26 April 2008

AKTIVITI AKAN DATANG

Sempena cuti persekolahan bulan Mei ini, pihak persatuan akan menganjurkan satu program motivasi selama 3 hari dua malam. Ia akan di jalankan di Taman Desaria sendiri. Program ini mensasarkan penyertaan anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan PMR tahun 2008.

Di samping itu, pada hari penutup program, satu majlis khatam Alquran juga dirancang untuk anak2 desaria yang telah menamatkan pengajian alquran 30 juzuk tak kira siapa guru alqurannya.

Oleh itu tunggukan butiran lanjut yang akan dihebahkan kepada semua penduduk khususnya ahli persatuan.

21 April 2008

SELAMAT HARI IBU

Biro Pendidikan dengan Kerjasama Biro Hawa akan mengadakan sambutan untuk meraikan hari ibu di DESARIA ini.

Ia seperti berikut:

Tarikh : 11 May 2008

Hari : Ahad

tempat : SURAU DESARIA NILAI

jam : 9.00 pagi - 11 pagi


aturcara:

1. Ceramah disurau - Ustaz Zahari Abdul Latif bekas Pen. Pengarah Jakim

2. Aktiviti anak2 membuat kad ucapan untuk ibu masing2

3. Acara penyampaian kad ucapan dari anak2 kepada para ibu.

4. Jamuan ringan



Untuk ibu2 dan tak ketinggalan bapa2 serta anak2 di Desaria. Mari kita sama2 menzahirkan rasa kasih kita kepada ibu2 yang tercinta.

LAGI PENGHARGAAN UNTUK SEMUA IBU

Puisi Untuk Ibu

Oleh Agus Rusanto

Dalam setiap irama tubuhmu
kau selalu menyapa
Dalam kepenatan yang tak pernah terbisikkan
kau selalu mendekap
Dalam kerinduan yang sangat
kau tak pernah ingin lepas dariku

Usiaku kini telah berubah
Aku bukan lagi bocah kecil lagi
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini
Kaulah yang telah mengelola emosi labil ini menjadi lokomotif kemajuan
Kaulah yang selalu memberiku keberuntungan
dengan nasihatmu kala malam telah larut
dan gerbang mimpi siap menghampiriku

Kala yang lain terlelap
Kutahu kau tak pernah terlena
Pikiran, hati, jiwa, dan emosiku selalu bekerja demi masa depanku
Kau selalu berpacu dengan waktu
Karena kau yakin, tanpa itu bisa jadi aku terlindas oleh jaman yang semakin keras

Kaulah pengantar luasnya pengetahuanku
Kala wadah kosakataku hanya bagai tetesan air
Kaulah yang memenuhinya hingga menjadi sebuah lautan
Kaulah bintang berkilauku
Yang tak akan pernah terlupakan
oleh rangkaian huruf cahaya sejarah peradaban manusia

Andai aku bisa, mama
Kan kubalas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu, mama
Kan kupersembahkan seterang kilauanmu, sehangat dekapanmu, setulus kasihmu, dan sebijak nasihatmu

Kutahu, mama
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku
dalam setiap do’a yang kau panjatkan
Kutahu mama
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta
yang keluar dari lisanmu
Kutahu mama
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku

Ya Allah
Kutengadahkan tanganku berharap
Kau membahagiakannya sepertiku kini
Ya Rabbi
Ku memohon berilah bunda mimpi yang selalu indah
Ya Rabbul Izzati
Ku berharap padaMu anugerahkan bunda kecupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari
Ya Illahi
Sejahterakanlah mama

SEMPENA HARI IBU

satu petikan untuk kita semua


IBU
Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir - bibir manusia.
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.

Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kta dalam rengsa, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibinya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.

Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.

Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan
dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.

Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.

:+: Khalil Gibran :+:

08 April 2008

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KALI KE 4

Mesyuarat telah berlangsung pada 30 Mac 2008, di bangunan tambahan Surau Desaria pada jam 3.30 petang setelah tertangguh selama setengah jam akibat hujan lebat.

Mesyuarat yang dihadiri oleh kira kira 35 orang termasuk dua orang pemerhati antara lain telah meluluskan usul penggunaan alamat persatuan mengikut alamat Setiausaha yang sedang memegang jawatan.

Mesyuarat juga mendengar usul dari En. Rajmir dari jalan 18 untuk melakukan sesuatu kepada pekerja asing ( diusir dari taman Desaria) yang mana perlakuan mereka semakin hari semakin menjolok mata. Walaubagaimanapun usul tersebut adalah diluar bidang kuasa Persatuan untuk melaksanakannya kerana ia melibatkan isu yang lebih besar.

Penduduk bagaimanapun dinasihatkan oleh YDP dan juga Pengerusi Biro Keselamatan agar mengambil tindakan proaktif seperti menegur, dan sebagainya apbila perlakuan2 sumbang itu berlaku di depan mata. Dari situ ia akan dapat mendidik warga asing tersebut tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka di Desaria ini.

Persatuan juga telah memilih satu logo daripada empat penyertaan didalam peraduan mencipta logo yang telah ditutup pada 22 Mac 2008. Tiga juri bebas dan dua juri dari AJK yang diketuai oleh Setiausah persatuan telah membuat penilaian terhadap semua penyertaan.. En. Razlan, Dr. Osman dan En. Ridzuan menjadi juri bebas manakala AJK diwakili oleh penulis dan En. Azuddin.

Logo yang terpilih adalah penyertaan dari En. Zainal Abidin Mohd. Noor dari Jalan 15.

Mesyuarat juga telah mendengar laporan dari setiap biro yang ada termasuk laporan kewangan untuk tahun 2007.

Keseluruhannya mesyuarat berlangsung seperti yang dirancang namun tahap kehadiran ahli masih lagi agak mengecewakan. Persoalannya adakah persatuan ini cuma digerakkan oleh sekumpulan kecil ini shaja walaupun jumlah keahlian telah meningkat kepada 207 orang? Sama sama kita fikirkan.

Sebagai nota, minit mesyuarat yang disediakan oleh Setiausaha dan disahkan oleh mesyuarat perlu dirujuk untuk sebarang rujukan rasmi.

01 April 2008

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Desaria 2008

Pada 20 Mac 2008 lalu berlangsung sambutan maulidurrasul peringkat Desaria dimana ia asalah anjuran bersama Surau Desaria, ABIM Mantin/Nilai dan Persatuan PEnduduk dan Kebajikan Desaria.

Perarakan bermula pada jam 8.30 pagi di sertai lebih kurang 200 orang termasuk pelajar taski Abim, Tadika Desariaku Ibu bapa pelajar dan juga penduduk Taman Desaria.

Sambil berselawat, perarakan yang bermula di Jalan Desaria 7 telah melalui Pesiaran desaria 2, Pesiaran Desaria, terus ke kawasan kedai melalui Jalan Desaria 24 dan seterusnya kembali ke Surau Desaria.

Pengisian majlis tersebut adalah ceramah oleh Professor Dr.Moh Yusoff Hj. Othman dari UKM.

Sumbangan telah diterima dari masyrakat Desaria yang diuruskan oleh Surau Desaria membantu menyediakan srapan dalam bentuk roti dan air mineral manakala makanan tengahari disediakan oleh pihak ABIM.