TERIMA KASIH kepada Saudara Nasa atas penerangan Fasal 4 Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria; yang merupakan intipati Persatuan. Semasa merangka perlembagaan Persatuan, perkataan "/penduduk" sengaja saya tekankan dan minta dicatatkan kerana segala kegiatan atau aktiviti; persatuan wajib mengambil kira semua penduduk atau semua warga Desaria sama ada warga tempatan atau warga pendatang; kecuali mendapat mandat sebaliknya daripada ahli sama ada dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas. Contoh: Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun 2007 meluluskan cadangan bahawa HANYA ANAK AHLI SAHAJA YANG PERLU DIUTAMAKAN UNTUK SEBARANG ANUGERAH ANJURAN PERSATUAN i.e Anugerah Murid Cemerlang UPSR, PMR SPM dan sebagainya.
Pada tahun tersebut juga ahli mencadang untuk membezakan antara ahli dan bukan ahli. Disini timbul insentif kepada ahli Persatuan yang mengikuti sebarang aktiviti anjuran Persatuan yang dikenakan yuran penyertaan. Ahli dan keluarganya membayar pada kadar lebih rendah dari kadar yang dibayar oleh penduduk Desaria yang bukan ahli. Contoh. Semasa Program KERIS 2008, anak ahli dikenakan yuran penyertaan jauh lebih rendah dari kadar yuran yang dibayar oleh anak penduduk bukan ahli Persatuan. Ketika itu juga kita membuka penyertaan murid yang tinggal luar dari Taman Desaria. Yuran penyertaan mereka adalah yang tertinggi dalam 3 kategori penyertaan.
Status warga pendatang diterangkan begitu jelas dalam Fasal Jenis Keahlian Persatuan dan dikategorikan sebagai ahli bersekutu dan mempunyai keistimewaaan yang tertentu.
Tujuan dibangkitkan Fasal 4 adalah kerana:
1. Ketua Biro Keselamatan dalam komennya terdahulu menyatakan beliau kurang arif tentang Fasal 4. Amat mendukacitakan seorang AJK mengaku kurang arif tentang perlembagaan Persatuan. Justeru, dibangkitkan fasal 4 adalah untuk mengingatkan Ketua Biro Keselamatan yang KURANG ARIF tentang tersebut. Biro Keselamatan juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan hanya mengambil peduli jika berlaku sebarang musibah keatas mereka jika mangsa tersebut merupakan ahli ronda atau rumah mereka mempunyai pelekat "Rumah DiAwasi ......." Jika mangsa bukan dari kategori ini, beliau akan menyeru mangsa tersebut pergilah buat laporan ke Biro Keselamatan Negara - Polis. Memang sah melayu mudah lupa.
Apakah yang dimaksudkan oleh Biro Keselamatan??? JELAS kenyataan beliau tidak selari dan senada serta bercanggah dengan Fasal 4???
Mengenai ada ahli yang tidak turun meronda pula, ini bukan penyakit baharu. Tanya Ketua Biro Keselamatan yang Pertama ( Encik Saamri Raflis). Tanya juga kepada Biro Keselamatan Kedua ( Encik Shargawi Shuib). Apa yang mereka hadapi atau rintangan dan kerenah yang dialami.Mereka berdua tidak membezakan antara ahli atau bukan ahli semasa meronda atau apabila sebarang bantuan diperlukan.Walaupun adakalanya mereka merunggut tetapi mereka tetap laksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas.
Kedua kerana Ketua Biro keselamatan menyatakan di dalam Mesyuarat Agung yang baru lalu bahawa dia mengaku menerima "SUMBANGAN" daripada warga Desaria. Tetapi beliau HANYA akan menunjukkan akaun tersebut kepada ahli ronda sahaja. Tidakah dia sedar apa yang dituturkan.??? Biro keselamatan diwujudkan di bawah panji Persatuan. Maka segala kutipan atau sumbangan tak rela yang diterima WAJIB dilaporkan kepada Bendahari. Bak kata penjelasan Encik Nasa bahawa aktiviti ronda adalah program persatuan.
Ketiga -Tindakan Biro Keselamatan menampal plet "AWAS RUMAH DIAWASI OLEH BIRO KESELAMATAN DESARIA" adalah langkah pertama Biro Keselamatan segregate warga Desaria. Kenapa tidak dinukil nama Persatuan???. Ia saolah-olah bukan aktiviti Persatuan.
Kepentinggan Persatuan harus di junjung dan kepentingan biro hanya digalas dan BUKAN sebaliknya.
Peliknya; terdapat sebahagian PERBELANJAAN Biro Keselamatan dibiayai oleh Persatuan; TETAPI segala pungutan olehnya tidak perlu diserahkan kepada Persatuan. Lihat laporan Kewangan Persatuan berakhir 31 Disember 2009.
Saya tidak mahu menanya kemana wang sumbangan warga Desaria dibelanjakan. Yang penting sebagai ahli kita hendak mengetahui jumlah sumbangan yang diterima, berapa bakinya dan berapa dibelanjakan. itu sahaja.!!!
Ahli wanita yang duduk dibarisan hadapan saya mengungut dan memberitahu saya bahawa mereka menyumbang sebanyak RM50.00 sebulan dan TERKILAN jumlah sumbangan yang dikutip TIDAK dilaporkan. Saya menyuruh mereka kemukakan; tetapi mereka agak takut lalu meminta saya kemukakan. Salahkah saya bertanya.
Wahai ahli ahli Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria yang dimuliakan; renungkanlah apa yang berlaku disekeliling kita. Jangan hanya benci atau marah kepada saya maka melenting dan mencerca. Jangan baling batu sembunyi tangan. Jangan kita membaling batu ke rumah orang jika kita juga tinggal di dalam rumah kaca.
Apa yang saya cakap dan tulis adalah mengikut maklum balas diterima dari Warga Desaria.
Mengenai taklimat dan penubuhan Komuniti Rukun Tetangga akan saya bicara di lain masa.