Sempena memperingati peristiwa NUZUL QURAN pad 17 ramadhan ini, saya postkan sebahagian petikan rencana mengenai nya di bawah yang ditulis oleh Dr. Samsu Adabi Mamat dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?
Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Untuk rencana penuh, sila klik:
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084
Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria akan bekerjasama dengan Surau Desaria untuk mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di Surau Desaria pada 17 September ini sempena memperingati Nuzul Quran ini.
Marilah kita datanglah beramai-ramai ke majlis berbuka ini di ikuti dengan solat Maghrib, Isya seterusnya Solat sunat Tarawih. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan.
09 September 2008
UPSR
Hari ini 9 Sept 2008 anak2 kita akan mula menghadapi peperiksaan besar pertama dalam alam persekolahan rasmi mereka.
Saya teringat semasa menduduki peperiksaan yang ketika itu dikenali sebagai peperiksaan penilaian sekolah rendah. Kehidupan dan pembelajaran waktu itu rasanya amatlah simpel dan tiada tekanan sebagaimana hari ini ( 30 tahun yang lalu).
Setiap pulang dari sekolah, beg dilempar ketepi dinding, makan tengahari, dan terus aje membuat kerja2 sekolah kalau ada. Selepas homework siap, disambung pula dengan aktiviti bersama kawan2 di luar rumah . Maghrib menjelang, mandi, mengaji Alquran diikuti makan malam dan terus tidur.
Sungguh mudah. Tiada TV, tiada komputer games dan yang ada cuma permainan tradisional, buku2 dan majalah2 dan komik2 milik abang2 dan kakak.
Tiada tekanan dari mana mana untuk lulus dengan cemerlang dan yang sedihnya juga tiada galakan dan penerangan dari guru2 tentang peluang2 yang ada jika lulus dengan cemerlang.
Hajat di hati saya inginkan anak saya mengalami suasana yang sama namun tuntutan kemajuan semasa dan akan datang memang tak membenarkan ia berlaku. Carefree life telah lama hilang. Situasi kehidupan sekarang dipenuhi oleh seribu satu macam onak dan ranjau yang perlu dilalui oleh anak2. Bimbingan yang berterusan amat diperlukan oleh mereka. Dalam ertikata lain leteran, bebelan, nasihat, hukuman dan perhatian yang amat rapi perlu diberikan selain dari kasih sayang sahaja yang dicurahkan.
Namun kita terpaksa mengakui hakikat yang setiap individu itu mempunyai bakat pembelajaran yang berlainan level . Walaupun antara adik beradik. Ada yang lemah ada yang sederhana dan ada yang tidak memerlukan banyak ransangan tetapi amat mudah mempelajari sesuatu yang baru. Tapi itulah keseronokan dan cabaran bagi setiap ibubapa.
Kita boleh tumpang berbangga dengan kejayaan anak masing2 tetapi dalam masa yang sama yang kurang berjaya jangan lah dibezakan dari adik beradik yang lain.
Saya cuma mampu tersenyum apabila anak saya si Hassan Basri memberitahu mamanya yang dia tak akan membuka buku pelajaran sebaik sahaja tamat peperiksaan UPSR nya! Dia nak menghabiskan masanya dengan Play Station dan komputer game sahaja. Dalam hati saya berkata, Ok la young man, you may have you way , but not for long......
Semoga anak-anak semua berjaya dalam UPSR.

Subscribe to:
Posts (Atom)