30 May 2008

AMARAN DENGGI

Ketika ini di Jalan Desaria 8 berlaku satu Kes demam denggi. Ekoran dari itu pihak kementerian Kesihatan telah melakukan operasi menyembur (fogging) di sekitar jalan 8.

Adalah di nasihatkan agar penduduk Taman Desaria ini dapat mengambil tindakan yang perlu untuk mengurangkan risiko di gigit oleh nyamuk aedes ini. Pandai2 la nak buat apa.

Terima kasih kepada "acik-kau" atas maklumat ini. Tapi kita nie tertanya2 jugak. Kalau Kem. Kesihatan sembur kat jalan 7,8 & 9 aje, nyamuk2 aedes tu lari ke mana ek? jalan 6 ke jalan 10? Mungkin nyamuk tu akan lari ketempat yang paling kurang gangguan, paling banyak tempat mereka boleh nyorok dan bertelur. Jangan berhijrah ke jalan 11 sudah.

29 May 2008

PENGHARGAAN UNTUK ABIM

Segment ini khas untuk menyampaikan rasa penghargaan kepada Pihak ABIM Seremban terutamanya En. Syukri yang telah sudi untuk menjayakan program KERIS secara usahasama deng Persatuan.

Semoga pprogram usahasama sebegini dapat di adakan lagi pada masa akan datang . Program keibubapaan antara satunya. Ramai antara kita hari ini berhadapan dengan masalah untuk berinterkasi secara yang betul dengan anak2, dengan pasangan dan juga masalah persekitaran yang semakin mengharubirukan kehidupan manuasia masa kini.

Sekali lagi terima kasih dari pihak persatuan kepada Encik Syukri dan adik2 facilitator dari UIA Nilai.

25 May 2008

KERIS

Kem Remaja Islam Soleh telah berlangsung selama 2 hari di Surau Desaria dimana aktiviti berlangsung di persekitaran Taman Desaria ini juga. Lebih kurang 65 orang anak2 remaja berusia antara 10 hingga 15 tahun terlibat dalam aktiviti ini.

Sambutan yang amat menggalakkan ini sedikit sebanyak telah dapat menghilangkan penat lelah urusetia yang telah bekerja keras untuk menjayakan program tersebut.

Program ini juga turut di gabungkan dengan Majlis Khatam AlQuran untuk seramai 11 orang anak2 Desaria dan dikendalikan oleh Encik Izhar Othman dari jalan 19 sebaik tamat program KERIS tersebut.

Sumbangan turut di terima dan ribuan terima kasih diucapkan kepada para dermawan samada yang menyumbang dalam bentuk kewangan, tajaan makanan atau hamper dan juga dalam bentuk tenaga .

Diharapkan anak2 yang menyertai KERIS ini akan dapat manafaat dari apa yang telah dipelajari dan semoga janji2 yang dituliskan dalam wasiat mereka kepada ibubapa mereka akan terus tersemat dihati selagi hayat dikandung badan.

Juga kepada ibubapa yang turut hadir pada hari terakhir akan dapat mempelajari sesuatu dari apa yang telah disampaikan oleh penceramah undangan tersebut.

Rakaman gambar-gambar sewaktu program berlangsung akan di postkan dalam masa terdekat.

19 May 2008

SUKARELAWAN DIKEHENDAKI

Sempena berlangsung nya Khemah Ibadat pada 23 -25 Mei ini, tenaga sukarelawan amat diperlukan untuk membantu pihak urusetia mengawasi keselamatan anak anak dan kelancaran program.

Sesiapa yang berminat dan dapat meluangkan masa bolehlah berhubung dengan encik Shargawi di nombor 013 6200955 atau encik rosli di nombor 019 2700045 untuk mendaftarkan diri.

Pihak persatuan juga amat mengalu-alukan sebarang sumbangan ikhlas dalam bentuk kewangan walaupun kami tidak mengeluarkan surat rasmi untuk mendapatkan sumbangan.

Sebarang sumbangan boleh diserahkan kepada Encik Nasaruddin di nombor 0192748195, Encik azuddin di no 019 2380807, Encik Rosli di no diatas, YDP Zainal di no 013 3520068 , Pn Narul Hiza di no 016 3958369 atau mana2 AJK persatuan yang senang dihubungi.

Sumbangan juga boleh di depositkan kedalam akaun semasa persatuan di AFFIN BANK No 100650004440.

16 May 2008

SELAMAT HARI GURU

Kepada semua guru di Desaria , selamat menyambut hari guru

Ada satu joke tentang cikgu yang sarcastic:

"If there are any idiots in the room, will they please stand up" said the sarcastic teacher. After a long silence, one freshman rose to his feet.

"Now then mister, why do you consider yourself an idiot?" enquired the teacher with a sneer.

"Well, actually I don't," said the student, "but I hate to see you standing up there all by yourself."


satu lagi:

Teacher: Why are you late, Joseph?
Joseph: Because of a sign down the road.
Teacher: What does a sign have to do with your being late?
Joseph: The sign said, "School Ahead, Go Slow!"

Lagi Gambar Hari Ibu






Pian.. tengoklaa. Nakk sangattt....

12 May 2008

KEM MOTIVASI DAN IBADAT

Seperti yang di maklumkan terdahulu, dibawah ini adalah modul untuk program kem motivasi dan ibadah tersebut.


