30 August 2008

MERDEKA !!!!!!!!!!!!!!!


Merdeka?


Apakah erti kemerdekaan itu sebenarnya? Benarkah kita rakyat di Malaysia ini mendiami satu negara yang merdeka? entah lah.


Selamat meraikan sambutan tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu untuk kali yang ke 51.


Merdeka ? belum lagi kut....


Selamat Datang Bulan Ramadhan

Insyaalah jika dipanjangkan usia kita akan mula berpuasa ramadhan pada 1 september 2008 ini.

Satu petikan hadith untuk renungan bersama:
Rasulullah Saw. telah bersabda:

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu langit, menutup pintu neraka, dan membelenggu setan-setan. Di dalamnya Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang diharamkan kebaikan malam itu maka ia sungguh telah diharamkan (dari kebaikan).”
(HR. Nasa’i dan Baihaki).


Bagi pihak AJK persatuan, kami menyusun sepuluh jari terhadap segala salah dan silap , samaada yang dilakukan secara sedar atau separuh sedar .

Semoga ibadah puasa kali ini dapat dilakukan dengan penuh ketakwaan.Lapangkan dada, berikan kemaafan walaupun tak di pinta, amalkan berbaik sangka dan berbicaralah bila perlu sahaja.

Dan untuk muslimin dan muslimat Desaria, sempena dengan kehadiran Ramadhan kali ini marilah kita membuat satu anjakan paradigma untuk menjadi umat islam yang lebih bertanggung jawab terhadap ugamanya, terhadap keluarga terhadap masyarakat dan juga terhadap diri sendiri.

Dan semangat untuk mengimarahkan surau sepanjang bulan Ramadhan ini adalah diharapkan akan berterusan sepanjang masa.

Insyaalah Desaria akan aman bahagia.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarrak.

Terima Kasih

Terima kasih kepada semua penduduk Desaria dan ahli Persatuan yang menghadiri majlis solat hajat, bacaan Yasin dan Tahlil yang telah dipimpin oleh Ustaz Irwan dari USIM.

Antara panduan yang di utarakan oleh ustaz Irwan secara ringkasnya seperti berikut:

1. Usaha dari segi jasmani perlu di iringi dengan usaha secara kerohanian
2. Kejayaan dalam bidang pelajaran biarlah diseimbangi oleh kejayaan dalam penghayatn terhadap nilai2 islam
3. Perlu beristiqamah dalam berusaha.
4. Ibu bapa perlu tahu tahap kemampuan anak2 dan jangan meletakkan tekanan yang keterlaluan terhadap anak2 untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
5. anak2 sentiasa perlu mendapatkan restu ibubapa dan juga ibubapa sentiasa perlu mendoakan kejayaan anak2.

Semoga usaha kita semua akan mendapat keredhaan ilahi. Terima kasih juga kepada para penyumbang kudapan semoga di rahmati Allah.

Insyaallah usaha sebegini akan dijalankan secara berterusan oleh pihak persatuan dan juga Surau Desaria.

23 August 2008

SOLAT HAJAT

Untuk makluman semua, pihak persatuan telah merancang untuk mengadakan program solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT agar anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR , PMR serta SPM akan mendapat kelapangan hati, dan dipermudahkan pada mereka untuk menduduki peperiksaan tersebut dan seterusnya memperoleh kejayaan yang setimpal dengan usaha2 yang telah masing-masing curahkan sepanjang tahun.

Program tersebut akan dianjur bersama pihak Surau Desaria dan butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 29 Ogos 2008

Hari: Jumaat

Waktu : Selepas solat Maghrib

Tempat: Surau Desaria

Sehubungan dengan itu semua ahli persatuan khasnya yang mempunyai anak yang akan terlibat dengan peperiksaan peperiksaaan tersebut dijemput hadir bersama dengan anak2 menyertai solat hajat ini. Semoga usah kita ini sebagai ibubapa akan dapat membantu anak2 menghadapi peperiksaan itu.

22 August 2008

HARI KELUARGA 2008 - FINALE








Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Jumpa lagi di masa akan datang.
Kalau ada yang sempat merakam ganbar sepanjang majlis dan ingin dikongsi bersama , sila hantar kepada saya di mohdnasa97@gmail.com untuk di uploadkan...

