09 November 2007

PENYEDIAAN MAJLIS JAMUAN RAYA 2007

Makanan pada hari tersebut akan disediakan secara gotong royong dan aktiviti tersebut akan diadakan pada seperti berikut:

Hari : Sabtu , 10 November 2007
Waktu: Mulai jam 9 pagi
Tempat : Bangunan Tambahan Surau Desaria


Makanan yang akan dimasak pada hari sabtu adalah seperti:
1. Lemang resipi Kondok - di selia oleh Encik Azizi Jalan 16
2. Rendang Daging - di selia oleh puan Narul Hiza Jalan 11
3. Nasi Himpit - di selia oleh Puan Suzana Jalan 7
4. Memasang khemah - diselia oleh Encik Yaakob Jalan 2


Hari : Ahad 11 November 2007
Waktu : 8.30 pagi
Tempat : Bangunan Tambahan Surau Desaria


1. Menggoreng Ayam dan Mihun
2. Memotong Nasi Himpit dan Buah-buahan
3. Menghias Khemah - diselia oleh Puan Kamilah Jalan 8
4. Menyusun makanan - diselia oleh encik Sufian Jalan 18



Semua warga Desaria di jemput untuk menyumbangkan tenaga pada hari2 tersebut dan jangan lupa berpakaian yang sesuai dan datang dengan peralatan sekali. Telah menjadi Adat Melayu bila menghadiri acara rewang mesti datang dengan pisau atau parang! Tak cukup dengan tulang empat kerat.