JUMAAT 23 MAY


04:30 - 06:30 ptg Pendaftaran Peserta Kem Remaja
Islam Soleh (KERIS)

06:30 - 07:15 ptg Makan malam & persiapan diri

07:15 - 08:40 mlm Solat Maghrib berjemaah
Solat Hajat dan Bacaan Yassin
Solat Isyak berjemaah

08:40 - 09:00 mlm Persiapan diri & rehat

09:00 - 11:00 mlm Ice breaking bermodul
LDK1 - "Candle In The Wind"

11:00 - 11:15 mlm Muhasabah diri

11:15 - 05:30 pg Rehat & tidur


SABTU ( 24 Mei 2008 )


05:30 - 06:00 pg Persiapan diri

06:00 - 07:00 pg Solat Subuh berjemaah
Tazkirah Subuh

07:15 - 08:00 pg Riadah pagi

08:00 - 08:30 pg Minum pagi

08:30 - 10:00 pg Ceramah 1 :
"Remaja - Kemana Arah Tujumu?"

10:00 - 10:15 pg Rehat & minum pagi

10:15 - 12:30 ptg Games of science
"Can egg fly?"

12:30 - 01:30 ptg Rehat
Solat Zuhur berjemaah
Makan tengahari

02:00 - 04:00 ptg Ceramah 2 :
"Meneroka Keajaiban Sains
Dalam Al-Quran"

04:00 - 04:45 ptg Rehat & minum petang
Solat Asar berjemaah

05:00 - 06:30 ptg Kembara Iman & Kembara Zikir

06:30 - 07:15 ptg Makan malam & persiapan diri

07:15 - 08:40 mlm Solat Maghrib berjemaah
Tazkirah Maghrib
Solat Isyak berjemaah

08:40 - 09:00 mlm Persiapan diri & rehat

09:00 - 10:30 mlm LDK 3 :
"Hadiah Buat Orang Tersayang"

10:30 - 12:00 mlm Muhasabah diri

12:00 - 04:00 pg Tidur



AHAD ( 25 Mei 2008 )


04:00 - 07:00 pg Qiamullail
Solat Subuh berjemaah
Tazkirah subuh


07:15 - 08:00 pg Riadah pagi

08:00 - 08:30 pg Minum pagi

08:30 - 11:30 pg Anak Soleh - Penyejuk hati Ayah & Ibu

Ceramah keibubapaan - Anak
Permata Hatiku

11:30 - 12:30 ptg Majlis Penutup Kem Remaja Islam
Soleh (KERIS)

12:30 - 01:30 ptg Solat Zuhur berjemaah
Makan tengahari


02:00 - 03:00 ptg Majlis Khatam Al-Quran
Anak-anak Desaria


03:00 ptg Majlis bersurai



Sasaran Persatuan adalah untuk mendapatkan penyertaan 50 orang anak2. Jadi marilah kita bersama2 memberi sokongan kepada usaha untuk memberikan motivasi, pendedahan dan juga nilai2 murni kepada anak2 kita.

11 May 2008

KHEMAH IBADAT DAN MAJLIS BERKHATAM ALQURAN

KEM REMAJA ISLAM SOLEH ( KERIS ) DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK DAN KEBAJIKAN DESARIA DENGAN KERJASAMA
ABIM NEGERI SEMBILAN


Program di atas akan dilaksanakan pada ketetapan berikut :-


Tarikh : 23/05/2008 – 25/05/2008 ( Jumaat - Ahad )

Tempat : Padang bersebelahan Jalan Desaria 6 &
Surau Desaria

Peserta : Remaja berusia 11 tahun – 15 tahun

Yuran Penyertaan : Anak-anak ahli persatuan RM 30.00
Anak-anak bukan ahli RM 50.00
Anak-anak bukan warga Desaria RM 80.0
0

Tarikh tutup : 19/05/2008 ( Isnin )

Borang penyertaan beserta yuran boleh dihantar kepada Setiausaha Persatuan ( En Mohd Rosli 019 – 270 0045 ) atau Bendahari Persatuan ( En Nasa 019 – 274 8195 ) bermula sekarang sehingga 19/05/2008.

Kaunter pendaftaran akan dibuka setiap malam di Bangunan Tambahan Surau Desaria bermula selepas Isyak sehingga jam 10.00 malam.

LAGI GAMBAR 2 SAMBUTAN HARI IBU










SAMBUTAN HARI IBU DESARIA











Kira kira 70 orang kanak2 berhimpun di bangunan Tambahan Surau Desaria untuk menyiapkan kad ucapan kepada ibu2 mereka dan ia turut dihadiri oleh lebih 30 ibu dan beberapa orang bapa pagi ini, 11 Mei 2008. Satu ceramah turut di sampaikan oleh ustaz Zahari Abdul Latif dari Bandar Bukit Mahkota yang telah menyentuh tentang keistimewaan menjadi seorang ibu.

diriwayatkan seorang sahabat bertanya kepada Rasulallah SAW " kepada siapa harus aku berbuat baik ya rasulallah? jawab baginda kepada ibumu. kemudian kepada siapa? Jawab baginda lagi kepada ibu mu. ditanya lagi kepada siapa seterusnya, jawab rasulallah SAW kepada ibu mu. dan kali keempat ditanya rasullah menjawab kepada bapa mu.

Jadi kepada para ibu, bersyukurlah kerana menjadi seorang ibu kerana terdapat keutamaan didalam segala galanya terhadap seorang ibu.

Dipaparkan gambar2 yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut.