04 August 2008

Hari Keluarga Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria

Berikut adalah butiran program hari keluarga yang akan di adakan sempena cuti persekolahan bulan ogos nanti:


Tarikh: 16 Ogos 2008, Hari Sabtu

Waktu: Bermula jam 8.00 pagi

Tempat : Padang Bola Taman Desaria Nilai

Pakaian : Yang sesuai digunakan untuk beriadah


Aturcara :

8.00 am : pendaftaran

8.30 am : Senamrobik

9.00 : Acara sukaneka

12.30 : Jamuan ringan / penyampaian hadiah / bersurai



ACARA SUKANEKA :

Anak2 bawh 6 tahun:
Kutip gula2

6-12 thn :
Isi air dalam botol
Bawa bola ping pong dalam sudu
Pancing botol
Tarik guni
Pertandingan Mewarna

13 tahun keatas :
Lari dalam guni
Jalan kaki tiga ( lari ikat kaki)
Jalan atas bata
Baling Belon ( balingan manja)
Basikal paling lambat
Motosikal paling lambat



Selain dari acara2 sukaneka, kita juga berharap program ini dapat memberi peluang kepada seluruh ahli untuk saling berkenal mesra disamping bersantai bersama seisi keluarga.

Luangkan masa tuan puan untuk bersama persatuan pada program tersebut.




Maklumat Tambahan : Selaras dengan kehendak majoriti, tiada sebarang caj akan dikenakan untuk menyertai majlis namun sumbangan kewangan ataupun tulang empat kerat amat di alu-alukan.

Sekira tuan puan belum menerima sebarang surat pemberitahuan, sila maklumkan kepada setiausaha persatuan Encik Rosli di talian o192700045 atau ajk siarraya utk program ini, En. Razif jln 12 di talian 0122390846