06 February 2008

PERADUAN MENCIPTA LOGO PERSATUAN

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PERSATUAN PENDUDUK DAN KEBAJIKAN DESARIA

Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria dengan ini menjemput semua ahli Persatuan untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang akan digunakan sebagai logo rasmi persatuan.

Syarat – syarat Pertandingan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada Ahli Persatuan sahaja.

2. Ciptaan Logo hendaklah baru dan asli.

3. Ciptaan hendaklah selaras dengan objektif persatuan iaitu sikap tolong-menolong, semangat perpaduan dan aspek kekeluargaan.

4. Hanya empat (4) warna asas dibenarkan termasuk warna hitam dan putih.

5. Ukuran logo hendaklah berukuran 20sm x 20sm dan dilekatkan di atas kertas putih bersaiz A4.

6. Setiap rekacipta logo hendaklah disertakan sekali dengan definasi bagi setiap simbol dan warna yang digunakan.

7. Penyertaan adalah percuma. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan .

8. Setiap penyertaan perlu dinyatakan nama ahli , nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

9. Penyertaan hendaklah dihantar di dalam sampul surat yang dilekatkan ( jangan dilipat ) kepada :
Setiausaha Persatuan : En Mohd Rosli Alias No 15 Jalan Desaria 12

10. Keputusan pertandingan yang akan dibuat oleh panel pengadil adalah muktamad. Persatuan tidak terikat untuk menggunakan mana-mana logo sebagai logo rasmi persatuan.

11. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 22 Februari 2008. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Mesyuarat Agung Persatuan pada bulan Mac 2008.

12. Hadiah tempat pertama adalah RM300.00 dan lima (5) hadiah saguhati sebanyak RM50.00 setiap satu akan diberikan kepada pemenang pada hari Mesyuarat Agung Persatuan nanti.

13. Logo yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hak milik persatuan. Persatuan berhak untuk mengubahsuai logo yang terpilih.