23 March 2009

MERAIKAN PIMPINAN BARU PERSATUAN

Sabtu 21 Mac 2009, kita telah 'bersidang' dan pemilihan telah pun dibuat.

Jadi untuk penggal akan datang , 2009 -2010 persatuan akan dipimpin oleh barisan baru yang sudah tentunya bersemangat baru dan berwawasan baru.

Berikut adalah senarai barisan Pimpinan baru :

YDP - En Yusoff Said - Jalan 25
Naib YDP - Encik Azuddin Sham Abdullah - Jalan 10
Setiausaha - En. Razif Mahadi - Jalan 12
Pen Setiausaha - En Abdul Manaf - Jalan 21
Bendahari - En. Eikmarizal - Jalan 19
Pen Bendahari - Encik Rameli -Jalan 16

dan 9 orang AJK -

En Suffian - jln 18
En. Abdul Zaman - Jln 9
En. Shamsuri - Jln 15
En. Zamri - Jln 13
En. Zulkefli Hassan - Jln 6
Pn Zaila - Jln 20
Pn. Zuraidah - Jln 20
Pn Siti norhaliza - jln 6
Pn Sarimah -jln 9

2 orang pemeriksa kira2

En. Isa Madon -Jln 18
En. Sapiudin - jln 19

Ahli2 telah memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan pimpinan ini dan semoga aktiviti persatuan akan terus berlangsung dengan meriah serta mencapai matlamat asal penubuhan
persatuan kita ini.

Disini saya mewakili AJK lama, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahil persatuan kerana telah memberikan kerjasama sepanjang kami bertugas dan diharap segala kesalahan yang berlaku atau apa2 yang terlepas ccakap atau terlepas pandang dimaafkan.

walaubagaimanapun, sebagai ahli persatuan yang bertanggungjawab, kita semestinya memberi kan sokongan terhadap segala aktiviti yang dirancang dan dijalankan kerana ianya sudah semestinya untuk kebaikan bersama.

Dan kepada kelompok yang lebih suka bersuara dibelakang, tinggalkanlah habit ini kerana ia langsung tidak membawa manafaat sebaliknya ia lebih membawa kepada perpecahan sesama kita.

Platform telah disediakan untuk memilih barisan pimpinan yang boleh memacu persatuan kearah yang diingini melalui undian tetapi sekira nya peluang itu tak di ambil endah, jadi ternyata lah cakap2 belakang tu memang sekadar cakap2 belakang dan sesiapa yang sudah dipilih, mereka itulah yang harus kita berikan sokongan tanpa perlu dipertikaikan lagi.

Akhir kata, selamat menjalan tugas kepada semua dan selamat maju jaya.

note: mungkin ini posting terakhir dari saya sebagai contributor blog desaria desa kita tapi insyaalah akan tetap membaca blog ini selagi ia diaktifkan.

12 March 2009

MESYUARAT AGUNG

Insyaallah persatuan akan mengadakan mesyuarat agung nya seperti yang dinyatakan pada surat panggilan yang telah diedarkan dan seperti yang tertera di banner ditepi jalan masuk utama.

Semua ahli berdaftar dijemput hadir. Untuk makluman ahli2 semua setakat ini tiada ahli yang digugurkan lagi kecuali yang telah menulis secara rasmi atau yang telah meninggal dunia.

Kalau mengikut perlembagaan jika ahli gagal membayar yuran 3 bulan berturut2 akan gugur keahlian tetapi persatuan mestilah memberi notis terlebih dahulu. selagi tiada notis atau tidak dimaklumkan secara rasmi tunggakan yuran, klausa tu x terpenuh la.

JAdi turunlah beramai2 jalankan hak masing2 untuk memilih ahli jawatankuasa baru yang sangggup dan mampu memikul tanggungjawab mengendalikan hal ehwal persatuan.

Semangat ni sebenarnya macam roda. kejap kat bawah kejap kat atas jadi para AJK pun begitu juga. ( bercakap bagi pihak bendahari sorang aja) Jadi kalau x terima penyata yuran tu. faham2 la. Bendahari tengah x ada steam. Tapi kalau ada sesiapa yang membayar yuran, insyaalah semuanya direkodkan.

Aktiviti persatuan pun nampak tergantung seketika. Kalau nak dikira AJK x menjalankan tanggungjawab, memang betul la dari satu sudut tapi kena juga lihat dari pelbagai sudut yang lain. statement ini bukan juga nak mencari alasan membetulkan apa yang x betul.

So tuan2 dan puan semua. Kalau ada ahli yang secara sukarela ingin berkhidmat sebagai AJK, kita alu2 kan umpama x cukup tapak tangan, nyiru yang kita tadahkan. Kita boleh buat cadangan sebelum pemilihan nanti untuk mencalunkan ahli2 yang sedia dilantik sebagai AJK.

Selamat bermesyuarat.