21 August 2008

Some serious stuff

Tak dapat tidak saya terpanggil untuk menulis tentang isu sumpah Saiful dan isu dirinya di liwat. Ke arah mana hala tuju politik malaysia hari ini apabila isu2 sebegini diputar dan di beri sebesar2 liputan di malaysia.

Ketika di pejabat dan ketika berada bersama rakan 2 bukan islam masing memperkatakan tentang isu sumpah Saiful. Masing berpendapat Saiful telah mengaibkankan umat Islam dan bangsa melayu, menghina kesucian kitab AlQuraan , memalukan keseluruhan institusi Islam diMalaysia, dan seterusnya memalukan Malaysia dimata dunia walaupun tiada siapa yang nak pandang malaysia walau dengan sebelah mata.

Perkataan liwat bukan lagi menjadi satu taboo seperti dulu2 tetapi telah menjadi satu perkataan lumrah masakini. Apa nak jadi pada umat islam kini? Semakin tersesat kah kita . Semakin desperate untuk mencapai segala2nya sehingga seolah2 matlamat dapat menghalalkan walau apa pun cara diguna untuk memperolehinya. Sama2 kita fikirkan . semoga tuhan memelihara kita dari azab dunia dan akhirat.

19 August 2008

HARI KELUARGA 2008 - GAMBAR SIRI 4

Kegembiraan jelas terpancar diwajah para pemenang walaupun hadiah yang diterima terpaksa dikongsi bersama ahli kumpulan.

Tarik tali memperlihatkan kehebatan Cik Pian kita dengan anggaran berat kumpulan lebih dari 700 kg ( betul ke?) Kaki cramp pun tak pa. yang tentu esoknya pinggang dan sendi sumanya sengal.

Yours truly dan awek pula dapat hadiah baling belon paling jauh. Tak tipu cuma nasib baik aja..

Razlan .. ko menang apa ek? ikat kaki dengan Mis ke?













18 August 2008

GAMBAR SIRI 3 - HARI KELUARGA 2008


Saksikan kehebatan mat2 motor menunggang motor paling perlahan, para ibu dengan riang gumbira bermain kerusi muzikal ( tolak menolak tu biasala sapa kuat dia la dapat duduk), anak2 dengan santainya bertanding dalam peraduan mewarna , lari dalam guni dan x ketinggalan pak Zaimie mengajar anak2 cara2 berlari dalam guni yang betul.( dia yang kena belajar dengan anak2 nie)

pancing botol! kesian ada yang pancing tak leh nak lekat rebut gula2 dan apa halnya dengan brother Izhar kita.


Oghang dok sughuh jalan atas bata yang dia nie sudah pi hangkut pulak bata2 tu.











KELUARGA KITA DESA KITA 2









04 August 2008

Hari Keluarga Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria

Berikut adalah butiran program hari keluarga yang akan di adakan sempena cuti persekolahan bulan ogos nanti:


Tarikh: 16 Ogos 2008, Hari Sabtu

Waktu: Bermula jam 8.00 pagi

Tempat : Padang Bola Taman Desaria Nilai

Pakaian : Yang sesuai digunakan untuk beriadah


Aturcara :

8.00 am : pendaftaran

8.30 am : Senamrobik

9.00 : Acara sukaneka

12.30 : Jamuan ringan / penyampaian hadiah / bersurai



ACARA SUKANEKA :

Anak2 bawh 6 tahun:
Kutip gula2

6-12 thn :
Isi air dalam botol
Bawa bola ping pong dalam sudu
Pancing botol
Tarik guni
Pertandingan Mewarna

13 tahun keatas :
Lari dalam guni
Jalan kaki tiga ( lari ikat kaki)
Jalan atas bata
Baling Belon ( balingan manja)
Basikal paling lambat
Motosikal paling lambat



Selain dari acara2 sukaneka, kita juga berharap program ini dapat memberi peluang kepada seluruh ahli untuk saling berkenal mesra disamping bersantai bersama seisi keluarga.

Luangkan masa tuan puan untuk bersama persatuan pada program tersebut.




Maklumat Tambahan : Selaras dengan kehendak majoriti, tiada sebarang caj akan dikenakan untuk menyertai majlis namun sumbangan kewangan ataupun tulang empat kerat amat di alu-alukan.

Sekira tuan puan belum menerima sebarang surat pemberitahuan, sila maklumkan kepada setiausaha persatuan Encik Rosli di talian o192700045 atau ajk siarraya utk program ini, En. Razif jln 12 di talian 0122390846