09 September 2008

NUZUL QURAN

Sempena memperingati peristiwa NUZUL QURAN pad 17 ramadhan ini, saya postkan sebahagian petikan rencana mengenai nya di bawah yang ditulis oleh Dr. Samsu Adabi Mamat dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?

Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Untuk rencana penuh, sila klik:

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084


Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria akan bekerjasama dengan Surau Desaria untuk mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di Surau Desaria pada 17 September ini sempena memperingati Nuzul Quran ini.

Marilah kita datanglah beramai-ramai ke majlis berbuka ini di ikuti dengan solat Maghrib, Isya seterusnya Solat sunat Tarawih. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan.