23 August 2008

SOLAT HAJAT

Untuk makluman semua, pihak persatuan telah merancang untuk mengadakan program solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT agar anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR , PMR serta SPM akan mendapat kelapangan hati, dan dipermudahkan pada mereka untuk menduduki peperiksaan tersebut dan seterusnya memperoleh kejayaan yang setimpal dengan usaha2 yang telah masing-masing curahkan sepanjang tahun.

Program tersebut akan dianjur bersama pihak Surau Desaria dan butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 29 Ogos 2008

Hari: Jumaat

Waktu : Selepas solat Maghrib

Tempat: Surau Desaria

Sehubungan dengan itu semua ahli persatuan khasnya yang mempunyai anak yang akan terlibat dengan peperiksaan peperiksaaan tersebut dijemput hadir bersama dengan anak2 menyertai solat hajat ini. Semoga usah kita ini sebagai ibubapa akan dapat membantu anak2 menghadapi peperiksaan itu.