10 November 2008

When October Goes

Hampir 2 bulan rasanya saya tak membuat apa2 posting baru. Bukannya apa Cuma ada waktu waktu tertentu kita akan rasa muak, jemu dan tak bersemangat langsung untuk melakukan perkara2 rutin yang kita lakukan. So pada yang bertanya kenapa? Inilah antara sebabnya.

Saya rasa bukan saya seorang yang pernah mengalami perasaan ini tapi ramai antara kita juga biasa melaluinya.

Kebiasaannya ia berlaku bila kita kehabisan momentum atau dah mencapai klimaks.

Sebut tentang Klimaks, Persatuan kita sepatutnya menganjurkan satu Majlis jamuan raya pada 2 November yang lepas. Malangnya para persatuan nie semuanya mengalami sindrom yang sama dengan saya. Rasa saya Cuma 2 atau 3 orang sahaja yang masih bersemangat.

Mungkin ini adalah kerana segala tenaga dan usaha telah terlebih guna untuk menjayakan hari keluarga lalu. Tapi saya cuma bercakap bagi pihak saya sendiri.


Walaubagaimana pun sempena musim menunaikan haji ini , persatuan mengucapkan selamat mengerjakan Haji kepada Ahli2 seperti Encik Zulkarnain Mohd Ali dari jalan 19 serta En. Hj Mohd Said Jalan 8. yang berpeluang mengerjakan Ibadat Haji pada tahun ini. Semoga mereka memperolehi Haji Mabrur.

Memandangkan cuti sekolah yang bakal menjelang tak lama lagi dinasihatkan Ibu2 yang sentiasa berada dirumah agar mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghadapi kerenah anak2 nanti. Cek dulu tekanan darah masing masing dan kalau ada history darah tinggi tu, kenalah take extra precaution.

nota: Tajuk diatas tu tak ada makna apa2. saja teringat satu lagu nyanyian Barry Manilow.