Mesyuarat telah berlangsung pada 30 Mac 2008, di bangunan tambahan Surau Desaria pada jam 3.30 petang setelah tertangguh selama setengah jam akibat hujan lebat.
Mesyuarat yang dihadiri oleh kira kira 35 orang termasuk dua orang pemerhati antara lain telah meluluskan usul penggunaan alamat persatuan mengikut alamat Setiausaha yang sedang memegang jawatan.
Mesyuarat juga mendengar usul dari En. Rajmir dari jalan 18 untuk melakukan sesuatu kepada pekerja asing ( diusir dari taman Desaria) yang mana perlakuan mereka semakin hari semakin menjolok mata. Walaubagaimanapun usul tersebut adalah diluar bidang kuasa Persatuan untuk melaksanakannya kerana ia melibatkan isu yang lebih besar.
Penduduk bagaimanapun dinasihatkan oleh YDP dan juga Pengerusi Biro Keselamatan agar mengambil tindakan proaktif seperti menegur, dan sebagainya apbila perlakuan2 sumbang itu berlaku di depan mata. Dari situ ia akan dapat mendidik warga asing tersebut tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka di Desaria ini.
Persatuan juga telah memilih satu logo daripada empat penyertaan didalam peraduan mencipta logo yang telah ditutup pada 22 Mac 2008. Tiga juri bebas dan dua juri dari AJK yang diketuai oleh Setiausah persatuan telah membuat penilaian terhadap semua penyertaan.. En. Razlan, Dr. Osman dan En. Ridzuan menjadi juri bebas manakala AJK diwakili oleh penulis dan En. Azuddin.
Logo yang terpilih adalah penyertaan dari En. Zainal Abidin Mohd. Noor dari Jalan 15.
Mesyuarat juga telah mendengar laporan dari setiap biro yang ada termasuk laporan kewangan untuk tahun 2007.
Keseluruhannya mesyuarat berlangsung seperti yang dirancang namun tahap kehadiran ahli masih lagi agak mengecewakan. Persoalannya adakah persatuan ini cuma digerakkan oleh sekumpulan kecil ini shaja walaupun jumlah keahlian telah meningkat kepada 207 orang? Sama sama kita fikirkan.
Sebagai nota, minit mesyuarat yang disediakan oleh Setiausaha dan disahkan oleh mesyuarat perlu dirujuk untuk sebarang rujukan rasmi.