30 April 2009

JOM RONDA

Susulan dari taklimat keselamatan dan perbincangan antara ahli dan biro keselamatan pada 26 April lalu, satu ketetapan telah di ambil iaitu Ronda Malam akan dihidupkan semula di Desaria ini.

Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ketua biro keselamatan Perstuan Penduduk , Encik Suffian memaklumkan bahawa setakat hari ini beliau menyusun nama nama yang telah mendaftar dan membahagikan nama2 tersebut kedalam kumpulan kumpulan kecil dan satu jadual akan disediakan mengikut hari2 tertentu.

setiap kumpulan telahpun di tetapkan seorang ketua dan timbalan ketua yang akan mengepalai aktiviti ronda kelak.

Walau bagaimana pun Persatuan masih lagi mengalu-alukan penglibatan semua penduduk khasnya ahli2 persatuan. Kaum HAwa juga digalakkkan membantu tetapi dalam bentuk selain dari turun meronda.

Untuk tujuan pendaftaran, satu borang senarai telah disediakan di papan buletin Surau Desaria dan semua digalakkan untuk turut serta. Yang berminat juga boleh berhubung terus dengan Encik Sufian tel no 013 3200083 atau YDP , En. Yusoff di talian 019 6241821.

LAGI GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENGHARGAAN
















28 April 2009

TERIMA KASIH

Satu majlis penghargaan kepada AJK 2007 & 2008 telah di adakan pada 24 April lalu bertempat di Azman Cafe. Majlis telah bermula pada jam 9.30 malam dipengerusikan oleh S/U, Encik mohd Razif dan dimulai dengan doa pembukaan oleh En. Izhar Mansor.

Ia disusuli dengan ucapan oleh YDP, En Yusof Said , yang turut menegaskan perlunya semangat kerjasama diterapkan dalam menangani segala permasaalahan . Pandangan majoriti perlu di ambil sebagai ketetapan selaras dengan prinsip demokrasi yang di amalkan dalam kepimpinan persatuan ini.

Beliau juga memberi satu analogi dimana pada sekeping duit shiling, terdapat dua muka yang berbeza. namun nilai nya tetap sama . Jadi dalam setiap isu tak kira dari sudut mana yang kita lihat biar lah matlamatnya satu iaitu untuk menambah baik atau menyelesaikannya.

Perbezaan pendapat tidak sepatutnya merenggangkan hubungan antara ahli tetapi perlu di lihat sebagai pilihan yang boleh dibuat dalam menangani masalah.

Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam . Semua AJK turut diberi sekeping Sijil dan sebatang pen sebagai penghargaan keatas sumbangan mereka kepada persatuan.

22 April 2009

TAKLIMAT KESELAMATAN

Biro Keselamatan Persatuan Penduduk Desaria akan mengadakan satu taklimat tentang situasi keselamatan semasa di Desaria dengan kerjasama Balai Polis Nilai. Semua warga Desaria di jemput hadir . Satu perbincangan juga akan di adakan selepas dari taklimat tersebut dan sebarang cadangan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Desaria boleh di luahkan semasa perbincangan nanti.

Butiran Majlis seperti berikut:

Tarikh : 26 Mei 2009 , Ahad
Waktu : Pukul 2.30 Petang
Tempat : Bangunan Sementara Surau Desaria
Turut hadir : Ketua Balai polis Nilai atau wakil.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Suffian No 83 Jalan 18, tel 013 3200083

19 April 2009

DESARIA DESA KITA












Bulan ini genap 2 tahun usia Blog Desaria Desa kita. Inilah antara salah satu hasil usaha Mantan YDP iaitu mengujudkan satu medium untuk kita para penduduk Desaria berinteraksi . Kali ini saya berpeluang merakamkan beberapa foto yang saya kira dapat menggambarkan betapa di Desaria ini masih ada lagi pemandangan2 yang dapat ,memberikan ketenangan jiwa.

Secara peribadi, saya memang agak attached dengan Taman Desaria ini. Sebabnya mudah. Saya telah menyaksikan transformasi kawasan ini dari sebuah ladang getah yang berbukit bukau dan terletak dihujung dunia , hinggalah ia menjadi satu kawasan perumahan seperti yang terdapat sekarang.

Saya telah merasai peritnya matahari ketika kawasan ini masih lagi tandus dari segala tumbuhan sehinggalah ia menghijau semula dan tempoh yang di ambil bukanlah sekejap. Ia mengambil masa lebih dari sepuluh tahun. Sekaranglah baru dapat kita dapat merasa semula kenyamanan oksigen2 yang dilepaskan oleh kehijauan dedaun yang ada.

Agak menjengkelkan juga (bahasa yang paling sopan digunakan) apabila ada segelintir masyarakat Desaria yang menganggap kehijauan dedaun ini satu nuisance atau gangguan terhadap ketenteraman hidup mereka. Sehingga sanggup membuang pepohon yang ada di hadapan rumah masing2 ataupun mengelar batang2 pokok supaya pokok2 tersebut mati . Bukan kah waktu daun2 berguguran tu satu pemandangan yang indah? Memang ia tak sama dengan suasana musim luruh di luar negara dan juga tiada foliage yang beranika warna tetapi tak perlu rasanya kita tumbangkan sebatang pokok kerana inginkan halaman yang bersih tak bersampah walau sehelai daun kering!

Sekiranya diganti dengan pokok lain ia adalah satu consolation juga tapi kalau sekadar nak menebang kerana tak mahu diganggu oleh dedaun yang berguguran , pada saya itu amat malang dan satu kerugian kepada Taman Desaria keseluruhannya.

Ingat lah pesanan yang selalu kita dengar. Kita bukan mewarisi bumi ini dari ibubapa kita tetapi kita meminjamnya dari anak-anak dan masa hadapan kita. Jadi amatlah bertepatan sekiranya kita dapat mengindah dan menghijaukan bumi ini untuk dipulangkan semula kepada generasi akan datang dalam keaadan yang lebih baik dari sekarang.