17 November 2008

KEPUTUSAN UPSAR 2008

Tahniah kepada anak2 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2008. Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa kerana di hadapan masih banyak lagi peperiksaan yang bakal ditempuhi.

Berikut senarai ringkas keputusan anakanak di Desaria

5A
1. Azrif Haeqal bin Zaaba jalan 11
2. Hadierah Rahmat Jalan 9
3. Said Syafiq Said Ismail jalan 6
4. Syafiqah Fadlee Jalan 10
5. Anak Encik Jasri

4A 1B
1. Mohd Shahmin jalan Desaria 16

3A 2 B
Hassan Basri Nasaruddin jalan 11
Anasteen Azura Jalan 20

2A
Shamimi Zulkifli Jalan 6
Fahim Dr Othman Jalan 11
Fazreen Omar Jalan 4

1A
Fairoz jalan 21

Dan kalau ada maklumat utk yang lain2 sila lah war warkan semoga keputusan ini menjadi dorongan kepada yang bakal menduduki UPSR tahun 2009 untuk mendapat yang lebih baik..

10 November 2008

When October Goes

Hampir 2 bulan rasanya saya tak membuat apa2 posting baru. Bukannya apa Cuma ada waktu waktu tertentu kita akan rasa muak, jemu dan tak bersemangat langsung untuk melakukan perkara2 rutin yang kita lakukan. So pada yang bertanya kenapa? Inilah antara sebabnya.

Saya rasa bukan saya seorang yang pernah mengalami perasaan ini tapi ramai antara kita juga biasa melaluinya.

Kebiasaannya ia berlaku bila kita kehabisan momentum atau dah mencapai klimaks.

Sebut tentang Klimaks, Persatuan kita sepatutnya menganjurkan satu Majlis jamuan raya pada 2 November yang lepas. Malangnya para persatuan nie semuanya mengalami sindrom yang sama dengan saya. Rasa saya Cuma 2 atau 3 orang sahaja yang masih bersemangat.

Mungkin ini adalah kerana segala tenaga dan usaha telah terlebih guna untuk menjayakan hari keluarga lalu. Tapi saya cuma bercakap bagi pihak saya sendiri.


Walaubagaimana pun sempena musim menunaikan haji ini , persatuan mengucapkan selamat mengerjakan Haji kepada Ahli2 seperti Encik Zulkarnain Mohd Ali dari jalan 19 serta En. Hj Mohd Said Jalan 8. yang berpeluang mengerjakan Ibadat Haji pada tahun ini. Semoga mereka memperolehi Haji Mabrur.

Memandangkan cuti sekolah yang bakal menjelang tak lama lagi dinasihatkan Ibu2 yang sentiasa berada dirumah agar mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghadapi kerenah anak2 nanti. Cek dulu tekanan darah masing masing dan kalau ada history darah tinggi tu, kenalah take extra precaution.

nota: Tajuk diatas tu tak ada makna apa2. saja teringat satu lagu nyanyian Barry Manilow.