ALHAMDULILLAH.Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita akan bersua di majlis taklimat dan penubuhan Komuniti Rukun Tetangga Taman Desaria pada petang 11 April 2010.InsyaAllah.
Pembuka kata di atas tentu membuat warga Desaria terpingga-pingga. Mengapa tidak! Taklimat pertama telah dibantah oleh Persatuan atas alasan ramai tidak mengetahui akan taklimat lalu. Betul ke??? Atau sengaja mereka cipta alasan kerana situasi Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria tersepit. Di luah mati emak ditelan mati bapak. Buktinya - Biar saya telan dahulu bukti-buktinya. Akan diluahkan di ketika lain. Sebab kami tidak gila kuasa. Siapa yang gila kuasa ...
Pendapat peribadi saya terdapat hikmah yang tersirat dibelakang bantahan Persatuan. Sebelum saya kemukakan apa yang dikatakan hikmah tersebut, izinkan saya memberi sedikit penerangan mengenai cadangan mengwujudkan Komuniti Rukun Tetangga.
Pada tahun 2005, saya bersama-sama dengan Kol (B) Chia telah ke Pejabat Perpaduan dan Intergrasi Nasional dan juga ke Pejabat KEMAS di Seremban. Tujuan kami ke sana kerana ingin menubuh Rukun Tetangga dan Kelas KEMAS di Desaria. Penolong pengarah rukun tetangga telah menolong menaipkan surat permohonan untuk menubuhkan Rukun Tetangga dan ditandatangani oleh saya.
Perkara ini telah saya bawa ke mesyuarat AJk Persatuan serta menerangkan pro dan kontra mengwujudkan Rukun Tetangga. Selepas diberi penerangan kepada AJk; kebanyakkan AJK berpendapat jika diwujudkan Komuniti Rukun Tetangga di Desaria maka kewujudan serta perkembangan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria akan tergugat. Antara rasional yang diberikan ialah:
1. Apabila Rukun Tetangga diwartakan, maka secara otomatik semua warga Desaria menjadi ahli Komuniti Rukun Tetangga. Tiada yuran pendaftaran atau bulanan. Sedangkan untuk menjadi ahli Persatuan, seseorang itu WAJIB mengisi borang memohon menjadi ahli Persatuan dan melunaskan yuran pendaftaran dan yuran bulanan. Permohonan menjadi ahli persatuan tertakluk kepada kelulusan AJK Persatuan.
Fasal ini dengan sendirinya akan membantutkan pertambahan keahlian Persatuan; tambahan pula keahlian Persatuan menetapkan seseorang itu mesti berusia 18 ke atas.
2. Di kalangan AJK pada masa itu berpendapat Komuniti Rukun Tetangga dan Kelas KEMAS adalah medium propaganda UMNO.
3. Keputusan AJK pada mesyuarat tersebut ialah, AJK PERSATUAN TIDAK BOLEH MENGUSULKAN PENUBUHAN KOMUNITI RUKUN TETANGGA, TETAPI PIHAK PERSATUAN TIADA BANTAHAN DAN AKAN MEMBERI SOKONGAN JIKA ADA WARGA DESARIA YANG BERHASRAT MENUBUHKANNYA.
4. Selaku YDP pada masa itu saya akur dengan keputusan Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria walaupun usul tersebut datangnya dari saya sendiri.
5. Perkara menwujudkan Komuniti Rukun Tetangga dibangkitkan sekali lagi semasa Mesyuarat Agung Persatuan. Selaku Pengerusi mesyuarat, saya menerangkan akan keputusan AJK tentang implikasi penubuhan Komuniti Rukun Tetangga dan TIDAk menegah jika sesiapa berhajat untuk menubuhkannya.
