29 June 2008

STROKE - ANGIN AHMAR

Saudara kita Pak Manap (jln Desaria 21) telah diserang oleh mild stroke dan ketika ini masih dalam rawatan.

Ramai antara kita masih kurang faham apa sebenarnya stroke atau angin ahmar, dan di sini saya ingin berkonsi rencana yang dipetik dari Wikipedia mengenai angin ahmar juga doa pelindung dari terkena angin ahmar ini.

Bersama kita doakan agar Pak Manap segera pulih dan boleh melakukan aktiviti nya seperti biasa.

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.


Rencana penuh boleh di baca disini:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Angin_ahmarhttp


Manakala satu artikel lagi mengajar kita doa untuk menghindarkan diserang angin ahmar.

Sila klik disini:
http://nurjeehan.wordpress.com/2007/06/11/doa-pelindung-penawar-angin-ahmar/

27 June 2008

SEMANGAT KERJASAMA MASIH TINGGI DI DESARIA











22 Jun menjadi bukti


Hari gotong royong berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran. Hampir 70 orang peserta telah melibatkan diri.


Terima kasih dari persatuan dan pengarah projek, En. Usop jln 25 kita kepada para peserta diatas segala sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga, makanan, minuman, wang tunai ,peralatan dan mesin potong rumput, kepakaran dan serba-serbinya. Biro Hawa kerana menyediakan makanan dan minuman, Md Noor kerana merelakan lorinya digunakan untuk mengakut sampah ( persatuan belum bayar duit minyak)


Juga kepada tentera-tentera Myanmar yang dipimpin oleh Komandan Hj Husin serta kepada drebar lori En Razlan.


Semoga semangat kerjasama seperti ini akan berterusan di Desaria pada masa2 akan datang.


antara gambar2 yang sempat dirakam kan ketika aktiviti berlangsung:




RENUNGAN UNTUK SEMUA IBU BAPA

penulis telah menerima e-mail dan cerita nie buat kesekian kalinya tapi kerana cerita ini penuh dengan pengajaran terutama dalam konteks mengawal nafsu amarah dalam mendidik dan mendisiplinkan anak2, maka elok ianya di kongsi bersama sekali lagi. Pepatah Melayu ada mengatakan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"

t.kasih kpd MHS Mhs Mohamad [mhs.mohamad@yahoo.com] di atas email ini.

Selamat membaca.

Subjek: Abah bagi balik tangan Ita...

Cerita ni buat pengajaran kepada org-org yang mempunyai zuriat sendiri. Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya.....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !' 'Saya tak tahu Tuan..! ' 'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu.. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan...' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Pukullah anak anda untuk mendidik dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...."

22 June 2008

Go for a decent life

This is an excerpt from an article in today's The Star. It' s quite informative and I would like to share it with all Desarians.

Despite the tumultuous state of world affairs and skyrocketing prices, fulfilment is within reach if you simplify your life.

THE soaring price of fuel has made all of us rethink our lifestyles because it is going to hurt us if we are not prudent during this period of uncertainty.

People are discussing ways to reduce their expenditure, cut down on unnecessary purchases, and adjust their routines and lifestyle, not realising that all these challenges are actually self-made.


Our lives are meant to be simple but due to external pressures and the environment we live in, many of us have changed our lifestyles to live up to the surroundings or people around us and now find it difficult to sustain and meet the demands.
Individuals stretch themselves by taking up part-time jobs to earn extra income and doing all sorts of things to keep up with the pace of life for fear that they will be left out from society.

We are never satisfied with what we have, be it a car or house, and we always seek something we don’t have that is bigger or larger.
There is nothing wrong in improving our lifestyle but an individual should think whether the changes he or she undertakes match their ability or not.
Although there is no harm in aiming for the best but one should be practical because failure can be a difficult thing to cope with and it can affect our body, mind and spirit.
More than 70% of problems in our lives will diminish if we have simplified our lives from the start.

We are born to be free, happy and not to suffer but because of our unrealistic desires and aims, we create problems and complicate our lives unknowingly over a period of time.
If you examine the challenges you are facing currently, you will discover that ego and ambition as being among the main causes of the woes.

Our unhappiness, frustrations and setbacks surface when we tend to chase after an indefinable dream and live for the future and not the present.

read more here : http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/6/22/sundaymetro/21600012&sec=sundaymetro

20 June 2008

FAMILY DAY

Itu lah yang dirancang oleh Persatuan untuk aktiviti akan datang. Tapi, ini adalah khas untuk AHLI PERSATUAN PENDUDUK DAN KEBAJIKAN DESARIA serta keluarga masing2 sahaja.

Sapa 2 yang banyak buah fikiran, sudi2 lah meluangkan masa untuk duduk dalam AJK Kerja untuk menjayakan aktiviti ni.


Ini adalah jemputan ikhlas dari Persatuan.Sebabnya persatuan merasakan perlu mempunyai lebih banyak input dan tenaga kerja untuk menjayakan aktiviti tu.

