangga yang bakal ditubuhkan di Desaria ini di anggotai oleh mereka yang tidak pernah turun meronda sebelum ini ataupun tidak pernah menunjukkan sikap prihatin terhadap keselamatan Desaria secara amnya.
Beberapa perkara perlu dihalusi dalam isu ini.
1. Sama ada wajar atau tidak penubuhan RT ini dilakukan dengan membelakangkan Persatuan penduduk.
2 samada akan berlaku konflik antara Persatuan dan RT terutama dalam skop kawalan keselamatan.
3. Sama ada penubuhan RT ini akan berjaya mengeratkan lagi semangat kejiranan dan kemuafakatan di kalangan penduduk Desaria.
4. Jika penubuhan RT ini adalah semata2 sebagai protes terhadap biro keselamatan, mungkin sesuatu boleh dilakukan untuk menambah baik tata perjalanan dan pengurusan biro keselamatan itu sendiri.
Saya jangka ramai yang ingin memberi pandangan dan pendapat seperti mana yang telah ditulis oleh seorang warga Desaria kita di sini. Tetapi saya menyeru supaya ketepikan emosi apabila memberikan pendapat atau pandangan dan jauhi sama sekali kata2 yang bersifat personal dan menghentam personaliti.
Dan juga keikhlasan dan sifat bertanggungjawab akan lebih terserlah sekiranya penyumbang komen tidak berselindung di sebalik anoynimosity.