6. Pada mesyuarat AJK 13 Mei 2007 jam 3 petang sessi 2007/2008, perkara menubuhkan Komuniti Rukun Tetangga dibincang semula. Kali ini Encik Shargawi bin Shuib sebagai Ketua Biro Keselamatan membawa usul untuk menubuhkan Komuniti Rukun Tetangga dan RELA di dalam mesyuarat AJK. Selain itu beliau juga mencadangkan agar Persatuan mengambil insuran untuk melindungi ahli-ahli yang turun meronda. Keputusan AJK pada ketika itu ialah: Insuran - Persatuan pada dasarnya bersetuju tetapi ingin mengetahui berapa kos premium yang harus dibiayai oleh Persatuan. Mengenai Komuniti Rukun Tetangga dan RELA, keputusanya sebagaimana di 3 (diatas).
Antara AJK yang hadir pada mesyuarat itu ialah,Abd Zaman Abdullah (NYDP), Mohd Rosli Alias (SU), puan Azizah (P/SU), Mohd Nasaruddin (Bendahari), Mohd Yusof bin Said(P/Bendahari), Mohd Nor Akmal(AJK), Mohd Azuddin(AJK), Mohd Sufian Abd Rahman (AJK), Shargawi Shuib(AJK), Yaakob Abd Rahman (AJK), Narul Hiza(AJK), Pn Kamilah mohd Noor(AJK). Tidak hadir Puan Marilah Yahya.
Minit mesyuarat 13 Mei 2007 diterima dan disahkan pada 12 Ogos 2007. Tiada sebarang bantahan.
CHECKMATE ???
Pihak AJK Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria sessi 2009/2010 sebenarnya berada di dalam situasi tersepit. kenapa tersepit?
1. Kewujudan/penubuhan Komuniti Rukun Tetangga akan menjadi tamparan kepada Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.
2.Menyedari situasi ini, pihak Persatuan membuat bantahan ke Pejabat Perpaduan & Intergrasi Nasional pada 09 Mac 2010, dengan memberi alasan ramai penduduk Desaria tidak mengetahui akan taklimat penubuhan Komuniti Rukun Tetangga pada 06 Mac 2010.
3.YDP membawa usul menubuhkan Komuniti Rukun Tetangga di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria pada 28 Mac 2010; selepas kami mangadakan taklimat. Apa mereka buat selama ini... Difahamkan mereka berbincang sejak Mei 2009 lagi tetapi tiada hasil. N A T O
4. Sepatutnya, YDP menghantar bantahan untuk mengwujudkan Komuniti Rukun Tetangga atas sebab, terdapat atau sudah wujud Persatuan pendduk & Kebajikan Desaria yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sejak 2004.Jika beliau membawa usul sebegini, saya pasti semua ahli yang hadir akan menyokong usul membantah penubuhan Komuniti Rukun Tetangga dengan sepenuh hati. Usul ini akan memberi erti bahawa YDP betul-betul menegak PANJI Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.
5.Satu lagi andaian mengapa Persatuan membuat bantahan ialah kerana mendapat tahu bahawa Komuniti Rukun Tetangga akan diberi grant dari pihak kerajaan. Jumlahnya hanya RM400 sebulan untuk segala kegiatan Komuniti Rukun Tetangga dan BUKAN KHUSUS untuk meronda. "Sumbangan" dari warga Desaria ke Tabung Ahli Ronda Malam Desaria yang dikelolakan oleh Ketua Biro Keselamatan jumlahnya lebih memberangsangkan. Secara rawak kutipan berupa "sumbangan" yang diterima dari Jalan Desaria 15 sahaja di anggarkan antara RM100 hingga RM150 sebulan. Tidak termasuk kutipan sumbangan dari kedai di sekitar Desaria dan juga di Nilai 3.
6. Semua ahli AJK Komuniti rukun tetangga akan diberi kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Begitu juga kepada semua yang mengikuti Skim Rondaan Sukarela. mereka yang meronda akan dilindungi insurans. Ini memberi tamparan kepada Persatuan dan Ketua Biro Keselamatan. Contoh: duit "sumbangan" yang diterima diberi sedikit imbuhan kepada ahli yang meronda seperti duit minyak motor dan sebagainya.
Kenapa kami ingin mengwujudkan Komuniti Rukun Tetangga di Desaria.