Sapa2 yang berminat dan serta sanggup meluangkan masa untuk menjadi AJK sambutan hari keluarga Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria, silalah hubungi SU kita En. Rosli atau bagi nama semasa hari gotong royong Ahad ini.

18 June 2008

TIMO KASEY AJOLAH MPN....







Elok bona la tuh. Esok sambung kek pesiaran Desaria 1 pulak yeh....

15 June 2008

GOTONG ROYONG







JOM...

Ramai2 kita clearkan pemandangan yang menyakitkan mata dan menyakitkan hati ini.

Pada 22 june ini sama2 kita turun bergotong royong membersihkan apa yang patut.
bawalah apa2 yang ada seperti berikut:

1. Mesen potong rumput
2. cangkul besar, yang kecik tu simpan ajelah kat mana yang patut.
3. Pongkis
4. Kereta sorong
5. Tong sembur racun rumput
6. Berpakaian yang sesuai dengan topi dan sarung tangan skali
.



BERIKUT ADALAH MAKLUMAT LANJUT:

TARIKH : 22 JUNE 2008

TEMpAT BERKUMPUL : SURAU DESARIA

MASA : JAM 8.00 PAGI

KAWASAN TERLIBAT : PESIARAN DESARIA 1, PESIARAN DESARIA 2, DAN PESIARAN PERINDUSTRIAN.

SILA DATANG BERAMAI RAMAI>

GAMBAR KERIS SIRI 3













Inilah antara gambar2 yang sempat dipostkan. gambar2 ini dirakam ketika program curahan kasih dan majlis penyerahan anak kepada ibu bapa serta penyampaian sijil kepada peserta. Moga2 Program Keris yang lalu telah dapat memberi sedikit kesedaran kepada anak2 dan juga ibubapa yang terlibat.

14 June 2008

Akan datang ! Koleksi gambar aktiviti Keris siri 3

Khas untuk En Pian.

BAHAYA FITNAH

Atas permintaan, saya postkan satu artikel tentang tajuk di atas . Tujuan nya cuma satu. Supaya kita sama2 merenung dan melihat semula apa2 yang telah kita tulis sama ada secara sengaja atau tidak dan kesan dari tulisan kita terhadap individu yang disentuh dalam tulisan2 kita.

Saya juga memohon maaf kiranya tulisan2 saya yang lalu termasuk dalam kategori fitnah atau telah mengganggu emosi para pembaca warga desaria sekalian.

Kredit kepada penulis asalartikel ini dan ia boleh di baca dengan mengklik pada link di bawah:

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah `suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah atau `namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

artikel lanjut disini: http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/message/9674

semoga kita semua mendapat manfaat.

12 June 2008

AWASI PENUTUP LONGKANG ANDA!!!!

Pencuri penutup longkang besi dihadapan rumah kembali bermaharajalela sekarang. Menurut En. Azuddin, pada 11 jun lalu penutup longkang keluli di lebih kurang 6 buah rumah di Jalan Desaria 10 telah dicuri oleh Mala'on mana tah. Jadi biasakanlah buka lampu porch anda agar kawasan hadapan rumah menjadi terang. Sekurang2nya ini boleh menjauhkan rumah anda dari menjadi idaman pencuri2 tersebut.

10 June 2008

MPN ON LINE

Check this out.

http://58.26.111.2/online/form/frame/main.php

A commendable effort by Majlis Perbandaran Nilai and to all Desarians !!! What are you waiting for? Lets pour in your complaints and grouses here and see whether this on-line service is really effective or not.

PERANAN BAPA SEMAKIN MENCABAR

Berikut adalah intipati petikan dari rencana yang di tulis oleh Lokman bin Ismail .
lihat link.http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PERANANBAPA.pdf untuk rencana penuh

Di ringkaskan :

1. Untuk menjadi seorang bapa memerlukan pengetahuan ,keikhlasan, kesungguhan dan ketakwaaan kepada Allah swt.

2. Tugas bapa termasuklah memenuhi keperluan fizikal dan rohani untuk anak2

3. Setiap tenaga dan wang ringgit yang dicurah untuk keluarga adalah sedekah dan setiap masa yang diluang untuk mendidik dan bermesra dengan anak2 adalah dianggap sebahagian dari jihad.

4. Pendekatan terbaik untuk mendidik anak2 adalah dengan membentuk hubungan yang mesra dan ceria.

5. Konsep mendidik anak2 hendaklah berterusan.

6. Anak2 akan lebih menghormati bapa yang memahami keperluan mereka.


gambar hiasan

Selamat hari bapa untuk semua di DESARIA.

LAGI GAMBAR KETIKA PROGRAM KERIS



















antara aktiviti latihan dalam kumpulan



08 June 2008

GAMBAR PROGRAM KERIS











antara gambar yang sempat dirakam oleh kamera En Pian sepanjang aktiviti tersebut