Selaras dengan perlembagaan Persatuan penduduk dan kebajikan desaria Nilai, satu mesyuarat agung akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 28 March 2010
Hari : Ahad
Jam : 2.30 petang.
Tempat : Bangunan Tambahan Surau Desaria
Mengikut surat notis mesyuarat, segala usul yang ingin di bentangkan boleh dicadangkan dengan mengisi borang yang disertakan dan di pulangkan selewatnya 14 March 2010. Tapi saya suka mencadangkan kepada AJK persatuan agar tarikh ini dilanjutkan lagi selama 7 hari .
Tahun ini tiada pemilihan dijalankan jadi kepada semua ahli, pastikan yuran telah di lunaskan untuk melayakkan diri menghadiri mesyuarat dan tandakan hari tersebut didalam diari tuan puan.
Gunakanlah platform ini untuk meluahkan segala rasa tidak puas hati, memberi cadangan untuk menambah baik persatuan atau untuk memberi idea bagi memantapkan lagi pengurusa persatuan.
nota: Setiausaha PPDK Desaria telah memaklumkan tarikh akhir menghantar borang usul adalah 21 Mac 2010 maknanya selewat-lewatnya jam 11. 59 malam.
tambahan : kepada yang berminat untuk menjadi ahli persatuan penduduk dan kebajikan desaria nilai, sila download borang di sini dan hantar ke mana2 AJK atau ketua jalan.