1. Perjalanan persatuan agak tempang akhir-akhir ini. Contoh Ketua-ketua biro diberi kebenaran memungut sebarang bentuan bantuan dan sumbangan dan TIDAK perlu diserahkan kepada Bendahari Persatuan.
2. Biro Keselamatan segregate penduduk Desaria.
3.Persatuan Penduduk langsung tidak ambil peduli kebajikan pendidikan anak-anak Desaria dengan TIDAK mengadakan biro pendidikan.
4. Dengan wujudnya Komuniti Rukun Tetangga, beberapa biro seperti pendidikan, biro remaja, biro agama dan sebagainya boleh diadakan.
5. Meronda bukan tujuan utama di wujudkan Komuniti Rukun Tetangga. Meronda hanya diwujudkan di bawah Skim Rondaan Sukarela (SKS). Tetapi jika kita turun meronda kita akan dilindungi insurans dan diberi kad kuasa.
6. Kami ingin mendapatkan manfaat yang disediakan oleh pihak berkuasa demi kepentingan warga Desaria dan anak cucu kita.
7. Kami tidak perlu mendapat kebenaran Persatuan untuk menubuhkan Komuniti Rukun tetangga kerana:
a. Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria TIDAK mewakili suara warga Desariakeseluruhanya. Sebab keahlian Persatuan cuma seramai 284 ahli sahaja pada 31 Disember 2009.(Rujuk minit mesyarat AGM ke 6) Sedangkan anggaran jumlah penduduk Desaria seramai 5000 temasuk warga asing. Justeru Persatuan hanya mewakili 17% keseluruhan penduduk Warga Desaria. Suara Persatuan hanya akan dikira sebagai suara taman jika Persatuan mewakili 85% dari jumlah penduduk. Ada orang akan bangkit kenapa diambil kira warga asing? jawabnya ; Perlembagaan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria mengadakan Fasal khusus untuk menerima warga asing menjadi ahli. Baca perlembagaan. Jangan terima perlembagaan dan bawa balik rumah suruh anak-anak buat roket atau jual surat khabar lamaaaaaaa. Penat Sdr Khairul (SU pertama) dan Rosli (SU Kedua) mengedar perlembagaan Persatuan. Usaha dan keringat mereka disia-siakan. Lepas tu tulis dalam blok minta Perlembagaan. Sekali lagi Melayu mudah lupa.
b. saya berpegang kepada keputusan mesyuarat AJK yang lalu. Selagi minit tersebut tidak dimansuhkan, maka selagi itu keputusan itu dipakai.
HIKMAH
Hikmah disebalik bantahan oleh Persatuan ialah "jika apa terjadi kepada Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria, maka kami seramai 24 orang yang hadir pada taklimat terdahulu tidak dipertanggungjawabkan." Beban dan tanggungjawab dari segala iplikasi penubuhan Komuniti Rukun TetanggaDesaria kini telah dipindahkan kepada Persatuan penduduk & Kebajikan Desaria.
RENUNGAN
Petikan Penyata Kewangan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria berakhir 31 Disember 2009, terdapat:
a. 284 orang ahli berdaftar(142 ahli jika diambil kira mereka prabayar selama sebulan sahaja)
b.Yuran terakru sebanyak RM8,156.00
c. Yuran pra bayar RM382.00
d. (b) - (c) = RMRM7,774.00
Dari angka yang dilaporkan maka setiap ahli yang berdaftar secara purata berhutang sebanyak RM27.37 kepada Persatuan. RM27.37 bersamaan dengan 14 bulan yuran bulanan.
Petikan Fasal 6 : Bayaran Pendafrataran Masuk, Yuran Bulanan dan Bayaran Lain.
Fasal 6.5 - Ahli yang membiarkan hutangnya lebih dari jumlah yuran bagi 3 bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan. Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati bahawa ahli tersebut telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
manakala Fasal 6.4 pula menyatakan "Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli pertubuhan sehingga hutangnya dijelaskan.